1 🌸

1.6K 109 0
                                    

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun. Kini genap 2 tahun Alexa hidup sendiri tanpa ibu atau ayah mahupun adik beradik iaitu abang kandungnya sendiri.

Setelah ibu dan ayahnya meninggal kan dunia ini, abangnya telah membawa diri pergi meninggalkan Alexa sendirian.

Sungguh dia terkilan dengan sikap abangnya yang langsung tidak mempedulikan dirinya..

Namun disudut hatinya, dia memahami betapa perkara ini tersangat mempengaruhi diri abangnya kerana dia tidak berada di tempat abangnya. Berada dan melihat saat ibu dan ayah mereka dibunuh dengan tersangat kejam oleh 'mereka'.

Kalaulah aku berada ditempatnya, mungkin sampai ke saat ini aku takkan mampu untuk terus bernafas.

Ya.. abang aku sangat kuat..

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now