5 | Jenayah?

4.5K 856 175
                                    

Jam satu tengahari, Najah minta izin dengan bos tempat kerjanya untuk keluar. Najah bekerja di sebuah syarikat penyiasatan swasta. Dia pernah bercita-cita jadi polis dulu, tapi tak kesampaian sebab mama papa suruh dia jadi doktor gigi. Tapi lepas graduan doktor gigi pun, dia tetap apply kerja sini. Mama papa dah puas marahkan dia.

Najah dah janji nak jumpa seseorang hari ni. Seseorang yang pernah bekerja di bawah Muhammad Al-Fathi. Najah semakin tertarik untuk tahu siapa Muhammad Al-Fathi. Jadi dia sedaya upaya cari siapa yang berkaitan dengan lelaki billionaire itu.

Dia minta pertolongan Adri, untuk mencari mana-mana orang terdekat dari semua syarikat yang Muhammad Al-Fathi masih bergelar presiden. Ada beratus nama juga dalam pencarian itu. Mereka kecilkan pada orang-orang yang betul dekat. Seperti setiausaha dan pegawai tinggi.

Akhirnya, pencarian mereka bertemu seorang bekas setiausaha di dalam syarikat Ocean. Ocean ialah syarikat ubat yang berada di bawah Muhammad Al-Fathi. Tapi nampaknya perkara itu tidak dihebahkan. Tiada siapa tahu Muhammad Al-Fathi lah pemilik sebenar syarikat ubat itu. Semua hanya mengenali Encik Fahim, CEO syarikat Ocean itu. Aneh betul.

Najah berjaya menghubungi setiausaha tersebut. Lili namanya. Lili meletakkan jawatan dari Ocean lebih kurang setahun lepas, atas faktor berpindah negeri. Sedangkan Lili tak berpindah negeri pun. Masih tinggal di Kuala Lumpur. Pasti ada sebab lain kenapa mantan setiausaha Ocean itu meletakkan jawatan.

"Cik Najah?"

Najah tengah khusyuk belek telefon, terus angkat wajah. Terlihat seorang perempuan berambut pendek, berjaket ringkas. Tak kelihatan seorang setiausaha pun. Sudah setahun Lili tak jadi setiausaha, memang patut pakaiannya begitu.

"Haah. Ya saya. Jemput duduk." Najah segera berdiri. Langsung segera juga menjemput duduk.

Mereka sama-sama duduk.

"Saya cuma ada masa sekejap saja. Shift saya start jam dua nanti." Lili pandang jam tangan. Lili sekarang bekerja di kedai makan saja.

"Baik, saya terus ke soalan utama. Cik Lili kata dekat saya, yang Cik Lili pernah bekerja di bawah Muhammad Al-Fathi, betul?"

"Tak berapa tepat untuk saya kata saya bekerja di bawahnya. Saya bekerja di bawah bos saya Tuan Fahim. Tuan Fahim lah yang bekerja di bawah Muhammad Al-Fathi."

Najah mengangguk. Ya, sama seperti Irdina.

"Jadi, Cik Lili berhenti kerja sebab Muhammad Al-Fathi bukan?" Najah menyiasat lagi.

Lili hela nafas.

"Sebab utamanya, saya tak dapat percayakan mereka. Saya tak mampu dah untuk bekerja di bawah Tuan Fahim selepas saya dapat tahu, Tuan Fahim sebenarnya bekerja di bawah seseorang yang saya tak pernah kenal."

Najah mengangguk. Sesekali mencatit. Perbualan sudah direkod, tapi tetap mencatit point penting.

"Sepanjang saya bekerja di bawah Encik Fahim, terlalu banyak perkara mencurigakan yang mereka buat.. Saya penat melihatnya. Sebab itu saya berhenti."

"Sejak bila Cik Lili perasan mereka buat perkara mencurigakan?"

"Sejak bila?" Lili tergelak sinis mendengar soalan itu. "Sejak mereka mula masuk ke Ocean, saya dah curiga. Kenapa mereka masuk ke Ocean tepat selepas Ocean hampir bankrap dan bos hilangkan diri? Saya tak faham. Mereka berlagak seperti hero."

Serius wajah Najah mendengar. Tidak mencelah.

"Sebenarnya, Tuan Fahim tak pernah tunjukkan pada saya yang dia bekerja di bawah seseorang.. Jauh sekali untuk beritahu saya. Saya fikir Tuan Fahim sendiri ialah presiden dan juga CEO. Tapi lepas enam bulan saya bekerja dengannya, saya dapat tahu rupa-rupanya Tuan Fahim bekerja dengan seseorang. Itu pun saya dapat tahu bukan dari Tuan Fahim, saya dapat tahu sendiri."

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now