9 | Terikat

4.8K 1K 209
                                    

Irdina sudah tiga hari tak pergi kerja. Dia belum meletakkan jawatan secara rasmi, jadi dia kira ini ialah cuti tanpa gaji. Kali pertama dia ponteng kerja. Dia perlukan masa berfikir dan bersendiri. Dia tahu kalau dia memaksa diri menghadap Encik Umar, nanti dia akan marahkan Encik Umar lebih teruk dari hari itu.

Walaupun Irdina geram dengan Encik Umar, Irdina tetap rasa bersalah dengan Encik Umar. Dia marahkan majikannya tempoh hari. Tak pernah terlintas dalam kepalanya dia akan buat macam tu.

Encik Umar tak ada langsung menghubunginya sepanjang tiga hari ini. Menelefonnya atau mengirim mesej padanya. Dia pun tidak harapkan apa-apa dari lelaki itu. Dia mahu rehatkan diri. Dia masih tak berehat sejak Rangkasa alami masalah.

Tapi hari ini Irdina nak ke pejabat. Irdina dah lebih tenang sekarang. Lagipun dia nak kemas barang. Barangnya selama 10 tahun kerja di Rangkasa masih ada di sana. Mesti makan masa juga untuk dia kemas.

Irdina keluar dari rumah awal pagi. Jam lapan dia sudah sampai di pejabat. Sudah ramai yang datang. Irdina beli breakfast di kafe bawah dulu. Nanti sambil dia kemas dan uruskan apa dia perlu urus, bolehlah dia alas perut.

Irdina beli sandwich dua paket dan sekotak susu coklat dutch lady. Disimpan dalam tas tangannya. Dia naik menggunakan lift macam biasa. Sampai di aras atas, Irdina cuba kumpulkan semangat. Dia harap dia kuat untuk hadap Encik Umar hari ini. Kuat dari terpedaya, kuat dari melenting pada Encik Umar.

Irdina melangkah ke pejabat. Ditarik nafas dalam-dalam. Kuatkan diri. Tiba sahaja di pejabatnya, langkahnya mati mendadak. Dia tergamam.

Ada seorang gadis bertudung di mejanya. Sedang buat kerja dengan tekun. Sesekali menekan keyboard komputer. Gadis itu tiba-tiba ternampak dia. Segera gadis itu berdiri dengan senyum lebar.

"Hai Assalamu'alaikum, ada apa saya boleh bantu? Maaf, Tuan Umar tiada di pejabat sekarang." Sapa gadis itu ramah.

Irdina cuba menghadam apa yang terjadi. Dia menapak perlahan-lahan.

"A-awak siapa?" Soal Irdina perlahan.

"Saya Ayu, setiausaha Tuan Umar." Gadis itu perkenalkan diri dengan senyum manis.

Irdina tergamam. Sepantas itu Umar menggantikan dia? Nafasnya turun naik. Tiga hari dia tak datang, terus ada setiausaha lain duduk di mejanya?

Tiba-tiba gadis itu seperti tersedar sesuatu. Matanya membuntang.

"Cik Irdina?" Wajah gadis itu pucat.

Irdina masih tak dapat mengerti apa terjadi. Nafasnya rasa tersekat-sekat.

"Cik Irdina.. Ini tak seperti yang Cik Irdina bayangkan." Gadis bernama Ayu itu kalut keluar dari meja.

Irdina cuba bertenang. Tangannya digenggam kuat. Dia terpaksa mengakui yang dia rasa sangat sakit bila dirinya diganti secepat ini.

"Cik Irdina.." Ayu serba tak kena nak jelaskan bagaimana. Mukanya pucat betul.

"Saya tak sangka Cik Irdina akan datang harini." Ayu telan liur berkali-kali.

Lagilah Irdina sakit hati bila Ayu cakap begitu. Maksudnya kalau boleh mereka nak sembunyikan hal ini darinya.

"Mana Umar?" Dah hilang panggilan encik atau tuan.

"Tuan Umar belum datang. Cik Irdina boleh duduk dulu. Saya minta maaf, Cik Irdina. Kami betul-betul ingat Cik Irdina akan ambil masa berehat lebih lama. Lagipun sa-saya sendiri tak tahu-"

"Tak apa, Ayu. Saya tahu awak cuma kerja dengan orang. Jangan jelaskan apa-apa pada saya. Saya mahu penjelasan dari Umar sendiri." Irdina bertindak rasional. Dia cuba bertenang. Kalau ikutkan marahnya, dia melenting terus pada Ayu. Gadis itu duduk di mejanya! Meja yang selama ini dia duduk selama 10 tahun!

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now