7 🌸

676 54 0
                                    

Alex duduk di kerusi rehat yang berada di beranda hotelnya. Dia termenung panjang memikirkan tentang perbuatan dirinya 2 tahun yang lalu.

Semakin hari ,perasaan bersalah itu semakin bersarang di fikirannya. Mindanya terimbas wajah Alexa,adik kesayangannya yang sangat manja.

Keletah Alexa sebelum kejadian 2 tahun lepas berlaku masih terbayang-bayang di tubir matanya. Ketika itu adiknya itu berumur 14 tahun manakala dia berumur 17 tahun. Bagaimana lah rupa adiknya sekarang? Sudah gemok atau makin hodoh? Dia tergelak sendirian memikirkan perkara itu. Namun senyuman nya mati tiba-tiba. Kemudian dia mengeluh perlahan.

Alangkah indah jikalau kejadian ngeri tersebut tidak berlaku kepada kami.. kalaulah aku mampu menyelamatkan mereka berdua dulu, mungkin kami akan sedang berbahagia sekarang.

Segaris senyuman tersimpul dibibirnya. Namun raut wajahnya masih berduka.

Sebenarnya..

Alex mahupun Alexa mampu dan boleh menyelamatkan kedua ibu bapa mereka suatu ketika dulu daripada dibunuh.

Namun, Lili iaitu ibu mereka berkata tidak.

Ya, tidak perlu menyelamatkan mereka.

Imbas kembali..

Sebuah keluarga sedang bergelak ketawa di ruang tamu rumah mereka apabila sang adik sedang naik angin kerana disakat oleh abangnya.

"Apa ni ibu, ayah?" Soal si adik kelihatan bengang apabila melihat kedua ibu bapanya ketawa ketika dia dibuli oleh abangnya. Pipinya dikembungkan tanda protes. Kedua-dua tangan disilang kan memeluk tubuh.

"Alolo merajuk pulak budak kecik ni." Si abang mencubit pipi si adik perlahan. Muka si adik yang telah merah semakin memerah tanda geram kerana diperlakukan begitu.

"Jangan sentuh laa. Pergi sana jauh-jauh" tangan si abang ditepis lalu jelingan maut dilempar ke si abang.

"Sudahlah tu Alex, sakan betul kamu mengusik adik kamu tu," tegur lelaki bernama William yang merupakan ayah kepada Alex dan Alexa itu. Dia menggeleng perlahan kepalanya melihat kelakuan anaknya itu.

"Suruh abang minta maaf pada Alexa dulu." Kata Alexa masih dalam mod protes/merajuk.

"Haha sory ayahkuu. Exa ni ha mengada tak kena tempat. Ada ke patut dia suruh ibu bagi kitorg adik lagi. Huhh tak mahulah Alex." Alex berkata sambil menjeling Alexa semula.

"Eh, kenapa pulak tak nak?" Soal William sebelum menyambung, "lagipun ayah juga teringin nak tambah lagi seorang."

Dia memandang ke arah isterinya, Lili yang sedang tersipu malu.

"Tak mahu. Seorang adik pun sudah mampu buatkan Alex gila inikan mempunyai dua orang adik. Boleh menggila."

"Abang ni.. bukan ke kalau kita ada adik lebih baik?" Soal Alexa tiba-tiba. Dia memandang Alex hairan.

"Sebenarnya, tidak mengapa kalau adik aku bertambah lagi seorang. Tapi yang aku risaukan kau. Kau boleh ke terima disaat kasih sayang aku ini terbahagi lagi kepada lagi seorang adikku selain kau?"

Kata-kata Alex membuatkan Alexa tergamam. Sejenak dia berfikir. Tak lama kemudian dia terangguk-angguk memahami percakapan abangnya sebentar tadi.

Dia kemudiannya tersenyum lebar sambil memandang abang nya yang masih lagi setia menunggu reaksi darinya.

"Tak nakklaaa," balas Alexa lalu merangkul tubuh Alex.

Alex membalas pelukan nya itu. Kedua-dua ibu bapanya sekadar memerhatikan kasih sayang antara kedua-dua anak mereka itu. Ya, persaudaraan mereka tiada yang dapat putuskan.

"Alex ka.."

Tak sampai William menghabiskan kata-katanya, satu dentuman kuat kedengaran dari luar rumahnya.

Mereka masing-masing tersentak lantas segera keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now