67 🌸

171 19 0
                                    

Jacob duduk di birai katilnya sambil memikirkan nasib dirinya. Mengapa dia merasakan seperti takdir tidak menyebelahinya?

Abang kandungnya, Bruce langsung tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya seperti seorang abang. Malah, dia diperlakukan umpama seorang orang suruhan. Tergamak Bruce melakukan sedemikian rupa kepadanya.

Kadang kala pernah dia terfikir. Benarkah Bruce itu saudara kandungnya? Benarkah cerita yang dikatakan Bruce bahawa ibu bapa mereka telah membuang mereka kerana kuasa kegelapan yang dimiliki mereka?

Ya, jacob juga memiliki kuasa kegelapan namun tidaklah sekuat Bruce. Disebabkan itulah dia yakin Bruce itu saudara kandungnya.

Tapi, benarkah aku merupakan adik kandung kepada Bruce? Atau sebenarnya aku yang diperbodohkan disini?

************************


Bruce melangkah ke singgah sananya dengan angkuh. Di sepanjang jalannya ingin ke sana, para pengikutnya berbaris panjang di bahagian tepi menyambut kepulangannya.

Sewaktu tiba di singgah sana, wajah Jacob menyapa pandangannya.

"Selamat pulang,tuan." Jacob menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.

Bruce sekadar menghadiahkan senyuman sinis sebelum dia melabuhkan punggungnya di singgah sananya.

"Aku ada berita gembira untuk kalian semua." Ujar Bruce tanpa teragak-agak. Satu persatu wajah pengikut-pengikut nya diperhatikan.

"Mulai hari ini, hanya wujud satu kerajaan iaitu kerajaan kegelapan!! Kerajaan yang bakal diketuai oleh aku, Bruce! Sang raja kegelapan!"

Sejurus berkata sedemikian, terdengar sorakan-sorakan menjerit nama Bruce. Bruce tersenyum bangga apabila namanya di julung-julung sedemikian.

Wajah Jacob dikerlingnya seketika sebelum senyuman sinis tergaris di bibirnya.

"Kau hamba aku selamanya." Ujarnya perlahan namun masih jelas kedengaran di pendengarannya.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now