22 🌸

451 33 0
                                    

Raz berasa hairan apabila suara Alex tidak lagi kedengaran. Dia memandang sekeliling namun kelibat Alex tidak kelihatan. Sejurus matanya terpandang Alex yang kini sedang menahan tubuhnya daripada berlanggar dengan dinding bangunan hospital. Tanpa membuang masa, dia terus berlari mendekati Alex tanpa menghiraukan makhluk-makhluk yang sedang mengejarnya.

"Alexxx!!!"

Serentak dengan jeritannya itu, bunyi letupan kedengaran kuat.

Alex membuka matanya. Dia berasa hairan apabila melihat tubuhnya kelihatan baik-baik sahaja. Tiada pelanggaran yang berlaku. Dia memandang sekeliling.

"Apakah?" Dia berasa terkejut kerana sekarang dia berada jauh daripada bangunan hospital itu. Bangunan Hospital itu juga kelihatan dalam keadaan baik. Tiada tanda-tanda pelanggaran. Namun dia berasa hairan apabila melihat makhluk-makhluk disekelilingnya sudah terbaring kaku. Seakan-akan telah dibom semuanya.

"Nasib baik.."

"Eh?" Alex terkejut apabila terdengar suara seseorang di belakangnya. "Kau punya kerja ke ni?" Alex seakan-akan dapat menangkap apa yang berlaku kepadanya. Wajah berkeringat Raz dipandangnya.

"Kau berat sangat!! Nasib baik aku guna teleport. Sakit badan aku langgar makhluk-makhluk hodoh tu, kau tau tak?! Kalau tak dah terpelanting kau tadi aku lempar. Yang kau buat kerja gila kenapa? Tiba-tiba je nak berlanggar dengan bangunan tu." Bebel Raz tanpa menyedari ada seseorang di dalam dakapan Alex.

Seketika tadi dia berusaha mendapatkan Alex. Tubuh Alex ditariknya dengan serta-merta. Lalu teleport dibuka menarik mereka dari situ seterusnya menyebabkan tiada pelanggaran yang berlaku. Namun disebabkan perasaan cemas Raz, dia telah tersilap meneleport mereka. Tubuh mereka keluar dari teleport dan melanggar makhluk-makhluk yang berada di belakang mereka. Namun Raz masih melindungi tubuh Alex menyebabkan dirinya sahaja yang berlanggar. Pelanggaran itu menyebabkan sebilangan dari makhluk itu mati begitu sahaja.

Alex yang langsung tidak membalas kata-kata nya menyebabkan dia menoleh. Wajah cantik seseorang yang berada dalam dakapan Alex mengejutkan dirinya.

"Woii, anak sapa kau culik ni?" Raz mula hairan. Suka mak nenek dia jaa peluk budak tu! Dahla cantik woii!

"Terima kasih..Raz..sebab selamatkan aku..dan..adik aku.." Alex merangkul tubuh Alexa erat. Sungguh dia begitu merindui gadis itu. Perjumpaan mengejut mereka di alam mimpi hari tu masih tidak dapat menghilangkan rindu itu.

Pelukannya berbalas. Alexa tersenyum gembira kerana wajah lelaki yang dirinduinya kini berada di depan matanya.

"Adik kau..?" Terlopong Raz tidak terkata. Inilah kali pertama dia dapat melihat wajah Alexa yang sering kali disebutkan oleh Alex itu. Sungguh.. gadis itu benar-benar cantik.

Pelukan mereka dilepaskan. Alex mengusap-usap pipi Alexa. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. "Lain kali, jangan cuai." Pesannya lembut. Dia tahu Alexa cuai sebentar tadi sehingga menyebabkan diri gadis itu terlontar jauh.

Raz sekadar tersenyum melihat kemesraan antara Alex dan Alexa.

"Haha.. lain kali tak cuai dah." Alexa berdiri dibantu oleh Alex. Dia kini gembira kerana dapat melihat Alex. Semangat kembali berkobar-kobar dalam dirinya.

Alex meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi Alexa. Sesuatu cahaya berwarna biru keluar dari tangannya lalu masuk ke dalam badan Alexa. Serta-merta tubuh Alexa yang cedera dan luka sembuh seperti sedia kala.

"Thanks, abang." Ucap Alexa sambil tersenyum manis.

"Now.. fokus." Alex memandang hadapan. Diikuti Alexa dan Raz. Kini mereka berdiri bersebelahan antara satu sama lain. Alexa disebelah kanan Alex dan Raz disebelah kiri Alex .

Makhluk-makhluk hodoh itu kini mengelilingi mereka bertiga. Langsung tiada sekelumit pun perasaan takut pada mereka bertiga.

____________________

Hey, what's up guys? 😎

So, amacam?

Aku bukan reti buat adegan berperang or berlawan or berkelahi or apa2 jela yang sewaktu dengannya. So tolong jangan kritik. Sudah baca mohon senyap 😂

Dah senyap mohonlah Sambung membaca yaa 😘

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now