6 | Dirompak?

4.7K 946 407
                                    

KFC seperti biasa penuh bila waktu makan tengahari. Irdina dan Najah pilih meja makan aras atas dan paling hujung. Nak bincang benda sulit. Tapi sempat saja mereka beli makanan, sambil bincang benda sulit boleh isi perut. Nanti lapar pula.

Irdina tekun dengar rekod perbualan Najah dan Lili. Najah beritahu dia jumpa dengan bekas setiausaha yang senasib macam Irdina. Bekerja dengan CEO di bawah Muhammad Al-Fathi.

Irdina hela nafas berat. Dia sudah selesai mendengar perbualan Najah dan Lili. Earphone ditanggalkan.

"Kenapa hanya lima tahun?" Najah kembali buka soalan tersebut. Soalan yang sama dia dan Lili tertanya-tanya.

"Dia macam tak ambil faedah pun dari syarikat-syarikat yang dia masuk." Komen Najah.

Irdina diam, berfikir panjang.

"Kalau melihat pada waktu awal-awal dia masuk, memang mencurigakan.. Masuk betul-betul waktu company nak bankrap. Tapi, waktu dia keluar.. Tak ada apa yang curiga. Company makin elok dari sebelum ada lah." Najah sambung lagi.

"Jadi dia masuk syarikat yang hampir bankrap, pulihkan dan keluar? Apa motifnya?" Irdina pula bersuara.

Najah bersandar. Nafasnya terhela. "Pelik kan?"

Irdina cuba berfikir tapi satu soalan pun tak terjawab dalam kepalanya.

Dari apa dia simpulkan melalui perbualan Najah dan Lili, Muhammad Al-Fathi tiada niat jahat memasuki sebuah syarikat.. Hanya masuk untuk memulihkan kemudian keluar.

Tapi, yang musykilnya ialah bagaimana lelaki itu boleh muncul tepat selepas pengarah syarikat mengalami sesuatu - seperti ditahan reman, dimasukkan penjara, bunuh diri.. Seperti perkara itu sudah lama dirancang.

Kemudian, hanya memerlukan masa seminggu untuk Muhammad Al-Fathi uruskan semua bersama orang-orang bawahannya.. Sekelip mata syarikat tersebut menjadi miliknya. Dia masukkan orang-orang kepercayaannya di dalam syarikat itu. Malah lembaga pengarah juga ditukarnya.

Irdina menekup wajah. Berpinar matanya berfikir.

Jelas, Muhammad Al-Fathi bukan lelaki biasa-biasa.. Dia mula buat kerja begini sejak tahun 2008. Tidak pernah pula tertangkap atau terbuat kesilapan sepanjang-panjang ini. Sekarang sudah 2022. Bermakna sudah 14 tahun dia buat kerja ini dengan sangat kemas dan bersih.

Irdina yakin, ramai yang sepertinya.. Tertanya-tanya siapa Muhammad Al-Fathi. Tapi akhirnya, mereka semua menemui jalan mati hanya demi mencari identiti lelaki misteri itu. Satu klu pun tiada di mana-mana. Kerana itu walau berpuluh syarikat menjadi mangsa Muhammad Al-Fathi, tetap tiada siapa dapat membongkar siapa sebenarnya lelaki billionaire tersebut.

Apa niatnya? Apa motifnya? Siapa dia?

Irdina bersandar di kerusi dengan nafas panjang. Dia faham kenapa Lili letak jawatan. Lili bertahan hanya tiga bulan selepas mengetahui Tuan Fahim bekerja dengan Muhammad Al-Fathi. Dia sekarang pun sudah tiga bulan bekerja dengan Encik Umar, patut ke dia letak jawatan?

Dia tak mahu terlibat dengan jenayah. Apa saja yang Muhammad Al-Fathi buat, dia tak mahu terlibat. Samada niat lelaki itu baik atau tidak, selagi tidak jelas motifnya.. Irdina mahu jauhkan diri.

"Jauh kau fikir, Dina. Burger kau dah sejuk tu." Suara Najah buat Irdina terbangun dari lamunan panjang.

Irdina hela nafas berat. Fikirannya dah bercabang ke sana sini.

"Perlu ke aku letak jawatan?" Irdina tanya lesu.

Najah yang sedang mengunyah ayam terus terhenti.

"Hei.." Najah teguk air sedikit. "Jangan macam tu, Dina. Kau kena ada dekat sana. Kalau mereka ada niat buruk, kau kena selamatkan Rangkasa dari jatuh di tangan mereka. Bukan kau lepaskan saja Rangkasa pada mereka."

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now