53 🌸

248 22 0
                                    

"Morning." Ucap Alexa sewaktu tiba di meja makan sebelum dia melabuhkan punggungnya ke kerusi. Di tubuhnya tersarung pakaian sukan sekolahnya. Beg sekolah diletakkan di bawah sebelah kerusi tempat dia duduk.

Alex dan rakan-rakan nya sekadar tersenyum sambil menjamu sarapan mereka.

Alexa mengambil Sekeping roti lalu jem strawberi disapu ke atasnya sebelum dilipat kepada dua. Segelas teh o panas dicapainya lalu dihirup dengan nikmat.

Alexa memerhatikan Alex dan yang lain yang kini sedang berpakaian formal dengan kemeja dan seluar slacknya. Cebisan terakhir roti disumbat ke dalam mulutnya.

"Korang semua nak pergi kerja ke?" Soal Alexa sambil menghirup teh.

"Aah." Ujar Alex bagi pihak mereka semua.

"Ouh." Balas Alexa pendek. Malas mahu bertanya dengan lebih lanjut.

Padahal di fikiran nya sudah bermain perbagai persoalan tentang mereka.

Bukan ker yang mentadbir syarikat sekarang hanya abang? Tiga ekor malaun tu pula nak pergi mana? Kerja skali dengan abang ke? Ouh ya, setahu dia hari tu Alex ada beritahu yang dia mahu melantik Aimin dan Kimi sebagai pekerjanya. Eh, si Raz itu pula? Hey Alexa, cool. Tak payah hiraukan diorang. Now , makan dan pergi sekolah.

Alexa terangguk-angguk faham. Dia menghabiskan sisa makanannya secepat mungkin. Now, teleport!

"Ouh ya , abang ak.."

Baru sahaja Alex mengangkat pandangan memandang Alexa, kelibat Alexa terus hilang.

"Guna kuasa pula dia ni." Ujar Alex sambil menggelengkan kepala. Cukup memahami dengan sikap Alexa yang terburu-buru itu.

"Nampaknya dia akan terkejut betullah sekejap lagi." Kimi bersuara sambil ketawa diikuti Aimin dan Raz.

"Haha, itulah. Takpe, takpe. Wait and see."

***************

"Wuii, Exa. Aku ada cerita panas nih." Panggil Ain sambil menarik kerusi nya ke hadapan meja Alexa di dalam kelas mereka. Tasha dan Rina juga tidak melepaskan peluang untuk berkerumun di meja Alexa.

"Hah, nak bergosip lah tu." Tegur Alexa sambil mengecilkan matanya. Mentang-mentang lah guru-guru semua ada mesyuarat. Jadi pembelajaran selepas ini tiada guru yang akan masuk untuk mengajar.

"Eh, of courselah babe!" Ain mendabik dada. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka berkumpul beramai-ramai untuk bergosip mengenai hal berkaitan sekolah. Tidak pun membuat kerja sekolah bersama-sama.

"Cerita apa je yang hot sangat tu?" Soal Rina sambil menongkat dagu menggunakan tangan kanannya. Matanya memandang Ain.

"Tadi, aku terjalan kat depan bilik mesyuarat.jadi, aku terdengarlah sedikit perbincangan diorang. Kau tahu tak, kau tahu tak?!!" Ain mula membuat gaya gediknyaa. Lagaknya seolah-olah terlalu gembira.

Alexa, Rina dan Tasha berpandangan antara satu sama lain. Muka menyampah mula dipamerkan mereka.

"Kau tak bagitahu lagi kan. So macam mana kitorang nak tahu?" Balas Alexa.

"Nak kata bengap duk kelas pandai je." Bidas Tasha. Dia menyilangkan tangannya ke dada.

"Ish sabar la kejap. Aku nak cerita Ler ni. Aku terdengar yang diorang akan buat aktiviti luar untuk semua tingkatan 5. Bila dan dimana tu aku tak pasti. Guru yang mengiringi pun aku tak sempat dengar siapa. Lagi satu, aku dapat tahu kita ada dua guru pelatih baru! Omg! Even aku tak berapa dengar sangat, aku tetap sampaikan untuk sahabat-sahabat baik aku ni tau." Bersemangat Ain memberitahu berita yang dikatakan panas itu.

"Aktiviti luar? Bukan sekolah tak pernah buat ke selama ni?" Rina mula hairan. Nadanya kedengaran tidak berpuas hati.

"Eh yalah, kenapa tiba-tiba je ni?" Tasha juga tidak berpuas hati.

"Ala, lek lah. Mungkin diorang nak suruh kita cuba benda baru. So nak tak nak join jelah. Lagipun untuk kita juga kan. Bersyukurlah kita dapat menjadi tingkatan 5 yang pertama merasai aktiviti diluar sekolah." Ujar Alexa bernada positif. Satu persatu wajah sahabat-sahabat nya dipandang.

"Iyerlah wahai cik Alexa yang gedik." Serentak mereka bertiga berkata. Masing-masing terdiam sebelum mereka ketawa bersama-sama.

Alexa mencebik geram. "Eley, mengutuk aku je kerja korang kan."

Ain baru berura-ura ingin membuka mulut namun ketukan di pintu kelas mereka menghentikan tindakannya. Pandangan satu kelas kini terarah ke muka pintu.

Terjatuh rahang Alexa apabila melihat kelibat dua lelaki yang sangat dikenalinya kini berdiri betul-betul di hadapan pintu kelasnya.

"Assalamualaikum. Boleh kami masuk?" Soal salah seorang dari pada mereka sambil tersenyum. Tanpa menunggu jawapan sesiapa pun, mereka berdua terus melangkah memasuki kelas lalu berdiri di hadapan kelas.

"Tu abang kau kan?" Soal Tasha dalam keadaan berbisik sambil menyiku perut Alexa.

Alexa sekadar mendiamkan diri.

"Aahlah, yang sebelah tu pulak Raz kan?" Soal Ain pula juga dalam nada yang berbisik.

Alexa sekadar menjeling mereka berdua lalu terus memandang Alex dan Raz yang sedang tersengih di hadapan kelas mereka itu dengan pandangan membunuh.

"Ada apa ya?" Soal Haikal selaku ketua kelas.

"Saya Alex dan sebelah saya ni Raz. Kami akan mengambil alih mengajar kamu untuk sebulan ini. Jadi bersiap sedialah untuk peperangan wahai anak-anak murid baru ku." Ujar Alex sambil tersenyum lebar.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now