46 🌸

283 22 1
                                    

Alexa Pov

Selesai sahaja membersihkan diri selepas pulang dari sekolah, aku membaringkan tubuhku di atas katil. Melepaskan penat lelah selepas terlalu rajin menelaah buku di sekolah tadi. Maklumlah budak spm kan? Mestilah kena rajin membaca. Bukan nye tahu main game mobile legends dan pubg jeee. Time exam nanti kang gagal pulak.

Siling yang berwarna putih ditilikku seketika. Dalam aku ralit termenung tentang persekolahan, perbualan dengan Alex dan rakan-rakan nya tempoh hari menerjah ke pemikiranku.

Agaknya siapalah si pencuri darah gadis perawan ni? Apa tujuan dia ya sebenarnya? Kenapa darah je dia amik? Kenapa tinggal tubuh gadis yang dah mati macam tu je? Kenapa tak tanam je? Kenapa gadis yang dicari? Kenapa bukan lelaki?

Choi, banyak pulak persoalan-persoalan kat benak aku ni 😂 itulah, terlampau banyak berfikir sampai boleh meletup kepala ni. Eh, aku tak kata aku pandai k. 🤷

Author: 🙄

Hurm, aku rasa mesti benda ni ada kaitan dengan benda yang kitorang tahu. Mustahillah manusia sampai hisap darah bagai. Nak kata vampire nampak macam rare sangat. Ada lagi ke vampire di bumi bertuah ini? Cis, aku cakap serupa sebelum ni ada vampire pernah menginap dekat sini!

Bruce?

Serious ke ni perbuatan dia? Tapi bila fikir balik macam ada affair jugak. Yelah, dia kan jahat. Macam ya, macam tak.

Tapi, hospital kena serang haritu pun sebab dia yang buat. Mustahil masalah yang datang sekarang bukan berpunca dari dia!nasib baik aku dah hilangkan ingatan semua orang dulu pasal kejadian tu. kalau tak tak tahulah apa yang jadi sekarang.

Berbalik semula pada si penghisap darah. Apa tindakan kau selepas ni ya? Siapa mangsa seterusnya ni? Hailah otak. Kalau lah kau boleh meramal...

.............

............ eh?

Bagai tersedar dari kebodohan, kepala diketuk kuat.

Adui, sakit!

Memang aku ada kuasa meramal pun kan? Omg gumana boleh terlupa ini? Goblok mu Exa!

Nanti author masukkan bahagian tentang kuasa-kuasa mereka tuu. Nampak macam Pelikkan apa kuasa diorang.😎

Tanpa membuang masa, dia terus duduk bersila di atas katilnya. Mata dipejam nya rapat. Fikiran dikosongkan. Kuasa ditumpukan kepada satu iaitu meramal!

**************

Raz pov

"Mana pula Lerr semua orang ni? Tadi ada je.." aku melilaukan pandanganku ke serata arah. Namun kelibat sesiapa pun tidak juga kelihatan. Langkah kemudian diatur ke dapur, tiada. Ke laman rumah, tiada. Ke swimming pool, tiada! Woii, mana diorang nii!!?

Dahi ditepuk perlahan tanda tertekan. Dahlah besar rumah ni!

"Apa guna telefon wahai Raz yang kacak lagi kan bergaya?" Wajah bangga dipamer. Ceh, puji diri sendiri je kerjanya! Terus hilang kerutan gelisah sebentar tadi.

Aku menyeluk tangan ke dalam poket seluar jeans. Telefon pintar berjenama iPhone keluaran terbaharu dikeluarkan. Segera nombor Kimi didail. Tak sampai beberapa saat, panggilan bersambung.

"Helo, Kimi!" Aku menjerit lantang sebaik sahaja panggilan diangkat oleh pihak sebelah sana. Nah, rasakan peluru berpandu.

"Apa ni jerit-jerit? Cakap slow dah la. Ha nak apa?" Jawab Kimi sedikit bengang.

"Kau kat mana?"

"Otw nak masuk ke dalam rumah ni with the gangs. Apahal?"

Tuttttttttt!

Panggilan terus dimatikanku. Malas mahu mendengar si Kimi tu membebel. Alang diorang dalam perjalanan ke sini, apa kata aku pergi bersantai-santai dahulu di katil yang empuk bagai bulu si beruang tu dahulu?

Langkah terus diatur menaiki tangga ke tingkat atas. Bilik aku terletak bersebelahan dengan bilik Alexa. Memandangkan mereka semua jenis tidak suka berkongsi bilik dan mahukan privasi, Alex telah memberikan mereka seorang satu bilik secara rasmi. Muahahahhahahaa.

Dan dengan tanpa disengajakan, aku telah memilih bilik bersebelahan dengan Alexa berhadapan dengan bilik si Alex, bakal abang ipar ku hahaha.

Berangan tak habis kau ni Raz 😫 macamlah si Alexa tu inginkan kauu?!!

"Chere de kuisoo"

Suara Alexa dalam bahasa yang tidak difahami ku kedengaran sayup-sayup di telingaku. Terus terhenti tanganku yang baru sahaja ingin memulas tombol pintu bilik ku.

Langkah mula diatur mendekati pintu bilik Alexa. Telinga ditekapkan ke daun pintu bilik Alexa. Suara Alexa yang sedang membaca mantera yang tidak difahami nya mula kedengaran.

"Woi, skodeng apa tu?" Teguran Alex menyentakkanku.jatuh terduduk aku disitu. Dengusan marah terus terlepas. Sejak bila diorang ada kat sini?!!

"Buat apa do?" Kimi pula menyoal. Muka mereka mempamerkan riak hairan.

"Shhhhhhh!" Aku meletakkan jari telunjukku ke bibir tanda menyuruh mereka senyap. Bagai faham dengan apa yang berlaku, masing-masing terus tidak bersuara.

Aimin memandang ku sambil membuat mimik muka menyoal 'kenapa?'.

Aku segera menyuruh mereka melekapkan telinga mereka ke daun pintu bilik Alexa. Setelah mendengar apa yang Alexa ucapkan, mereka terus terangguk-angguk faham.

Pov end

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now