19 🌸

475 36 0
                                    

Kelihatan awan hitam memenuhi langit. Titis-titis hujan mula menyembah muka bumi. Burung-burung berterbangan melarikan diri. Suasana yang mulanya terik akhirnya berganti sejuk.

Kelihatan satu susuk manusia sedang berdiri di hadapan sebuah pondok yang disediakan di taman hospital. Dia memerhatikan hujan yang kian lebat. Tangannya dihulurkan ke hadapan melebihi bumbung pondok itu. Air hujan mengalir mengenai telapak tangannya.

Perasaan Alexa sekarang sangat gembira. Gembira kerana dia telah dipertemukan dengan abangnya. Walaupun pertemuan mereka agak singkat dan agak pelik, dia tetap bersyukur. Sekarang dia yakin yang dia akan dipertemukan lagi dengan abangnya di dunia nyata ini.

"Akhirnya.. setelah sekian lama..penantian ini berakhir.." tersenyum Alexa. Tangannya masih dibiarkan dibasahi hujan. Tiba-tiba hujan berhenti.

"Aik, hujan punya lebat takkan macam tu ja berhenti?" Berkerut-kerut dahi Alexa. Tangan dijatuhkan ke sisi. Matanya meliar memandang ke langit. Sesuatu yang aneh mula kelihatan di matanya.

Kelihatan sesuatu yang besar dan berbentuk bulat di atas langit. Ia berwarna hitam gelap. Benda itu langsung tidak bergerak dari tempatnya yang betul-betul berada di atas bangunan hospital.

Alexa mula menyedari sesuatu. Dia terhidu bahaya. Tanpa sebarang kata, langkah terus diatur laju ke dalam hospital. Ya, hospital itu perlu dikosongkan sebelum apa-apa berlaku!

**********************

"Alex!" Aimin yang mulanya berdiri menghadap langit sambil menghayati titis hujan tiba-tiba menjerit. Banyak mata-mata yang kini sedang memandang aneh ke arahnya. Maklumlah mereka kini berada di cafe hospital dimana banyak warga hospital yang turun makan ke situ.

"Yang terjerit-jerit kenapa?" Raz menegur hairan. Dia, Alex dan Kimi yang sedang menjamu selera juga menghadap Aimin yang seakan-akan resah itu. Matanya masih menatap langit. Kedudukan meja neraka sekarang betul-betul berhampiran dengan pagar di tepi cafe itu.

"Tu..tengok tu.." kata Aimin perlahan sambil menuding jarinya ke arah langit. Serta-merta angin bertiup kencang.

Alex, Raz dan Kimi melangut memandang langit. mereka seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka sekarang. Mereka terus berdiri tidak lagi menghiraukan makanan di hadapan mereka. Sesuatu yang agak besar dan berwarna hitam sedang mengelilingi hospital di atas langit menarik perhatian mereka. Keempat-empat mereka mula berlari ke luar cafe bagi melihat benda tersebut dengan lebih jelas.

Orang ramai yang pelik dengan tingkah laku keempat-empat lelaki itu turut sama keluar dan memandang ke langit. Semuanya seakan terkejut melihat benda itu.

"Tak mungkin..Alexa.." ujar Alex perlahan namun masih jelas di pendengarannya. Dia mula menghidu bahaya. Sekeliling yang dipenuhi orang ramai dipandangnya resah. Ya, mereka semua perlu dikeluarkan!

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now