27 🌸

403 26 0
                                    

Tok!

Tok!

Tok!

Berulang kali pintu diketuk namun tiada siapa pun yang menjawab atau pun membukakan pintu untuk mereka. Sudahlah tengah haus, lapar pula tu. Tapi lapar masih boleh dibawa bincang. Haus ni hah. Siapa nak bantu hilangkan?

Rina mengeluh perlahan. Tekaknya sudah kering kerana seharian itu dia masih tidak meneguk segelas air pun kerana terlalu fikirkan tentang Alexa.

Kriuttt

Tersentak Rina apabila mendengar bunyi tersebut. Fikirnya mungkin ada makhluk-makhluk tadi yang terlepas dan sekarang sedang mengejar mereka.

"Walaweyh, bunyi apa tu do?" Rina menyiku pinggang Ain dan Tasha yang berada di kiri dan kanannya. "Aku dengar bunyi makhluk-makhluk tu." Ujarnya separa berbisik.

Pok!

"Tu bunyi perut akulah sengal!" Ain memegang perutnya.

"Yang kau ketuk kepala aku kenapa? Manalah aku tahu tu bunyi perut kau. Dengar macam bunyi raksasa jaa. Kau bela raksasa dalam perut kau ke camna?" Rina menjeling Ain sambil tangannya menggosok-gosok kepalanya.

"Dah author yang suruh aku buatlah. Lagipun author terlalu suka scene kepala kena ketuk dalam cerita ni." Ujar Ain berterus terang.

"Eh, korang berdua ni. Lupa ke hasrat kita datang ke sini?" Tegur Tasha mula naik angin. Baginya perangai mereka berdua itu seperti kanak-kanak Ribena yang sedang menari dengan anggur tu. Tak matang!

"Dah ke.." mata Ain terpandang dua susuk tubuh yang sedang berdiri sambil mencekak pinggang dibelakang mereka. Dia ternampak memandangkan tubuhnya sedang mengiring menghadap Tasha dan Rina.

Kelakuan Ain itu menyebabkan Rina dan Tasha turut menghalakan pandangan mata ke arah belakang mereka. Bertambah besar mata mereka apabila melihat Aimin dan Kimi sedang memandang tajam ke arah mereka.

"Korang buat apa kat sini?" Soal Aimin.

Tadi dia mendapat mesez daripada Raz agar datang ke alamat yang diberikan kepadanya. Namun sebaik sahaja sampai, mereka terlihat kelibat tiga ekor malaun yang sedang bertekak di hadapan pintu. Nak merompak ke bagaimana ni? Atau mereka berdua yang tersalah alamat. Segera dia mencapai semula telefonnya untuk mengesahkan keadaan sebenar.

Betul lah alamat ni, desis hati kecil Aimin.

"Ofcourse lah tengah memancing. Kan kawan-kawan." Ujar Rina sambil tersenyum seindah bunga di taman. Ain dan Tasha turut tersenyum tetapi kelihatan sinis sambil melirik ke arah Aimin dan Kimi.

"Ni ha ikan punya besar. Takkan buta kut?" Rina menaikan kan kedua-dua belah tangannya sambil menghulur ke arah Tasha yang bermaksud 'dia ni lah'.

"Eh, aku?" Tasha menunjukkan jari telunjuk ke arah dirinya. Muka nya menunjukkan riak jengkel dengan sikap Rina. Ada saja nak dilawak hambarkan nya.

"Haha.. lawaknyee.." Kimi membuat muka. Mungkin meluat dengan sikap gadis-gadis di hadapan nya itu.

Malas melayan gadis-gadis itu, Aimin mengorak langkah Menghampiri pintu diikuti oleh Kimi. Itupun setelah ditolak-tolak nya Rina,Ain dan Tasha supaya berundur ke belakang sedikit. Hailah, macam budak-budak!

Baru sahaja belakang tangan Kimi hendak mengetuk pintu itu, tiba-tiba sahaja pintu itu terbuka sendiri. Muncul Raz di sebalik pintu itu. Mukanya kelihatan serabai namun tetap menarik perhatian gadis-gadis yang memandangnya.

"Laa, korang datang bawak awek ke?" Tanya Raz agak blur. Keningnya diangkat sebelah. Matanya mengerling memandang wajah-wajah di hadapannya sekarang. Dua kali imbas baru dia perasan yang mereka pernah melepak setable dengan gadis-gadis itu. Kepala nya terangguk-angguk sambil mulutnya menyebut 'ooo'.

"Ah, kisah pulak aku. Dah, masuklah. Dah nak senja dah ni." Gesa Raz lalu membuka pintu luas untuk memudahkan mereka semua masuk ke dalam. Dia membiarkan pintu terbuka sebelum dia menghilang ke dalam. Malas mahu menunggu di situ lebih lama.

Aimin dan Kimi masuk mendahului Ain, Tasha dan Rina yang masih kelihatan ragu-ragu itu. Fikir mereka, perlukah mereka masuk? Mereka salah rumah ke? Entah-entah diorang kongsi gelap apa? Pembunuh upahan? Bunian? Makhluk asing?

"Woi?! Tak nak masuk ke?" Jerit Kimi lantang sehingga memecahkan lamunan ketiga-tiga mereka. Tanpa membuang masa, langkah mereka terus diatur memasuki rumah itu walaupun perasaan teragak-agak itu masih ada.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now