21 🌸

451 31 0
                                    

Alexa melibas pedangnya ke arah leher makhluk-makhluk yang berada dihadapannya satu persatu. Gerakannya terlalu pantas. Hampir separuh daripada makhluk itu telah tumpas di tangan nya. Namun jumlah mereka juga semakin lama semakin bertambah kerana dikeluarkan oleh lubang besar di langit itu.

"Takkan aku nak terus berlawan macam ni je?" Gumam dirinya perlahan. Tangannya masih lincah melibas dan membunuh makhluk-makhluk aneh itu. Anehnya tenaga nya langsung tidak berkurangan.

Tiba-tiba sesuatu merempuhnya dari belakang menyebabkan dia tertolak jauh ke hadapan. Namun kakinya lebih cepat bertindak untuk mendarat dengan baik. Mata dihalakan ke arah makhluk yang menyerang hendap nya itu.

"Dasar lemah!" Degus Alexa perlahan. Sungguh dia tidak menggemari sesiapa pun yang melakukan serang hendap. Terlihat sangat lemah di matanya.

Lol, diorang bukan manusia siot!

Alexa menepuk dahinya. Sempat lagi dia melawak dengan dirinya sendiri. Okey, kedengaran agak ganjil. 😅

Tanpa Alexa sedari, makhluk di hadapan nya itu telah melakukan serangan. Tanduknya dihalakan ke depan untuk menanduk Alexa.

Goarrrrrr!

Senyuman Alexa terus mati. Belum sempat dia mengangkat kepala memandang hadapan, tubuhnya ditanduk dengan sesuatu yang tajam dan berbisa. Sekelip mata dia terpelanting jauh. Pokok demi pokok tumbang apabila dilanggar tubuh Alexa yang kini sedang terpelanting jauh. Serangan makhluk kali ini kelihatan sungguh kuat daripada makhluk-makhluk yang lain itu. Kini tubuh Alexa hampir menghempas bangunan hospital.

Alexa cuba menghentikan tubuhnya daripada terus melayang. Tiba-tiba seseorang terbang laju menyambut tubuhnya. Serta-merta tubuhnya tidak lagi melayang. Dia kini berada di dalam dakapan lelaki itu.

**************

Cantasan demi cantasan telah berjaya membunuh sebilangan makhluk-makhluk yang berada di sekeliling Alex dan Raz. Mereka berlawan seakan-akan tidak langsung merasa letih.

"Alex!" Raz menjerit nyaring agar Alex dapat mendengarnya. Tangannya masih lagi tidak berhenti melibas pedang nya ke arah makhluk-makhluk aneh itu yang seakan-akan tidak akan berhenti menyerang.

"Apaa?!" Alex juga bercakap dalam nada yang nyaring. Dia juga masih tidak berhenti membunuh makhluk-makhluk dihadapannya itu.

"Mereka ni macam takkan pernah habis! Macam mana kita nak hentikan mereka?!"

Alex menikam jantung makhluk di hadapannya lantas dia melutut meletakkan lutut kanannya ke lantai. Dia memusingkan pedangnya ke udara. Dia menangkap pedangnya yang kini hujung nya menghala ke arahnya lantas terus mensasarkan ke belakangnya. Seekor makhluk yang berada di belakang nya terus mati apabila ditikam oleh Alex.

"Lubang hitam tuu! Kita kena hapuskan t..!" Kata-kata Alex yang kini masih berusaha menumpaskan makhluk-makhluk itu terhenti. Matanya dapat menangkap sesuatu yang sedang melayang laju tidak jauh darinya. Matanya berubah warna hijau untuk mengfokuskan perkara itu. Terbuka luas matanya saat benda itu ternampak jelas di matanya.

Alex mula membuka langkah. Dia mengejar manusia yang sedang melayang itu tanpa menghiraukan dirinya. Gerakannya sangat pantas. Sekelip mata manusia itu kini berada dalam dakapannya.

Kakinya terseret jauh. Tanah terkuak besar akibat pendaratan terkejut Alex. Sedikit lagi tubuhnya bakal berlanggar dengan bangunan hospital. Dakapannya dieratkan.

"Alexxx!!!"

Kebommmm!!

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now