31 🌸

378 27 0
                                    

Ruang makan kecoh dengan suara Aimin dan Kimi yang bergaduh kerana berebutkan kepak ayam goreng yang sempat digoreng Alexa sebentar tadi. Di mata Alexa mereka kelihatan seperti budak-budak yang berebutkan ice-cream.

Tiba-tiba matanya terpandang wajah Raz yang kini sedang merenungnya. Tertunduk Alexa dibuatnya. Merah mukanya kerana malu. Dia teringatkan kejadian pagi tadi yang berlaku antara dia dan Raz yang difikirkan abangnya itu.

Sebenarnya, Raz tertidur di bilik Alex malam tadi. Seronok berborak sehingga tertidur dia dan Alex bersama. Nasib baiklah bukan gay.

Selepas je lari dari Raz pagi tadi, dia yang berlari turun ke ruang tamu terserempak dengan Alex, Kimi dan Aimin yang baru sahaja pulang dari joging, mungkin. Sebabnya cara mereka berpakaian lebih terarah ke situ. Dengan seluar traksuitnya, baju lengan pendek dan kasut sport. Mestilah joging kan?

Nasib baiklah mereka tidak mengetahui akan kejadian memalukan itu, kalau tidak mahu di kerjanya dia dan Raz itu oleh abangnya.

Tunggu kau Raz. Ada hari aku balas!

"Dik, kenapa?" Soal Alex hairan dengan sikap Alexa yang dirasakannya agak pelik. Pagi tadi dia terserempak dengan Alexa yang sedang berlari entah dari pada siapa. Agak mencurigakan sungguh. Mungkin ada kaitan dengan si Raz ni. Terus matanya yang tadi melihat Alexa terarah kepada Raz. Tak disangkanya apabila melihat Raz sedang merenung Alexa dengan pandangan yang sukar dimengerti kan. Ada sesuatu tak kena ni!

"Kau dah kenapa, Raz? Tenung adik aku macam apa lagi." Tegur Alex.

Tersentak Raz. Mukanya merah kerana tertangkap sedang merenung si gadis cantik jelita yang telah menawan hatinya itu. Duhai malunya. Sudahlah tertangkap dengan bakal abang ipar! 😥

Aimin dan Kimi yang kecoh sebentar tadi, terus tidak jadi bergaduh apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena diantara Raz dan Alexa. Mata mereka kini tertumpu kepada Alex yang sedang memandang tajam Raz dengan pandangan membunuh.

"Err..ab..abang.. adik.. na..naik dulu.." Alexa bingkas berdiri.

"Duduk." Arah Alex tegas.

Meremang bulu roma Alexa dibuatnya. Terus dia duduk kembali di kerusinya. Alamak macam mana ni? Abang macam dah dapat hidu apa yang jadi ni 😖

"Apa yang berlaku antara korang berdua?"
Soal Raz. Matanya silih berganti memandang Alexa dan Raz.

"Err.." pandangan Alexa jatuh pada Raz yang kelihatan serba salah. Kalau bukan disebabkan kau jantan takdernya sekarang abang soal macam ni kat aku. Okey even kau pun kena juga. Nasib baik kau ni handsome, cantik je mata kau. Muka pun bersih xde cacat cela. Kacak juga dari abang aku tu. Sweet pula tu. Romantik. Fuuhh, sempat dia memuji!

Tiba-tiba pandangannya bertembung dengan mata Raz yang kini sedang memandangnya. Mereka berbalas pandangan sehingga dapat dihidu oleh Alex,Kimi dan Aimin.

"Korang ni bercinta ke apa?" Soalan cepumas dikeluarkan Kimi secara tiba-tiba. Tersentak Alexa dan Raz dibuatnya. Tapi Raz xdelah terkejut sangat. muka pun dah berubah macam happy sikit. Alexa je yang terkejut plus malu plus biar betik plus suka plus wauuuu !

Even perasaan suka tu macam dah ada, ego tetap perlu ada ditempat permata. Itulah Alexa. Kata je tak suka plus benci tapi sebenarnya dah dilamun cinta! 😝

"Betul ke Exa? Raz?" Tanya Alex pula apabila melihat perubahan drastik wajah kedua-dua pesalah itu. Sorang tengok muka macam happy Sorang lagi macam benci tapi macam suka Jee. Nak kena betul diorang ni. Benda baik macam ni pun nak berahsia.

Sebenarnya, Alex tak kesah pun kalau Alexa suka dan sedang bercinta dengan Raz. Lainlah kalau Kimi dan Aimin. Memang dia bantah seratus peratus. Hanya Raz je yang dia percaya untuk happy dan bahagiakan adik dia tu. Lagipun dia memang nak kenenkan Alexa dengan Raz pun! 😆

"Alex.. erm.. kau jangan lah salah faham.. aku.. erm.." serba salah Raz ingin berbicara. Wajah Alexa dan Alex dipandang silih berganti. Nak mengaku ke tak dah buli adik dia tadi? Nak bagi tau juga ke Alexa kiss dia tadi? Mak tolongggg gumana ini!??😫

Alex tiba-tiba berdiri. Pandangannya tajam memandang Raz.

Raz teguk air liurnya. Begitu juga mereka yang lain. Muka semuanya kelihatan macam nak lari je. Gila tak lari, amukan Alex jangan dibuat main!

"Aku.."

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now