86 🌸

97 13 0
                                    

Perisai yang melindungi tubuh Bruce dari serangan bertubi tubi mulai retak sedikit demi sedikit. Bruce masih lagi mengerang kesakitan namun dia cuba bertahan. Alexa sekadar memerhatikan sambil masih duduk bersila. Disaat dia melihat perisai bruce semakin hampir hancur, dia menukar serangan. Kini tubuhnya sebelah kanan berwarna kelabu dan disebelah kiri tubuhnya berwarna oren. Dia menggunakan kuasa petir dan batu untuk menyerang bruce. Kali ini serangan nya naik ke 50% dari kekuatannya. Ya, dia masih tidak menggunakan keseluruhan kekuatannya.

Tangan kanan nya kini bertukar dari bentuk snepal ke meriam batu. Sebelum dia melepaskan pelurunya, dia menyalurkan kuasa petir nya ke peluru. Posisinya dari duduk bersila kini bertukar ke meniarap. Dia menarget sasarannya dengan baik.

"Shot." Ucapnya lantas peluru batu petir keluar bertubi tubi mengenai perisai bruce sehingga hancur berkecai. Bruce yang kini tiada perisai melindunginya cuba membuat perisai baru namun peluru milik Alexa lebih laju menandingi nya. Dia terlontar kedinding merempuh dinding istananya sehingga hancur berkecai.

Bruce tercungap cungap menahan kesakitan. Namun bukan kesakitan akibat merempuh dinding istananya, tetapi kesakitan yang datang dari tubuhnya. Keseluruhan tubuhnya mula muncul urat urat biru. Wajahnya mengerang kesakitan. Dia cuba untuk berdiri namun terjatuh semulaa. Rumput rumput disekelilingnya mula bertukar warna menjadi warna hitam. Biji matanya bertukar warna menjadi kemerahan hitam. Kukunya menjadi panjang kehitaman. Dibelakang tubuhnya mula tumbuh duri duri yang agak tajam berwarna hitam. Badannya mula membesar 5 kali ganda dari tubuhnya sebelum ini. Dia mengaum kuat.

Alexa yang melihat perkara itu pantas meneleport dirinya ke alex dan raz yang kini sedang terbaring di atas rumput menghadap langit. Mereka masih sedar. Namun tubuh mereka lemah kerana tidak dapat menerima impak tolakan dari ketiadaan azuarium memandangkan azuarium telah lama berada di dalam tubuh mereka.

Bruce membesar seperti raksasa. Kesakitan yang dialaminya kini beransur hilang digantikan dengan kemegahan dan kekuasaan dirinya.

"Sekarang kau tidak dapat mengalahkan aku!!" Ujar Bruce agak lantang. Langit yang sedia gelap bertambah gelap. Kilat memancar kan dirinya. Hujan mula turun dengan lebatnya.

Alexa tergamam dengan apa yang dilihat nya. Jadi, inilah yang terjadi sekiranya kegelapan melampaui hidupan dengan menjadikan alam semesta sebagai dirinya sendiri. Alam juga menolak dengan kejadiannya. Hurung burung yang berterbangan mula melarikan diri mendengar ngauman si raksasa bruce. Pokok pokok mula melayu lalu mati sekelip mata.

Bruce mengaum lalu membuka mulutnya melepaskan racun hitam ke arah alexa, alex dan raz. Alexa membuat dinding pelindung untuk melindungi mereka. Racun yang mengenai dinding pelindung miliknya menyebabkan perisainya mencair kerana racun yang agak kuat. Alexa mendecit kegeraman.

Dia membuat perisai sekukuh kukuhnya untuk melindungi alex dan raz.

"Tunggu alexa, abang. Akan Alexa damaikan dunia ini.." ucap Alexa sambil memandang alex dan raz silih berganti. Senyuman mekar terukir dibibirnya. Dia mengorak langkah kehadapan.

Muncul sebilah pedang bercahaya ungu ditangan kanannya. Ditangan kirinya pula muncul sebilah pedang lagi berwarna putih. Rambutnya yang sedia putih tiba tiba bertukar menjadi warna pelangi. Matanya bertukar keseluruhan berwarna putih. Baju yang tersarung ditubuhnya bertukar menjadi gaun cantik berwarna putih. Aura yang dikeluarkannya bertambah kuat. Disetiap jalannya tumbuh rumput. Kini dia akan tunjukkan kepada bruce kuasa sebenar azuarium!
















***********************

Okeyh aku dah taade idea hahahha. So far cane? Sebenarnya aku nak buat pengakhiran lain tp itulah terkeluar dari otak aq dah jalan cerita ni. Aku taip je apa yang terlintas kat otak ni 😂 btww enjoyy 🔥🔥

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora