32 | Mesej comel

8.6K 1K 229
                                    

Pagi. Seperti biasa, Irdina tiba di Kediaman Al-Fathi seawal jam lapan. Rumah banglo sangat sunyi. Hanya terdengar bunyi ombak dari luar sesekali. Irdina sempat juga menikmati pemandangan dari atas. Melihat pantai di waktu pagi.

Irdina menyusun dokumen di rak. Meletakkan nombor seperti yang Tuan Fathi pernah suruh dia waktu awal-awal dia bekerja. Itu memang cara Tuan Fathi, jika satu dokumen itu tiada nombor, pasti Tuan Fathi akan bertanya. Nombor itu penting untuk Tuan Fathi lihat mana dokumen yang dia perlu lihat dan periksa dahulu. Begitu banyak dokumen dan syarikat buat Tuan Fathi pula yang pening.

Irdina kadang aneh kenapa Tuan Fathi mahu melihat semua laporan dari syarikat-syarikat bawah seliaannya. Padahal sebenarnya Tuan Fathi boleh saja duduk diam di rumah ini berehat dan buat aktiviti lain tanpa mengambil peduli semua itu. Kerana Tuan Fathi ialah presiden atau pemilik sesebuah syarikat, bererti Tuan Fathi hanya boleh goyang kaki menonton drama di rumah. Semua kerja dibuat oleh pengarah atau pegawai eksekutif.

Namun, Irdina baru mengerti sebenarnya Tuan Fathi menelaah semua dokumen untuk memeriksa bagaimana keadaan syarikat yang diselamatkannya itu. Melihat pergerakan duit, perkembangan syarikat, keadaan pekerja dan paling penting memantau jika ada unsur haram menceroboh masuk. Tuan Fathi sangat berhati-hati dalam perihal itu. Kerana itu semua pengarah di bawahnya juga berhati-hati dalam berurus-niaga kerana mereka tahu semua kerja mereka ini akan dipantau Tuan Fathi kemudiannya. Tersalah sedikit, pasti mengundang masalah besar. Bukan sahaja Tuan Fathi menyenaraihitamkan mereka, malah mereka juga akan menghadapi masalah-masalah lebih besar setelah itu.

Irdina kagum dengan gerak kerja begitu. Sangat halus dan terselindung. Ramai yang tidak terlihat unsur haram di situ, namun Tuan Fathi terlebih dahulu menyedarinya. Jika perkara itu membawa 'hampir' kepada unsur haram sekali pun, pasti Tuan Fathi akan cuba mencari jalan lain bagi mengelak jalan itu. Ia satu perkara yang dikagumi untuk seorang billionaire yang bergelumang dengan rasuah, korupsi dan wang haram.

Irdina selesai menyusun fail. Dia tersenyum kecil mengucap hamdalah. Tidak tahu dia mengucap kalimah syukur itu kerana sudah selesai menyusun fail atau kerana kerjanya di bawah Tuan Fathi. Mungkin kedua-duanya dia syukuri.

Mengingatkan pertemuannya dengan Dato' Hanif semalam buat senyumannya memudar. Irdina menghela nafas perlahan.

Semalam Najah ada mengirim mesej padanya. Sudah lama juga dia tidak berbual dengan Najah. Kesibukan menghalang mereka berdua dari melepak seperti biasa.

Najah bertanya jika dia lapang hujung bulan ini. Sedangkan Irdina pasti lebih sibuk sementelah hujung bulan ini juga Rangkasa membuat mesyuarat agung tahunan. Walaupun Irdina tidak terlibat sepenuhnya dengan persediaan mesyuarat agung itu, Irdina tetap yakin jadualnya lebih padat.

Entah apa tujuan Najah mahu bertemu dengannya. Risau pula. Irdina jadi teringat ibu bapa Najah. Harapnya dia tidak perlu bertemu Najah di rumah Najah. Lebih baik dia tentukan pertemuan itu di tempat lain. Tanpa ibu bapa Najah.

Bunyi interkom mengejutkan Irdina. Itu tandanya Tuan Fathi sudah ada di meja kerjanya. Dan memanggil Irdina untuk masuk berjumpa.

Irdina bergegas mengambil tablet dan beberapa dokumen penting. Banyak perkara dia perlu laporkan kepada majikannya itu.

.
.
.

"Tak aneh Hanif mahu melabur sebaik dengar projek sepuluh kali ganda itu." Fathi memberi komen selepas mendengar cerita penuh Irdina.

Irdina mengangguk. Ya. Tidak hairan. Sesiapa pun akan terhasut sama. Jika dia jadi Dato' Hanif pun akan pasti terumpan untuk melabur bagi Rangkasa demi projek tersebut.

"Tapi itu tidak akan terjadi jika disampaikan orang lain. Dia bersetuju kerana ia disampaikan oleh kamu. Kerja yang bagus." Fathi memuji kerja Irdina.

Irdina mengangguk dengan senyum nipis. Gembira pula bila dipuji majikannya.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now