18 | Palsu

5.3K 1K 331
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tuan yakin?"

Hadi bertanya untuk kesekian kalinya. Dia perhati sahaja Tuan Fathi sedang bersiap di depan cermin gergasi di bilik persalinan ini.

"Apa yang kamu tidak yakin?" Fathi bertanya, tangan lincah mengikat tali leher.

"Tuan nak bawa Irdina jumpa mereka. Bukan ke itu akan membahayakan Irdina?" Hadi berkerut. Risau.

Fathi siap mengikat tali leher. Kolar diturunkan dan dikemaskan. Hadi pula segera mengambil kot yang tersangkut di situ, bersedia untuk diberikan pada majikannya.

"Lebih bahaya jika saya tidak perkenalkan dia pada mereka." Fathi mendekati Hadi yang sudah sedia mendepakan kot. Dia membelakangkan kot, terus Hadi menyarung kot itu ke tubuhnya. Dia kemaskan sendiri di hadapan cermin.

"Maksud tuan?" Hadi bertanya. Berjarak sedikit dari Tuan Fathi.

"Kamu sendiri tahu mereka semua berebut mahukan Irdina. Sewaktu Mustakim masih hidup pun, semua sudah berminat untuk jadikan Irdina setiausaha. Selepas kematian Mustakim, mereka pasti cari peluang untuk ambil Irdina bekerja. Irdina lubuk emas untuk mereka. Dia banyak tahu kelemahan syarikat lain." Fathi mengemaskan hujung lengan. Jam tangan juga dikemaskan.

"Sebab itu juga tuan ambil dia bekerja bukan?" Hadi bertanya.

Fathi selesai mengemaskan pakaiannya.

"Ya. Sebab dia pegang banyak maklumat." Balas Fathi. Dia bergerak ke luar. Memasuki ruang tidur. Hadi mengikut.

"Bila semua berebut mahukan dia, maka saya perlu beritahu yang Irdina bekerja dengan saya. Maka sesiapa tak dapat ambil dia bekerja." Fathi mendekati meja kerjanya.

Hadi terdiam mendengar penjelasan itu.

"Irdina sendiri mudah terpedaya jika orang yang mendekatinya itu tampak baik. Jadi ada kemungkinan juga Irdina sendiri yang tertarik untuk bekerja dengan mana-mana pengarah lain yang nampak suci." Sambung Fathi.

"Sebab itu tuan ikat dia selama enam bulan?"

"Ya."

Hadi terdiam lagi.

"Tapi tuan..." Hadi berbunyi selepas lama diam.

"Bagaimana kalau mereka aim Irdina selepas mereka tahu tuan yang sebenarnya jatuhkan mereka?"

Fathi tertawa mendengar soalan itu. Dia simpan telefon dan wallet dalam poket kot.

"Macam kamu tak biasa, Hadi. Sesiapa saja yang tahu saya lah punca kejatuhan mereka... Waktu itu mereka dah sejatuh-jatuhnya. Bila mereka jatuh, apa mereka boleh buat untuk bahayakan Irdina?"

"Jadi, kalau begitu... Kenapa tuan tak pernah bawa kami berjumpa mereka?" Hadi masih tidak mengerti nampaknya.

Fathi menatap Hadi. Hadi terus pandang lain. Sedar dia banyak soal.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now