57 🌸

241 20 0
                                    

"Alexa.." panggil Raz perlahan sewaktu mereka sedang menaiki tangga untuk ke tingkat atas ke bilik masing masing. Mereka baru sahaja pulang dari sekolah. Ketika itu, Alex telah terlebih dahulu masuk ke biliknya meninggalkan mereka berdua.

Alexa berkalih ke belakang memandang Raz. Langkah nya terhenti. Dia menunggu Raz menghampirinya.

"Ya?" Soal Alexa apabila Raz kini berdiri di sebelahnya menghadap dirinya.

"Petang ni ikut aku nak?" Soal Raz sambil memandang wajah Alexa dengan penuh mengharap.

Dahi Alexa berkerut mendengar ajakan Raz.  "Nak pergi mana?" Soal Alexa kembali.

"Err.. date?"

*****************

Alexa menghempas tubuhnya ke atas katil. Matanya dipejamkan rapat-rapat. Patung teddy bear miliknya yang berwarna merah jambu dipeluknya erat. Tak lama selepas itu tubuhnya meniarap. Sekejap dia mengiring ke kanan. Sekejap tubuhnya berkalih menghadap ke kiri. Akhirnya dia sekadar berbaring terlentang memandang siling biliknya. Cik teddy di sebelah nya masih lagi tidak dilepaskan.

Fikirannya terawang-awang memikirkan ajakan Raz sebentar tadi.

∆∆∆∆∆

"Err..date?" Raz tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik.

Wajah Alexa mula memerah. Dia malu kerana tiba-tiba diajak date oleh orang yang disukainya.

Raz tersenyum apabila melihat wajahnya yang mula memerah.

"Ececey, malu Ler tuu." Usik Raz.

"Ma..mana ada." Alexa menjeling Raz tanda geram. Padahal dalam hati dah berbunga.

"Haha Yala cik adik kesayanganku tercinta. Kalau kau setuju, pukul 5 ptg dekat luar rumah. Aku akan sentiasa menunggu kau." Ujar Raz sebelum melangkah menaiki tangga. Namun di anak tangga yang teratas, dia berpaling semula memandang Alexa yang sedang memandangnya.

"Dressing cantik-cantik okey? Tema biru." Ujarnya sambil mengenyitkan matanya ke arah Alexa.

∆∆∆∆∆∆∆

"Fuhh, kus semangat! Tak guna punya Raz! Dah tahu handsome bole pula kenyit mata kat aku. Tak tidur aku malam ni sebab kau!" Alexa meraup wajahnya berkali-kali. Wajah kacak Raz semakin lama makin terbayang di mindanya. Entah apa yang dia syok kat Raz tu tak tahulah.

"Eh, sekarang pukul berapa ya?" Matanya melirik ke jam yang tergantung di dinding biliknya.

"Pukul 2 baru. Nak buat apa ek sementara tunggu pukul 5?" Dia kembali memandang siling biliknya. Agak lama dia memerhatikan siling biliknya sehingga dia tidak sedar dirinya telah tertidur.

Tanpa dia sedari, sepasang mata hitam galak memerhatikan nya melalui tingkap biliknya. Senyuman penuh muslihat terpamer.

"Semoga tidur kau selepas ini juga akan lena, Alexa.."

Sebaik menuturkan ayat itu, tubuh berkerudung itu lesap menjadi asap berkepul-kepul memenuhi udara.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now