23 | Manipulasi

5.2K 976 614
                                    


5k words 🍎

.
.
.


Malam itu, Irdina tak dapat lena. Dia berfikir perlu atau tidak dia terima jemputan dato'. Banyak perkara buruk datang dalam kepalanya bila memikirkan jemputan itu.

Dia jadi terfikir apa dato' akan buat bila bersemuka dia nanti? Memandangkan dato' dah tahu dia bekerja dengan Tuan Fathi, pasti dato' punya perancangan tersendiri menjemputnya ke rumah. Dan pasti itu berkaitan rapat dengan Tuan Fathi.

Irdina tak biasa berhadapan korporat korup. Selama ini dia disajikan dengan benda-benda baik. Paling-paling buruk dia pernah lihat cuma sikap berpura-pura antara Tuan Mustakim dengan kawannya. Itu pun dia cuba bersangka baik walaupun dia nampak jelas perkara itu.

Keesokan pagi, Irdina bertolak ke kediaman Al-Fathi seawal jam 6:40 pagi. Sebaik solat subuh, dia terus bertolak. Dapatlah sampai jam 7:20. Itu pun jika jalan tidak sesak.

Sedang dia menunggu lampu isyarat, ada mesej masuk ke telefonnya. Nama Najah naik. Awal-awal pagi sahabatnya itu sudah menghubunginya.

Irdina membaca mesej itu dari luar.

'Kau jadi tak datang? Roger tau nanti.'

Najah dah macam memaksa. Susahlah Irdina nak tolak. Irdina hela nafas.

Irdina memandu sampai ke kediaman Al-Fathi. Dia melihat jam. Hari ini hari Sabtu. Rutin Tuan Fathi untuk berjoging di pantai.

Irdina keluar dari kereta. Dia sengaja naik ke halaman atas. Menghampiri tebing berpagar yang menunjukkan pantai. Sangat cantik pemandangan di sini pada waktu pagi. Landskap di sini pun sangat cantik. Dengan deruan ombak. Angin pun lembut saja bertiup.

Irdina mencari jika ada Tuan Fathi di pantai. Nampaknya Tuan Fathi sudah berada jauh. Kebiasaan Tuan Fathi untuk berlari sepanjang persisir pantai sehingga ke 10km jauhnya. Kedengaran mustahil tapi apabila stamina manusia digunakan sebaik mungkin, perkara mustahil pun boleh berlaku.

Irdina masuk ke dalam. Dia menyimpan barangan di dalam bilik. Dia kemudian keluar kembali untuk membantu auntie di dapur. Memang kebiasaannya hari Sabtu, dia akan bantu auntie di dapur sebab hari itu saja Tuan Fathi masuk kerja lewat. Bermakna dia pun masuk kerja lewat.

"Auntie..." Sapa Irdina ketika sampai di dapur.

Nampaknya masakan auntie sudah separuh siap. Awal betul auntie masuk dapur.

"Eh, Irdina... Morning, dear." Sapa Puan Leila. Sambil itu dia merasa sup cendawan dalam periuk.

Irdina tersenyum disapa begitu. Dah lama tak ada orang menyapa pagi padanya. "Morning, auntie." balasnya.

"Nah, rasa ni. Auntie dah hampir siap masak sup cendawan." Puan Leila sendukkan sedikit sup ke dalam piring. Mahu Irdina rasa.

"Irdina rasa, auntie?"

"Iyaa... Rasa rasa."

Irdina mengambil piring itu. Dia duduk di kerusi berhampiran, dirasakan sup itu selepas membaca basmallah.

Puan Leila tersenyum saja melihat tingkah Irdina. Hendak rasa sup pun diamalkan sunnah. Dia suka melihatnya.

"Sedapnya, auntie!" Puji Irdina ikhlas. Dia kembali bangun mendekati Puan Leila.

"Iyalah. Sedap kan? Irdina pergi tengok garlic bread dekat oven. Periksa siap tak lagi."

"Okay, auntie."

Mereka sama-sama menyiapkan hidangan. Irdina bantu sekadar mampu. Puan Leila laju orangnya. Sekejap saja sudah siap semuanya.

"Kita makan dulu jom. Tak perlu tunggu Fathi."

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now