2 🌸

1.4K 76 10
                                    

Alexa pov

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bermula setelah puas bercuti selama sebulan. Hailah... Malas betui nak sekolah..

Author : Bila cuti rasa nak sekolah dan bila sekolah rasa nak cuti 😓 Ni lah lumrah manusia. Tak pernah nak puas.

Alexa : hey author , diamlah.

Oke sambung balik 😝

Tahun ini aku dah masuk ke tingkatan lima merangkap senior di sekolah hahaha .

Inilah yang aku nanti-nantikan setelah hampir 4 tahun bersekolah disini. 😛

Aku menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah.

"Woi perempuan gila !"

Aku tersentak dengan tengkingan itu lantas berpaling ke arah empunya diri yang tak sedar diri, memang nak mampus awai ni. Memang tak guna Hari pertama aku dah kena maki . Siell betui.

Alexa pov end

"Siapa yang duk tengking-tengking aku ni hah? Hari pertama dah nak cari pasal dengan aku! Memang nak mampus awai betui!" Kata Alexa dalam nada yang bengis. Sengaja dia menunjukkan riak sebegitu agar manusia yang mengacau nya itu takut melihatnya.

Kelihatan Alexa tercari-cari kelibat yang menjerkah nya sebentar tadi dengan pandangan yang tajam.

"Hey, apani marah-marah? Hahahaa.. Alexa, Alexa. Perangai tak pernah-pernah nak berubah." ujar seseorang dari arah belakang Alexa.

Pantas Alexa memandang gerangan yang menegurnya sebentar tadi. Pandangan tajam Alexa yang mampu menikam sesiapa sahaja sebentar tadi serta-merta terus hilang digantikan dengan sebuah senyuman sehingga ke telinga.

"Weyh , lama siak tak jumpa kau!"

Alexa terus menghampiri manusia yang menegurnya tadi. Terus dirangkul tubuh itu erat. Terus hilang amarahnya sebentar tadi.

Gadis yang menegurnya tadi sekadar menggeleng kan kepalanya melihat telatah Alexa yang agak kebudak-budakan itu. Namun dia tahu, disebalik senyumnya Alexa ada kesedihan yang maha hebat di situ. Dia membalas pelukan Alexa.

"Ain..emm.." panggil Alexa. Sepertinya ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada sahabatnya itu yang bernama Ain namun ditahannya.

Alexa meleraikan pelukannya. Dia meneliti tubuh Ain dari atas hingga ke bawah. Segaris senyuman nakal muncul di benaknya.

Ain memandangnya pelik. "Pehal ? Dahlah tadi terpekik-pekik macam orang gila. Baru tegur sikit jaa dah naik gila. Kalau nak gila pun tunggu lah aku call Tanjung rambutan dulu 😹"

Pap!

"Adoii!"

Ain menggosok-gosok dahinya yang ditepuk kuat oleh Alexa tadi.

"Laen kali jangan menyampuk waktu aku tengah bercakap." Alexa tersenyum mengejek.

"Hari pertama dah kena hempuk. Ha , apa kau nak cakap tadi?" Ain menjeling Alexa tajam.

"Hmm.. aku just nak cakap. Sebulan cuti tadi kau makan apa? Kau makin gemok siell ! Tadi aku peluk rasa macam peluk bapak beruang lahh !😹" Alexa terus melarikan diri setelah habis bercakap.

Ain tergamam seketika. Dia menilik dirinya beberapa saat.

"Dasar Alexa! Suka hati aje kau mengejek aku yang comel ni. Mari sini kau! Aku dapat kau aku tendang sampai berbirat punggung kau tuu!" Habis hilang kesopanan nya.

Ain lantas mengejar Alexa yang sudah berlari untuk menyelamatkan dirinya sambil terkekeh-kekeh ketawa. Dalam hati dia bersyukur akhirnya Alexa sudah mampu berjenaka dan bergembira.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang