74🌸

165 17 0
                                    

Zashh!!

Cahaya ungu melepasi Raz dan Alex.

Shing!

Shing!!

Shinggg!!!

Bunyi besi berlaga memenuhi suasana. Alex terkedu dengan perkara yang terjadi.

Kerlipan pedang berwarna putih menyilaukan mata yang memandang. Alexa bergerak dengan pantas menepis dan memotong jarum-jarum halus yang cuba menghampiri Alex dan Raz.

Tidak berhenti sesaat pun tangannya dari melibas ke udara.

Namun semakin lama semakin banyak jarum yang keluar dari lubang besar itu.

Cantasan Alexa sangat tepat walaupun berada terlalu dekat dengan lubang itu. Angin yang cuba menarik mereka semakin kencang. Alexa sedikit terkedepan. Hanya 1 meter sahaja lagi sebelum dirinya betul-betul disedut masuk ke dalam lubang tersebut.

"Hati-hati Alexa!" Lantang Raz berkata lantas dia mengarahkan akar-akar kayunya membelit Alexa agar Alexa tidak tersedut masuk ke dalam lubang itu.

"Pegang dia!!" Kata Alex kuat.

Jejari bayang juga memegang tubuh Alexa kejap. Kini mereka bertiga terikat antara satu sama lain.

Tumpuan Alexa sedikit tergugat apabila tubuhnya dibelit oleh akar kayu milik Raz dan jejari bayang milik Alex.

Tiba-tiba satu jarum laju meluru ke arahnya namun tidak disedari oleh Alexa.

Apabila jarum itu sekadar 1 inci darinya, barulah dia menyedari akan bahaya yang menghampirinya.

Masa tiba-tiba seakan terhenti.

Jarum itu berada hanya satu inci daripada mata kanan Alexa.

Pergerakan mereka bertiga kaku. Angin tidak lagi bertiup dengan kencang.

Lubang hitam itu juga tidak lagi bergerak untuk menyedut mereka.

Muncul seseorang di belakang Raz. Dibibirnya terukir senyuman lebar.

"Kembali.."


****************

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now