56 🌸

222 21 0
                                    

"He is here.." ujar Alexa dalam nada yang perlahan. Wajahnya juga bertukar tegang. Ain, Tasha dan Rina yang terdengar kata-kata Alexa itu sekadar mendiamkan diri. Mereka berpandangan sesama sendiri. Tidak memahami butir kata Alexa. Perasaan seram mula menyelubungi diri mereka.

Rata-rata pelajar yang perasan arah pandangan mata Alex dan Raz mula memusingkan badan mereka untuk melihat ke belakang. Namun tak sempat mereka menoleh, Alex menegah.

"Jangan pandang!" Tegas suaranya memberi arahan. Terus kaku pelajar-pelajar itu di tempat mereka masing-masing. Walaupun hairan dengan keadaan mereka sekarang, namun mereka tetap akur arahan Alex.

"Apa yang berlaku ni Alexa?" Soal Ain agak takut-takut. Bulu roma nya yang elok terbaring tadi mula meremang. Begitu juga yang lain-lain. Mereka juga merasai perasaan yang sama seperti Ain.

"Darah..segar.." satu suara garau mula kedengaran dari arah belakang kelas mereka. Tersentak semua pelajar yang berada disitu. Masing-masing tidak berani untuk melihat ke belakang. Ada yang menggigil ketakutan. Ada yang mula nak menangis. Hurm.. ofc lah perempuan.

"Pergi dari sini." Arah Raz pula. Wajahnya mencerlung tajam memandang makhluk itu.

"Takkan.." balas makhluk itu. Air liur mula mengalir keluar dari mulutnya. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati pelajar yang berada paling belakang di antara semua pelajar.

Alex mula berdiri diikuti Raz.

"Jangan ganggu pelajar aku!" Ungkap Alex. Tangannya dilunjurkan ke hadapan terarah kepada makhluk itu.

"Kau siapa? Jangan ganggu aku." Ujar makhluk itu mendatar. Kini dia berdiri betul-betul di belakang budak lelaki itu. Badannya ditundukkan agar separas dengan telinga budak itu. "Darah segar.."

Menggigil ketakutan pelajar lelaki itu apabila mendengar suara makhluk itu betul-betul berada di belakangnya. Matanya terpejam rapat. Dia menggenggam buku limanya erat.

"Sabar Exa ,sabar." Ujar Alexa kepada dirinya. Matanya juga terpejam cuba menenangkan diri. Hey macam mana nak bertenang kalau nyawa rakan sekelas sendiri kini berada di hujung tanduk sahaja?!

"Tapi..aku tak nak dia. Aku nak.." ujar makhluk itu separuh.

"Kau!!" Tiba-tiba suara itu betul-betul berbunyi di hadapan wajah Alexa. Sekelip mata dia hilang menjadi asap hitam lalu muncul di hadapan Alexa.

Alexa yang terkejut terus membuka matanya. Wajah hodoh kini terpamer di hadapan wajahnya. Terbeliak matanya menyaksikan fenomena terburuk itu.

Terjerit ketakutan pelajar-pelajar lain yang berada di kelas itu. Pelajar perempuan yang telah melihat wajah makhluk bergelar slenderman itu menutup mata kerana takut. Ya, itulah makhluk penghisap darah yang viral baru-baru ini!

Tiba-tiba makhluk itu hilang dari pandangan Alexa digantikan dengan kelibat Alex yang sedang menghunus pedangnya. Seinci sahaja lagi hujung pedang itu hampir mengenai wajah Alexa. Nasib Alex sempat menghentikan tindakannya.

"Hahaha hahahaha.. jangan fikir untuk bunuh aku!" Suara makhluk itu bergema di atas siling kelas.

Mereka mengalihkan pandangan ke arah siling. Slenderman itu elok berbaring di atas siling. Dalam erti kata lain terbaliklah. Wajah dia menghadap ke arah mereka yang berada di bawah.

"Ice!"

Sebaik sahaja menuturkan kata itu, jeritan yang bergema mula hilang. Alexa menghembus nafas lega apabila semua rakan sekelasnya kini telah beku seperti patung. Bezanya mereka masih bernafas cuma tidak sedar sahaja dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

"Time to excersice!" Ujar Alexa sambil meletup-letup kan jari-jemari nya.

"Jom Raz, kita tengok jela. Nak tengok juga budak acah hebat ni beraksi. Anggap je ni latihan kau ye adik." Kata Alex sambil tergelak. Dia mula duduk berdekatan dengan pelajar-pelajar yang telah beku bersama Raz. Sebuah pelindung halimunan dibinanya mengelilingi pelajar-pelajar dan juga dirinya dan Raz. Kecuali Alexa lah.

"Chaiyok alexa!" Ujar Raz memberi sokongan. "Kalau dia kuat sangat baru kami join ya!" Sambungnya lagi. Wajah yang tegang sebentar tadi terus hilang digantikan dengan senyuman.

"Aku tak lemah!" Ujar penghisap darah itu agak berang. Dia mula terbang ke arah Alexa. Alexa yang ralit tidak sempat mengelak menyebabkan dia jatuh terbaring di lantai manakala makhluk itu menindih tubuhnya dari atas.

Dia mencakar lengan Alexa dengan kukunya yang tajam. Wajahnya menyeringai suka melihat wajah Alexa yang berkerut menahan kesakitan. Tidak berpuas hati, sekali lagi cakarannya mengenai lengan sebelah kanan Alexa pula.

Alexa mengerang kesakitan.

Tidak mahu mengaku kalah, akar pokok tiba-tiba muncul lalu menarik makhluk itu jauh darinya. Akar pokok berwarna hijau mula membelit tubuh si penghisap darah itu. Alexa bangkit dari baringnya. Tubuhnya berlumuran darah dari lengannya yang luka. Namun dia sekadar membiarkan.

Si penghisap darah langsung tidak meronta malah dia tersenyum sinis memandang Alexa. Sekelip mata, tubuhnya menjadi asap lalu menghilang.

Tubuhnya yang tiba-tiba muncul di belakang Alexa ditetak Alexa menggunakan pedang ais yang dibuatnya dengan pantas. Namun makhluk itu juga pandai mengelak. Sekali lagi dia bertukar menjadi asap.

Alexa yang terkenal dengan sikap lekanya sekali lagi terkejut apabila perut nya tiba-tiba ditusuk dengan satu kuku yang agak tajam dan panjang. Tertembus kuku itu sehingga ke hadapan tubuhnya. Darah merah mula terpercik keluar dari mulut Alexa.

"Hahahahaha." Gelak si penghisap darah galak. Kukunya yang ditusuk ke tubuh Alexa ditarik kuat. Kukunya yang panjang mula mengecil kembali seperti sedia kala. Darah Alexa yang mengalir di celah kukunya dijilatnya rakus. Terpejam matanya menghayati darah itu.

Dalam dia ralit berkhayal, Alexa yang masih bertenaga menyerangnya bertubi tubi. Ceracak ais dilempar dengan banyak ke arahnya. Beberapa ceracak ais mengenai tubuhnya sehingga membuatkan darah hitamnya mengalir. Dia mengeram kegeraman. Sepantas kilat, tubuh Alexa diterkam nya.

Leher Alexa cuba digigitnya. Namun Alexa lebih cepat bertindak dengan menolak tubuh itu jauh darinya sebelum menyalurkan elektrik ke tubuh makhluk itu. Bergetar hebat tubuh makhluk itu akibat terkena serangan arus elektrik itu kerana tidak sempat mengelak.

Tidak membuang masa, Alexa menyeru tanah. Lantai simen kelas itu mula pecah lalu keluar tanah berkepul-kepul menanam kaki si makhluk penghisap darah sehingga terbenam.

Makhluk itu yang tidak lagi terkena aliran elektrik mula bertindak untuk melepaskan diri. Namun, tak sempat dia bertindak tubuhnya membeku sehingga ke leher. Dia tidak dapat bergerak walau seincipun. Tanah yang berwarna coklat itu tiba-tiba bertukar menjadi cecair yang berwarna merah keoren-orenan. Rasa bahang mula menyapa tubuhnya. Lama kelamaan warna merah itu mula menyelubungi kakinya menggantikan tanah tadi. Tubuhnya mula berpeluh.

Dia melihat ke arah Alexa. Mata Alexa kini berubah berwarna merah oren. Badannya juga berapi hebat. Kini baru dia sedar bahawa cecair yang berada di kakinya kini merupakan larva gunung berapi kerana tahap kepanasannya yang sangat melampaui batas api.

Badannya mula bertukar warna ke warna merah. Haba panas yang mengalir menyebabkan tubuhnya mula terbakar dan mencair. Jeritannya yang nyaring menghiasi suasana. Akhirnya dia mati lebur di situ begitu sahaja.

Tubuh Alexa kembali menjadi seperti sediakala. Larva yang penuh melimpah di lantai mula menghilang. Simen yang retak kembali menjadi lantai yang langsung tidak retak. Keadaan menjadi seperti biasa. Makhluk itu juga tidak lagi kelihatan.

Alex menghilangkan pelindung lalu menghampiri Alexa.

"Wouh! Larva!" Ujar Raz sambil tergelak.

"Bukan main lagi Noh. Nasib baik semua warga sekolah ni dah beku kau buat. Kalau tak dah kantoi dah ni." Kepala Alexa diluku Alex.

"Adoilah. Tak sengaja lah . Nak over sikit je pun." Alexa mencebik perlahan. Tubuhnya yang luka sebentar tadi kini telah pulih sepenuhnya. Ini kerana dia juga mempunyai kuasa healer iaitu kuasa yang mampu merawat kecederaan sama ada sedikit atau parah. So, apa je kelemahan budak Alexa Ni?

Manakala mata Raz mula bercahaya ungu. Cahaya itu terus mengenai setiap pelajar yang berada di kelas itu. Ya, itu merupakan upacara menghilangkan ingatan mereka tentang apa yang telah terjadi sebentar tadi.  Agak mustahil untuk terus membiarkan mereka mengingati tentang perkara itu. Oleh itu tindakan pantas terus diambil. Setelah selesai, matanya kembali seperti biasa.

"Thanks Raz." Ucap Alexa sambil tersenyum. Kini masalah tentang si penghisap darah telah berakhir!

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now