71🌸

175 17 0
                                    

"Sebenarnya, kerajaan Kristal telah dibekukan oleh Bruce. Kami sudah kalah. Ini semua salah beta. Kalaulah beta menyedari akan agenda jahat Bruce itu sudah semestinya semua ini tidak akan terjadi. Beta hampa dengan diri beta sendiri." Ujar ratu Arland agak sayu.

Ketika itu reaksi wajah Alex, Alexa dan Raz kelihatan terkejut beruk. Tidak disangka mereka bahawa satu-satunya kerajaan yang agak kukuh pertahanannya akhirnya tumpas sebegitu rupa.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Alex. Wajah ratu Arland dipandangnya meminta penjelasan.

Ratu Arland sekadar tersenyum sebelum dia memetik sekuntum bunga mawar berwarna kuning yang berada di sebelahnya.

Ouh ya, lupa beritahu. Time ni diorang tengah duduk dalam timbunan bunga-bunga tu tau.

K, back to story.

Dia mencabut tiga helai kelopak bunga mawar kuning itu sebelum menyerahkan kepada mereka bertiga.

"Makan kelopak bunga itu." Arah ratu Arland.

Alex, Alexa dan Raz patuh lalu makan kelopak bunga tersebut sebelum anak mata mereka tiba-tiba berubah ke warna putih.

Satu persatu peristiwa yang berlaku dari 5000 tahun sebelum ini ditayangkan kepada mereka. Melalui raut wajah mereka jelas mereka agak terkesan dengan segala yang dipertontonkan kepada mereka.

Tiba kejadian terakhir dimana runtuhnya kerajaan Kristal pula ditayangkan kepada mereka. Menitis air mata Alexa melihat kejadian itu.

Terdetik lebih banyak kebencian di hati Alex terhadap sang kegelapan.

Dan Raz kini tahu segala-galanya yang tidak dia tahu sebelum ini.

******************

"Dia sangat kejam! Sanggup dia buat macam tu kepada dunia fantasi. Mak bapak dia pun dia sanggup korbankan." Ujar Alex dalam kebencian.

"Tak sangka aku sampai macam tu sekali kekejaman dia." Kata Raz sendirian. Kini dia tahu tentang apa yang membuatkan dia berdiri di situ bersama Alex dan Alexa. Tiada lagi persoalan di fikirannya bagaimana Alex dan Alexa mempunyai kuasa. Tiada lagi persoalan mengapa dia dihidupkan semula. Ini semua kerana takdir. Takdir yang memilih mereka.

"Sekarang, beta dapat rasakan yang Bruce akan mencari kalian memandangkan dia telah tahu tentang kewujudan kamu berdua, Alex, Raz. Jadi kamu bertiga perlu lebih berhati-hati." Ratu Arland memandang mereka bertiga dengan pandangan yang penuh dengan harapan.

"Jadi, apa yang perlu kami lakukan?" Soal Alex mendapatkan kepastian.

"Lawan dan menang. Sekiranya dia mendapat kedua-dua azuarium yang terdapat dalam tubuh kamu bertiga semestinya dunia ini bakal menjadi hamba dia. Dunia ini akan hancur dan kegelapan bakal menguasai segala-galanya." Terang ratu Arland lagi.

"Tapi.." ujar Raz agak ragu-ragu. Kepalanya menunduk memandang tanah yang dipenuhi bunga-bungaan.

"Tapi apa, Raz?" Pandangan ratu Arland terarah kepada Raz. Di bibirnya tersinggung senyuman manis.

Raz memandang Alex dan Alexa.

"Sewaktu kerajaan ratu diserang, Bruce itu datang sendiri ke atau dengan tentera-tentera dia?" Soalan Raz berjaya membuatkan Alex dan Alexa terfikir perkara itu.

"Bersama tentera-tentera nya.." ujar ratu Arland agak perlahan.

"Macam mana kami nak kalahkan dia dan tenteranya? Sedangkan kami hanya bertiga." Soal Alex pula.

Ratu Arland senyap seketika namun senyuman tidak lekang dari bibirnya membuatkan Alex, Alexa dan Raz hairan.

"Kenapa ratu senyum?" Soal Alexa agak tertanya-tanya.

"Jangan risau wahai angel sekalian kerana kamu juga akan diiringi dengan bala tentera yang bakal berperang bersama kamu."

Kata-kata ratu Arland membuatkan Alex, Alexa dan Raz berkerut seribu.

"Jap, jap. Apa tadi? Gelt? Gojel? Jejel? Ha, tu, tu. Angel??" Raz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Serasa nya dia tidak salah dengar tadi.

"Terdapat sebuah buku kitab milik dewa yang mengatakan bahawa akan munculnya tiga angel yang bakal menghancurkan kegelapan di dunia. Ketiga-tiga angel itu merupakan manusia yang telah ditakdirkan menjadi wirawan dan wirawati oleh pencipta. Dan kamu adalah mereka yang telah ditakdirkan. Kamu ialah mereka yang dipilih oleh azuarium untuk menjadi yang terkuat." Kata ratu Arland panjang.

"Tapi kenapa sekarang baru ratu beritahu kami? Sebelum ini kitakan pernah berjumpa? Mengapa ratu tidak langsung berkata tentang kitab apa nth tadi tu kat kami?" Soal Alex.

"Sebenarnya kitab itu tak wujud."

Kata-kata ratu Arland membuatkan Alex ,Alexa dan Raz terlopong. Lawak apakah ini?

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now