4 🌸

855 59 7
                                    

Sebulan kemudian..

"woi, Exa! " Tegur Ain.

"Ya, kenapa?!" Alexa menjawab hairan sambil terikut menaikkan suaranya seperti Ain.

"Woi, jangan jeritlah!" Jerit Tasha pulaa.

"Woi, woi, pehailahh?!" Rina menjerit geram.

Pap!

Pok!

Puk!

"Adoii!!!"

"Haaa jeritlah lagi sampai satu bangunan ni boleh dengar suara korang yang macam ayam berkokok tu." Alexa tersenyum puas dapat menampar kepala mereka bertiga yang tiba-tiba terjerit-jerit bagaikan mati suami itu.

Ain ,Tasha dan Rina sekadar mendengus kasar sambil menggosok-gosok dahi mereka yang diketuk Alexa.

"Nak main-main dengan kawan sendiri pun tak oleyh. Sikit-sikit tak oleyh. ☹️" Tasha mula membuat ayat sedih.

"Itula hang p jerit pasaipa? Kan dah kluaq loghat Perak aku ni 😓" Ain menolak bahu Tasha perlahan tanda protes. Alexa yang melihat perkara itu sekadar menggeleng kan kepalanya.

"Uii dha laa tu."

"Ala kitorang nak manja-manja dengan kau jew 😛" kata Rina sambil membuat bentuk piss ✌️ menggunakan jarinya.

Alexa sekadar mengendahkan kerenah keanak-anakan sahabat-sahabat nya lantas berjalan meninggalkan mereka.

"Woi, nak pergi mana tu?" Ain memandang Alexa yang semakin menjauh.

"Balik kelas lah. Kan waktu rehat dah habis. "

Ain, Tasha dan Rina segera mengikuti langkah Alexa dengan pantas kerana tidak ingin didenda oleh guru mata pelajaran mereka nanti.

Alexa tidak dapat menumpukan perhatian pada pembelajarannya. Dia sekadar mendengar padahal matanya melihat keluar tingkap kelasnya.

Melalui tingkap kelasnya, dia dapat melihat taman bunga sekolahnya yang cantik dihiasi dengan pelbagai jenis bunga.

Alexa terfikirkan tentang nasib dirinya. Tentang abangnya yang tidak kunjung pulang. Setiap hari dia menantikan kepulangan abangnya namun sehingga sekarang bayangnya pun tidak kelihatan.

Hurm.. mungkin sampai bila-bila pun abang takkan balik dah. Aku bukannya sesiapa pun untuk dia ..

Dia mengeluh perlahan. Bukan dia tidak tahu yang abangnya tengah bersedih tetapi abang nya juga sepatutnya memahami yang dia juga turut merasai kehilangan atas kematian kedua ibu bapanya.

Abang bukannya anak tunggal tetapi mempunyai seorang adik yang comel dan cantik macam aku ni.

Author : aku lagi comel

Alexa : tak, kau tak comel

Author : ingat sikit, dalam sekelip mata aku boleh ubah wajah kau tu 😼

Alexa : alolo.. kau comel laa cun melecun

Author : tuii ,takut la tu .

Back to story 😹

Abang ,Exa sentiasa tunggu abang.. janganlah sampai perasaan benci tu wujud untuk abang barulah abang nak kembali ke pangkuan adik..

"Alexa Rainbow binti William Nial !!"

"Ouh mak kau taik cicak kobeng!" Latah Alexa akibat terkejut dengan sergahan tiba-tiba gurunya itu. Hampir dia terjatuh dari kerusinya kerana terlalu terkejut. tangannya menggosok-gosok dadanya perlahan.

Habis kecoh satu kelas dengan ketawa pelajar-pelajar tingkatan 5 Sains. Alexa tertunduk malu menyedari kelatahan mulutnya.

Adoi oi mulut ,buat pasal lah hang ni.

Alexa mengangkat wajahnya memandang ke arah cikgunya yang kelihatan sedang menjegilkan matanya ke arah nya.

"Jawab soalan yang saya tulis kat papan putih tu sekarang." Arah Puan Lisa.

"x¹+y²=13" tak sampai beberapa saat, Alexa mengutarakan jawapannya kepada Puan Lisa.

Puan Lisa yang seakan terkejut dengan jawapan Alexa itu terus mengawal riak wajahnya. "Okey, kamu boleh duduk. Jangan mengelamun dalam kelas! "

Itu dia , amaran dh keluar. Nasib baik aku ni pandai kalau tak dh kena denda tadi.

Alexa kembali menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya.

"Wush, kau menungkan apa je tadi sampai aku cucuk-cucuk pinggang kau pun kau tak geli. Ingat kat buah hati ke apa ni? " Ain mendekatkan dirinya ke Alexa yang hanya duduk di sebelah mejanya sahaja.

Ain bertanya dalam nada berbisik kerana khuatir suaranya didengari oleh puan Lisa. Alexa menjelingnya tajam.

"Aku menungkan putera raja yang entah bila dia nak datang lamar aku. Kempunan betullah nak dapat laki kaya." Seloroh Alexa.

"Angan-angan taik kucing 😢" Ain membuat nada sebak.

"Shuh sana baca buku 😭"

Ain menahan tawanya dari didengari orang lain.

Dalam Ain ralit ketawa, Alexa mengambil peluang mencucuk pinggang sahabatnya itu tanpa disedari oleh Ain.

"oi putera datang meminang aku !!?" Latah Ain kuat.

Latah Ain sekaligus menyebabkan pandangan satu kelas terarah ke arahnya. Lantas mulutnya ditekup guna telapak tangannya.

"Yer, Ain?" Soal Puan Lisa sedikit hairan. Tidak ada angin , takde ribut tiba-tiba terkejut?

"Err.. takde apa-apa cikgu. Tadi ada belalang hinggap kat kepala Alexa tu yang saya terkejut 😩" pandai Ain mengemukakan jawapan bodoh nya 😂

Ain menepuk-nepuk kepala Alexa sambil tersengih menampakkan giginya.

Siot Ain ni, kepala aku pulak yang jadi mangsa,Alexa memandang Ain dengan perasaan yang tidak puas hati.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now