4 | Berdamai?

4.8K 977 312
                                    

Irdina siapkan kerja di rumah malam ini. Sesekali dia termangu teringatkan perbalahan dengan Encik Umar di pejabat tadi. Encik Umar nampaknya sangat serius. Dia hampir percaya.

Dia jadi terfikir, betul ke Tuan Mustakim tak seperti yang dia kenal?

"Terima kasih, Irdina. Terima kasih ada dengan saya selama sepuluh tahun ini."

Ayat terakhir Tuan Mustakim malam itu terngiang. Irdina jadi sebak.

Tuan Mustakim seorang yang sangat baik. Menjaganya seperti anak sendiri. Setiap kali dia susah, Tuan Mustakim  datang membantunya.

Irdina tak faham kenapa Encik Umar mahu burukkan Tuan Mustakim. Apa salah Tuan Mustakim pada Encik Umar?

Irdina raup wajah. Matanya bergenang lagi. Dia perlu kuatkan hatinya agar tak terpedaya dengan Encik Umar.

"Awak tak kenal Mustakim, Irdina."

Ayat Encik Umar pula terngiang. Irdina pejam mata.

Dia sudah kata dia tak mahu fikirkan lagi apa yang Encik Umar cakap. Dia takkan terpedaya. Ada sesuatu yang Muhammad Al-Fathi rancangkan dengan Encik Umar. Mungkin mahu jadikan dia bencikan Tuan Mustakim dan tak percaya lagi pada Tuan Mustakim.

Muhammad Al-Fathi..

Irdina terus merenyuk kertas di tangannya. Nama itu buat dia sakit hati amat. Dia janji akan menampar muka lelaki itu kalau diberi izin jumpa nanti.

Apa rancangan dia memasuki Rangkasa? Memang mahu bunuh Tuan Mustakim ke? Tapi apa pun rancangannya, jelas bukan benda baik.

Irdina tarik nafas dalam-dalam. Cuba bertenang.

Tiba-tiba telefonnya berdering kuat. Irdina tersentak hebat. Maklumlah dia sedang mengelamun.

Nama Najah naik. Irdina terus angkat. Pasti Najah dah jumpa sesuatu tentang Muhammad Al-Fathi.

"Dina.."

"Kau ada jumpa apa-apa ke?" Laju Irdina tanya. Dia begitu terdesak nak tahu.

"Aku rasa kita kena jumpa. Benda ni tak boleh cerita dekat telefon.."

"Okay. Aku pergi rumah kau." Irdina kalut nak bersiap.

"Eh, tak payah. Aku on the way rumah kau dah ni. Tunggu sana."

"Okay. Hati-hati." Irdina sangat risau. Hatinya rasa tak sedap.

"Tunggu tau. Jangan pergi mana-mana." Najah sempat pesan sebelum tutup panggilan.

Irdina jatuhkan telefon dengan rasa tak sedap hati bersangatan. Dia tarik nafas cuba bertenang.

Ya Allah.. Apa pun jadi, selamatkan Najah dalam perjalanan ke sini.

.
.
.

Bunyi loceng buat Irdina lega amat. Irdina terus bergegas ke pintu rumah. Irdina intai lubang, ada Najah berdiri di depan. Betapa leganya Irdina bila lihat Najah.

"Najah.." Irdina laju tarik Najah masuk dalam. Dia sangat risaukan kawannya.

"Mak!" Najah pula terkejut ditarik begitu. Mendadak dia masuk ke dalam.

Irdina pandang kanan kiri sebelum tutup pintu. Dia selak pintu.

"Kau kenapa?" Najah berkerut lihat.

"Tadi dalam perjalanan ke sini, ada orang ikut kau tak?" Irdina tanya berdebar-debar.

"Adeh kau ni.. Kau ingat kita dalam drama ke? Kena ikut bagai. Aku bukan siasat benda pelik-pelik pun. Pasal billionaire je pun." Najah geleng-geleng. Dia dah masuk ke dalam. Duduk bersila di lantai.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now