23 🌸

464 37 1
                                    

Situasi Alexa

"Jangan kacau rambut akulah!" Jerit Alexa lantang sambil menghalakan mata pedangnya ke tepinya lantas menikam tepi makhluk itu. setelah terlepas dari cengkaman makhluk itu, dia terus melibas pedangnya ke arah makhluk itu. Terputus dua makhluk itu apabila terkena pedang Alexa yang tajam.

Seketika pedang itu berubah-ubah kepada panah dan sekejap-sekejap berubah kepada pedang semula. Alexa begitu pantas dalam bertindak. Panahan dan tetakan nya langsung tidak tersasar.

"Macam mana nak berhentikan korang ni, hah?" Jerit Alexa yang sekarang kelihatan seperti angin. Tubuhnya bergerak laju tanpa  dapat dilihat. Seekor demi seekor makhluk tumpas sekelip mata.

Dia berlari laju membelah angin. Tangannya yang memegang pedang dihalakan ke hadapan. Lalu terus memenggal makhluk-makhluk yang kelihatan di matanya. Seekor pun tidak dibiarkan bernyawa.

Kemudian, Alexa melutut dengan kedua-dua lututnya diletakkan ke tanah. Dia menghalakan busur panah nya ke atas. Anak panah halimunan ditariknya lantas terus melepaskan ke udara.

Makhluk-makhluk itu mula berkerumun ke arah Alexa dari setiap arah.

Panah yang dilepaskan ke udara sebentar tadi tiba-tiba berpecah kepada beribu-ribu anak panah yang dikelilingi api biru. Senyuman sinis terukir dibibir mungil Alexa.

Raungan makhluk-makhluk itu mula kedengaran apabila setiap anak panah menikam mereka dari setiap arah dan mula membakar tubuh mereka. Anak panah itu seakan-akan hidup dan mencari mangsa.

**************

Situasi Alex

"Gyaaa!" Alex masih lagi melibas dan menikam makhluk-makhluk yang cuba menyerangnya dengan pantas. Tidak mahu membuang masa, seekor makhluk ditikamnya dalam hingga tembus ke belakang lalu diangkatnya makhluk itu tinggi ke udara. Pedangnya serta-merta mengeluarkan api biru sehingga membakar tubuh makhluk itu.

Tubuh makhluk itu kemudiannya dilemparkan laju ke sekelompok kumpulan makhluk-makhluk itu di hadapannya. Sekelip mata semuanya mati disambar api. Kelihatan api itu seperti hidup.

Alex meneruskan libasannya. Makhluk-makhluk hodoh yang lain kini cuba menyerangnya secara beramai-ramai. Mereka datang dari setiap arah mengelilinginya.

Alex tersenyum sinis. Pedang dipacak kan ke tanah. Dia memejamkan matanya. Masa seakan-akan berhenti. Tiba-tiba cahaya biru mengelilingi pedang Alex. Pedangnya mula terbang naik ke udara dan berpecah kepada beribu-ribu bilah pisau yang berapi merah.

Mata dicelikkan. Masa kembali seperti sedia kala. Kini beribu-ribu bilah pisau berapi menikam makhluk-makhluk yang berada disekelilingnya. Mereka mati terbakar dan hangus begitu sahaja.

************

Situasi Raz

Semua makhluk yang menyerang nya dipenggal dengan sekali libasan sahaja. Dirinya masih kuat berdiri tanpa sebarang kecederaan. Buat masa ini, makhluk-makhluk itu masih tidak dapat menyentuh nya walaupun sedikit. Pertahanan nya terlalu kuat.

"Bila nak mati korang ni hah?" Jerit Raz walaupun dia tahu tiada sesiapa pun yang akan mendengar kerana kedudukannya, Alex dan Alexa agak jauh antara satu sama lain. Lagi pula, tiada sesiapa di situ melainkan mereka bertiga kerana semua orang yang lain telah dipindahnya ke tempat selamat.

Seekor makhluk itu cuba menyerangnya dari belakang. Namun tidak sempat makhluk itu mencakar Raz menggunakan kuku tajamnya, sebilah pedang telah terbenam dalam dadanya tepat ke jantung.

"Heh, serang hendap ya wahai makhluk hodoh?" Raz tersenyum sinis. Segera pedang itu ditarik kuat lalu terus melibas ke arah leher makhluk itu sehingga terputus dari badannya.

"Kalau Alexa tengok ni mesti tergoda. Lagi-lagi dengan ketampanan aku ni." Raz mula terbayang-bayang wajah Alexa yang menawan. Namun dalam dia ralit berangan, tangannya masih lincah menetak dan membunuh makhluk-makhluk itu.

Raz mula bengang apabila tiba-tiba seekor makhluk hodoh itu ingin menggigit nya. Lantas dia mengelak melakukan lompat Kuang. Berpusing-pusing dia sehingga ke hujung tempat itu.

Pedang dilemparnya keudara sebelum jatuh ke tangan nya dalam bentuk sebuah meriam. Meriam itu terus bersambung dengan tangan Raz.

"I'm so cool." Sempat dia memuji dirinya. Makhluk-makhluk itu mula menyerangnya dari setiap arah.

Tanpa membuang masa, tembakan dilepaskan. Peluru yang dilepaskan bukanlah calang-calang peluru yang terdapat didunia. Ia terbang ke udara lalu berpisah kepada beribu-ribu jarum kecil sebelum menusuk ke badan setiap makhluk yang ada di sekeliling Raz. Makhluk-makhluk itu meraung kuat sebelum tubuh mereka meletup dan berkecai. Raz tersenyum sinis.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon