1 | Hero?

6.7K 1K 294
                                    

Sidang media hari ini menjadi tragedi berdarah untuk seluruh warga Rangkasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sidang media hari ini menjadi tragedi berdarah untuk seluruh warga Rangkasa. Tuan Mustakim telah membunuh diri sebelum membuat pengumuman bankrap. Berita itu meluas dengan pesat tanpa sempat dihalang.

Wartawan yang sedia ada untuk sidang media kini bersesak untuk mendapatkan berita kematian Tuan Mustakim pula. Malah bertambah kuantitinya dari awal pagi tadi.

Sebaik mendapat panggilan dari Rangkasa, polis dan pasukan penyiasat mula berkampung di sini. Tali kuning dipasang merentang di depan pintu. Kelip-kelip cahaya dari kamera memenuhi ruang. Pasukan forensik lengkap berbaju perlindungan kelihatan keluar masuk. Meneliti kematian tragis dari jutawan terkenal, Tuan Mustakim.

Irdina hanya duduk di sofa luar sejak tadi. Beberapa penyiasat ada datang bersoal jawab dengannya. Dia lebih banyak diam dari menjawab. Wajahnya kusam. Terlalu banyak perkara dalam fikirannya. Memikirkan bagaimana nasib Rangkasa selepas ketiadaan Tuan Mustakim. Bagaimana dengan pengumuman bankrap yang sepatutnya Tuan Mustakim umumkan hari ini.

Seorang penyiasat wanita berjalan mendekati Irdina. Di tangannya ada satu fail. Seperti fail sulit.

"Cik Irdina Tasnim?"

Irdina angkat wajah. Menatap kusam wajah penyiasat wanita itu. Dikerling nama penyiasat itu, Inspektor Nurrah namanya.

"Ini cik punya. Ada nama cik. Saya minta maaf tapi saya dah buka tadi, sekadar periksa isi dalamnya. Nampaknya tiada apa yang mencurigakan, Cik Irdina boleh lihat sendiri. Mungkin Tuan Mustakim mahu Cik Irdina berbuat sesuatu." Inspektor berwajah tegas itu meletakkan fail di atas meja, sebelum beredar.

Irdina hanya melihat fail envelope itu. Lama juga dia merenung. Sebelum perlahan tangannya mencapai. Benar, ada namanya tertulis di hadapan envelope tersebut.

Irdina buka envelope itu perlahan-lahan. Ditarik keluar dokumen di dalamnya. Ada sehelai kertas saja. Irdina perhati isi di dalamnya.

Wajahnya kusam pada awalnya, tapi dia membaca dan terus membaca.. Matanya membesar sedikit demi sedikit.

Dia terkedu.

Dokumen ini ialah penyerahan milik Rangkasa pada seseorang.

Seseorang yang bernama Muhammad Al-Fathi.

Lelaki itu telah membeli segala kerugian Rangkasa..

Irdina rasa fikirannya kosong seketika.

Bila dia lihat tarikh tandatangan itu, ianya baru semalam.

Irdina tidak mengerti. Dia bangkit perlahan-lahan.

Satu persatu surat itu dibaca.

Memang benar. Surat ini ialah bukti syarikat ini sudah tidak lagi di bawah Tuan Mustakim, tapi di bawah Muhammad Al-Fathi.

Ada tandatangan Tuan Mustakim di sebelah kiri, dan di sebelah kanan pula ada tandangan Muhammad Al-Fathi.

Irdina masih tergamam. Cuba memahami apa yang terjadi.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now