10 🌸

566 41 0
                                    

Kedengaran bunyi pinggan dan cawan berlaga di dapur. Kelihatan seorang gadis ralit mengemas dapur sambil menyiapkan makan malamnya yang masih belum siap dimasak.

Di kesempatan yang ada, dia cuba membersihkan dapur nya serba sedikit walaupun kenyataannya dapurnya itu sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Setelah masakannya siap dimasak, dia menghidangkan ke dalam sebuah pinggan. Menu makan malam nya hari ini ialah nasi goreng ayam berempah sambil dihidang bersama segelas air laicikang.

Itulah keadaannya sekarang. Memasak dan mengemas semuanya diuruskan sendiri olehnya sejak kematian ibu dan ayahnya. Dia sekarang sudah pandai hidup berdikari.

"Hailah nasi, makan kau Sorang-sorang ajelah lagi hari ini. Moga-moga esok dia akan pulang." Kata Alexa sambil memasukkan sesudu nasi ke dalam mulutnya. Dia mengunyah perlahan.

Sungguh dia begitu merindui abangnya itu. Walaupun dunia telah bertambah moden, namun tidak pernah sesekali Alex menghubunginya. Entahlah apa yang difikirkan lelaki itu sehingga sanggup meninggalkan dia terkapai-kapai sendirian mencari hala tuju hidup.

Nasib baiklah dulu mereka hanya diteleport ke Johor sahaja di rumah ayahnya yang satu lagi. Kalau diteleport jauh ke negara barat sana bagaimana?

Mengenangkan perkara itu, sekali lagi Alexa tersenyum. Serta-merta kejadian dua tahun lepas kembali menerjah ingatannya.

***********

Imbas kembali..

"Arhhh!! " Alexa menjerit apabila dirinya disedut masuk kedalam sebuah portal cahaya. Dia kemudiannya dihantar ke sebuah rumah yang agak dikenalinya.

Selang beberapa minit kemudian, muncul sebuah portal cahaya yang menghantar abangnya.

Setelah cahaya portal itu menghilang, dia segera datang merapati Alex. Dia terkejut apabila melihat Alex yang sedang teresak-esak menangis. Perasaan hairan mula menyelubungi diri.

"Abang? Kenapa ni?" Soal Alexa sambil memegang kedua-dua belah bahu abangnya menggunakan tangannya. Tubuh itu yang sekadar mendiamkan diri sambil menangis dengan teresak membuatkan dia menggoncangkan tubuh itu berkali-kali.

"Abang? Tolong cakap abang! Jangan diam macam ni?" Arah Alexa tidak sabar untuk mendengar penjelasan abangnya. Air matanya yang telah kering kini mengalir kembali apabila melihat tangisan abangnya itu.

"Ibu ... Ayah...." Ujar Alex perlahan.

"Ke..kenapa dengan ayah dan ibu? Apa dah jadi pada diorang??" Alexa mendesak Alex untuk memberitahunya. Perasaan tidak enak mula muncul di fikirannya.

Janganlah.. takkanlah ayah ..dan ibu dah..

Alex mengangkat wajahnya menghadap wajah Alexa. Kedua belah Tangan Alexa dicapai.

"Walau apa pun yang terjadi, abang takkan pernah tinggalkan adik..takkan pernah tinggalkan adik macam mana ibu dan ayah tinggalkan kita..." Katanya diselang seli kan dengan bunyi tangisannya.

"Maksud..ab..abang? "Alexa sudah dapat meneka apa yang telah terjadi kepada kedua ibubapa nya. Namun dia masih tidak dapat mempercayai nya.

"Ya..lelaki tu.. mereka dah bunuh ayah dan ibu.. mereka.. mereka tikam ayah dan ibu menggunakan pedang mereka sehingga..sehinggalah kepala ayah dan ibu dipen.. ggal..depan mata ..ab..abang."

Alexa terus meraung sekuat hatinya setelah mendengar kata-kata abangnya itu.Alex terus memeluk Alexa.

"Ibuu!!!! Ayahhhh!!!! Kenapa tinggalkan Alexa ?? Kenapa????" Suaranya semakin kuat. Dia meraung sekuat hatinya sambil cuba ditenangkan oleh Alex.

Namun Alex juga tidak kuat seperti Alexa untuk menerima perkara itu. Akhirnya dia juga tumpas dan menangis bersama-sama Alexa.

Tubuh Alexa dirangkulnya erat. "Abang janji, abang akan cari dan bunuh mereka yang dah bunuh ayah dan ibu.." Alex menabur janji.

"Alexa juga.. berjanji.. akan musnahkan mereka..!" Kata Alexa bersemangat walaupun masih dalam keadaan menangis. Dia memeluk Alex erat.

Malam itu, mereka menangis sepuasnya bersama-sama sehingga tertidur.

Seminggu selepas itu, Alexa dikejutkan dengan surat pemberian abangnya yang mengatakan bahawa dia sudah tidak sanggup untuk tinggal di situ kerana masih mengenangkan kejadian yang berlaku seminggu yang lalu.

Kemana dia pergi tidak sekali dititipkan dalam surat tersebut. Sekali lagi air mata Alexa pecah kerana pemergian abangnya itu.

Disebabkan itulah sehingga sekarang dia masih menunggu kepulangan abangnya.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now