15 🌸

516 39 0
                                    

Suasana sunyi sepi tanpa sebarang suara. Masing-masing sekadar mendiamkan diri melayan perasaan. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga. Tiba-tiba seseorang mengeluh perlahan. Sudu dan garfunya diletakkan. Matanya memandang satu persatu manusia yang berada semeja bersamanya.

"Korang ni kenapa? Senyap ja?" Ain memecahkan suasana yang hening sebentar tadi. Dia rimas bila mana tiada sesiapa pun yang sudi membuka mulut untuk berbual. Sudahlah tidak langsung mengenali tiga jejaka Malaya yang duduk berhadapan dengan mereka itu.

"Kita kan di hospital sekarang." Jelas Raz. Dia menyandarkan diri pada kerusi.

"Ya, aku tahu lah kita dekat mana sekarang. Dan aku juga tahu mungkin korang bertiga juga sedang bersedih sekarang. Tapi tak boleh lah macam tu. Kau, Rina, Tasha. Sudah-sudahlah bersedih tu. Korang ingat dengan bersedih meratap macam ni kawan korang yang sedang terlantar tu akan happy ke? Aku pun sedih juga.." sayu Ain berkata-kata. Dia tahu bahawa sahabat Raz, Kimi dan Aimin juga sedang terlantar di wad setelah diberitahu sebentar tadi sebelum keadaan tiba-tiba menjadi sunyi.

Suasana kembali sepi. Masing-masing seperti cuba menghadam kata-kata Ain itu. Mereka seperti tersedar akan kenyataan yang dikatakan Ain.

"Emm..so.." Aimin berhenti seketika. Kini semua mata sedang memandang nya. "Jom buat ice breaking, nak?" Soal Aimin sambil tersengih. Dia cuba menceriakan keadaan yang dirasakan agak kekok itu.

"Aahlah. Kan kita masih belum berkenalan lagi." Sokong Rina akan cadangan Lelaki itu.

"Ladies first, okey?" Ain meminta persetujuan. Kelihatan semua antara mereka sedang menguntum senyuman.

"Silakan." Raz memberikan persetujuan manakala Aimin dan Kimi sekadar menganggukkan kepala mereka.

"Nama aku,Ain. Umur 17. Bermata empat tapi comel." Sempat Ain memuji dirinya sendiri. Rina menjulingkan matanya ke atas tanda meluat.

"Eleyh, perasan. Okey, aku pulak. Aku, Rina. Umur 17. Lagi comel dari budak sebelah aku ni." Sempat juga dirinya memuji diri sendiri.

"Kepala hotak kau lah!" Pinggang Rina dicubitnyaa perlahan tanda geram. Ada ke patut dia cakap aku yang comel ni tak secomel dia yang hodoh tu! Huh dasar!

"Auch, sakit, sakit. Ha yela, yela kau tu cantik, comel dan menawan. Dah jangan cubit dah. Makin kurus aku nanti." Rayu Rina sambil mengerang sakit walaupun sebenarnya bukan kuat mana pun Ain mencubit pinggang nya.

"Alahai kau. Sikit je pun kena tu pun dh terjerit-jerit." Tasha mengomel sendiri namun masih dapat didengari oleh mereka semua.

"Okey, nama aku Tasha. Berumur 17 macam diorang. Aku sangat baik hati dan ringan tulang. Selamat berkenalan." Dia melayangkan jari telunjuk dan jari hantu nya ( ✌️ ) kepada mereka semua. Dia tersengih seperti kerang busuk.

Ain dan Rina yang mendengar kata-kata Tasha itu terus mengetuk kepala Tasha silih berganti.

"Dasar angkat bakul sendiri!" Ujar mereka berdua serentak.

Tasha memegang kepalanya yang berasa sakit.

"Apa ni ketuk-ketuk orang. Korang pun angkat bakul sendiri. Aku pun join lah. Menambah kan perasa yang secukupnya. Itu pun salah ker? Kampret betul. Dasar kedekut. Gedikk." Bebel Tasha. Dia membuat muka menyampah. Bibirnya digerak-gerakkan seperti mengutuk mereka.

Raz, Kimi dan Aimin tergeleng-geleng kepala melihatkan sikap kebudak-budakan gadis-gadis itu. Namun mereka tetap terhibur.

"Hey, giliran kita orang pula." Teguran Kimi membuatkan tingkah ketiga-tiga gadis yang sedang menarik-narik rambut antara satu sama lain itu terhenti. Mereka membetulkan duduk mereka sambil memperkemaskan kembali rambut mereka.

"Nama aku, Raz. Berumur 19. Yang dikiri aku ni, Aimin. 21 tahun. Yang belah kanan pula, Kimi. Berumur 20 tahun." Terang Raz dengan jelas.

Kimi dan Aimin malas mahu memperkenalkan diri mereka sendiri, jadi mereka sepakat agar Raz yang memperkenalkan mereka. Genius kan mereka? 😂

"Tadi kitorang ada cakapkan tentang kawan kitorang yang sakit tu. Dia seumur dengan Kimi. Nanti dia dah sedar kami kenalkan pada korang. Nama dia Alex." Raz menyambung lagi.

"Alex?" Soal Tasha seakan terkejut. Kemudian dia, Ain dan Rina berpandangan antara satu sama lain.

"Kenapa?" Kimi berasa hairan dengan reaksi ketiga-tiga gadis itu yang seakan terkejut selepas mendengar nama Alex. Ada yang pelik ke kat nama dia tu?

"Err.. macam mana nak cakap ek? Er..kawan kami yang sakit tu pun.. emm..Alex.. eh, maksud aku Alexa. Ha nama dia Alexa!" Ujar Ain tidak stabil. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Fikirnya mungkin kebetulan.

"Alexa?" Mereka bertiga menyebut serentak. Merasakan pernah mendengar nama tersebut.

Adik Alex ke? Desis hati kecil Aimin.

"Kebetulan betul kan? Nak dekat sama pulak nama diorang. Btw selamat berkenalan." Ujar Aimin sambil tersenyum kecil.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now