63 🌸

178 15 0
                                    


Prang!

"Tak guna!"

Bruce melempar sebuah pasu bunga ke dinding biliknya dengan kuat sehingga pasu itu pecah berkecai.

Mukanya merah kerana menahan amarah yang amat. Penumbuknya dikepalkan.

Khabar yang disampaikan oleh orang suruhannya sebentar tadi betul-betul membuatkan darahnya berderau.

Sekali lagi sebuah pasu bunga yang saiz nya lebih besar dari pasu yang tadi diambilnya lalu dibaling ke dinding dengan sekuat hatinya.

Prang!

Orang-orang suruhannya yang sedang memerhatikannya sekarang masing-masing menelan liur. Belum pernah lagi mereka melihat ketua mereka naik angin seperti itu.

Mungkin berita yang disampaikan tadi benar-benar celaka!

Tiba-tiba sebilah pedang yang diperbuat daripada asap muncul di tangan Bruce. Belum sempat sesiapa mengelipkan mata kerana terkejut dengan kemunculan pedang itu, kepala seseorang tergolek di hadapan mata mereka. Darah mengalir deras membasahi lantai marmar yang jernih.

Walaupun terlalu terkejut dengan pembunuhan yang berlaku di hadapan mata, masing-masing antara mereka semua sekadar mendiamkan diri. Takut-takut jikalau diri mereka pula yang bakal menjadi mayat!

Kepala siapa lagi kalau bukan kepala sang pembawa berita itu. Sungguh benar-benar celaka berita yang dibawanya itu sehingga kepalanya sendiri yang dipenggal!

"Bodoh!" Maki Bruce. Dia meludah kepada pembawa berita tadi. Walaupun sedar lelaki itu telah mati, dia tetap menetak dan mencantas tubuh lelaki itu sepuas hatinya. Itupun sekadar ingin memuaskan hatinya yang sakit.

Namun tiba-tiba tindakannya terhenti. Pandangannya jatuh pada kepala lelaki itu yang telah dipenggal nya. Pedang di tangannya terus ghaib begitu sahaja tanpa sesiapa pun perasan. Dia duduk mencangkung di hadapan mayat lelaki itu.

Walaupun lelaki itulah penyebab dia dalam amukan tadi, namun lelaki itu juga turut berjasa kerana telah membawa berita yang agak baik itu. Dia sebenarnya marah kerana terlalu lambat mengetahui perkara sebenar. Jadi tanpa berfikir panjang terus amarahnya dilepaskan kepada lelaki itu.

Orang-orang suruhannya sekadar memerhatikannya dengan pandangan yang hairan.

"Kumpulkan tentera. Persiapkan senjata.Kita akan pergi berperang!" Kata Bruce agak lantang.

Pengikut-pengikut nya masing-masing tersentak mendengar arahannya itu. Namun kaki tetap juga melangkah untuk menyediakan perintah ketua mereka itu. Mahu tidak turuti arahannya? Kepala mereka juga nanti yang bakal terputus dari badan. Cukuplah derita mereka kerana perlu berkhidmat untuk sang ketua itu. Hanya kerana kerajaan mereka kesemuanya telah dibekukan, mereka yang tertinggal itu terus dikutipnya menjadi orang suruhannya.

Akhirnya kesemua mereka pergi meninggalkan Bruce bersendirian bersama mayat sang pembawa berita.

Bruce menilik mayat yang hampir hancur fizikalnya itu akibat perlakuannya tadi. Tiba-tiba segumpal asap hitam pekat mula menyelubungi tubuh sang mayat. Bruce sekadar membiarkan sahaja. Sepertinya fenomena itu langsung tidak menarik.

Sebaik sahaja asap itu menghilang, kelibat mayat itu telah hilang digantikan dengan bangkai burung yang berwarna biru yang tubuhnya dipenuhi darah. Kepala burung itu juga turut terpisah dari badannya.

Senyuman sinis terukir dibibir Bruce  sebelum tawanya memenuhi segenap ruang biliknya.

"Thanks, Arland."


The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now