10 | Bertemu

5.2K 1K 546
                                    

Irdina mengikut Hadi ke kereta. Dia naik ke atas sekejap sekadar menyimpan barang. Hadi bertanya jika dia mahu menukar pakaian, tapi dia menolak. Pakaiannya sekarang sudah cukup sopan. Lagipun dia cuma akan berjumpa Muhammad Al-Fathi. Rasanya tiada masalah untuk dia berpakaian ringkas begini. Serba hitam juga.

Irdina masuk ke dalam kereta bila Hadi membuka pintu. Sebaik dia masuk, dia terus dapati Ayu di kerusi penumpang. Dia berkerut. Ayu pula menoleh ke arahnya. Nampak Ayu sibuk dengan tablet di tangannya.

"Hai, Cik Irdina. Saya temankan Cik Irdina hari ini." Ayu beritahu sopan.

Irdina tidak membalas apa-apa. Cuma membetulkan duduk.

"Dia adik saya, Cik Irdina. Kalau Cik Irdina nak tahu." Hadi beritahu tanpa Irdina tanya. Entah sejak bila dia masuk ke kerusi pemandu.

Irdina baru tahu. Patutlah Ayu pun bekerja dengan Muhammad Al-Fathi. Irdina tetap diam.

"Tuan Fathi yang minta saya temankan Cik Irdina. Sebab tuan kata, Cik Irdina tak suka naik kereta berdua-duan dengan lelaki. Jadi perlukan peneman." Ayu menjelaskan.

Irdina pantas menatap Ayu. Dia seperti terkejut Muhammad Al-Fathi tahu perkara itu.

"Ayu.." Hadi berkerut pada adiknya. Dia sudah memandu keluar dari perkarangan kondominium ini.

"Kenapa?" Ayu tak faham mana salahnya.

Hadi menggeleng tanda Ayu perlu diam. Tak kena betul waktu Ayu jelaskan hal itu. Pasti Irdina semakin salah faham dengan Tuan Fathi.

Irdina melontar pandangan ke luar. Hela nafas. Entah kenapa, dia tak senang bila Muhammad Al-Fathi tahu apa dia tak suka dan apa dia suka.

Tak suka berdua-duan dengan lelaki.. Perkara itu hanya diketahui Tuan Mustakim saja. Umar pun tak tahu. Sebab Irdina tak pernah beritahu pun. Ya, tak mungkin dia akan beritahu.. Umar tak pernah menyuruh dia naik kereta berdua. Kalau mereka nak ke mana-mana pasti ada pemandu. Dan Umar tanpa banyak cakap memang akan duduk di kerusi hadapan. Irdina fikir Umar selesa begitu, rupa-rupanya Muhammad Al-Fathi sudah sedia maklum perihal itu. Pasti dia yang menyuruh Umar bertindak sebegitu rupa.

Irdina mengurut dahi pening. Entahlah.. Dia dah sesak fikirkan siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi. Sekarang dia sedang menuju kediaman lelaki itu. Mungkin di sana dia akan dapat jawapan pada semua soalan sebelum ini.

.
.
.

Dari jauh Irdina lihat sebuah rumah agam moden di atas bukti. Berdekatan Pantai Teluk Kemang. Jauh juga perjalanan ke rumah Muhammad Al-Fathi. Patutlah Ayu perlu ikut sekali menemaninya. Perjalanan memakan masa 30 minit juga. Irdina dalam diam berterima kasih pada Ayu sebab sudi menemaninya.

Irdina tak hairan melihat rumah agam sebesar itu menjadi kediaman Muhammad Al-Fathi.

Muhammad Al-Fathi ialah billionaire kedua di Malaysia. Irdina awal-awal sudah membayangkan rumah mewah. Kalau rumah teres, pelik pula.

Hadi keluar sebaik kereta terparkir di hadapan pintu rumah. Dia turun membukakan pintu untuk Irdina. Tahu Irdina tak mungkin turun sendiri.

Irdina keluar. Menunduk sedikit pada Hadi. Berterima kasih.

"Saya tunjukkan jalan pada Cik Irdina." Hadi mengajak. Menunjukkan pada pintu masuk.

Irdina mengikut langkah Hadi bila Hadi menuju ke sana. Ayu tak turun sama. Dia hanya menunggu dalam kereta.

Mereka masuk ke sebuah kediaman moden mewah. Dekorasi sangat minimal. Mendamaikan. Jendela kaca melatari dinding barat, membuatkan mereka dapat lihat dengan jelas lautan biru di bawah sana.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now