20 | Episod baru

5.6K 991 348
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


.
.
.

Dokumen dibaca dengan teliti. Sambil bersandar di kerusi dengan begitu santai. Walaupun Irdina sudah membaca dan membuat rumusan, tetap dia perlu membelek dahulu sebelum menurunkan tandatangan.

Itulah kerjanya hari-hari. Menjadi pemilik kepada beberapa buah syarikat benar-benar memakan masa dan tenaganya. Syukurlah dia sudah biasa dengan kerja ini selama 14 tahun, maka tidak lah dia merungut.

Dokumen diletak atas meja. Dia turunkan tandatangan. Sudah siap dokumen ini. Dia bangkit menyimpan di rak sebelah. Diambil dokumen baru dan dia pun memulakan bacaan. Sesekali dia mengambil tablet, membaca rumusan Irdina di one drive.

Pintu biliknya diketuk. Dia menyahut mengizinkan masuk. Sekejap saja pintu dibuka. Muncul Irdina.

"Tuan, mereka sudah sampai."

"Dah pukul berapa?" Fathi tak perasan apa-apa sehinggakan masa bergerak pun dia tak sedar. Sekarang pun masih tekun membaca dokumen di atas meja.

"11:00 pagi, tuan." sahut Irdina.

Fathi pun baru mengerti kenapa leher dan tangannya mula rasa lenguh. Sudah lebih empat jam dia duduk di sini. Dia pun sudah mula rasa lapar.

"Suruh mereka berkumpul di lobi seperti biasa. Nanti saya turun." Fathi bersuara kemudiannya.

"Baik, tuan." Irdina mahu menutup pintu.

"Irdina." Fathi memanggil. Tapi mata tekun pada dokumen.

Irdina tak jadi keluar, "Ya, tuan?"

"Bawa apa-apa makanan ke meja mesyuarat. Biskut pun ok."

"Baik, tuan." Irdina mengerti itu tandanya Tuan Fathi sudah lapar.

Irdina turun menjemput ketiga-tiga tetamu itu duduk dahulu. Mereka ialah pengarah-pengarah yang bekerja di bawah Tuan Fathi.

Irdina kenal mereka walaupun tak pernah bersemuka. Tuan Aiman, CEO Binuri Sdn Bhd. Tuan Mikael, pengarah AD Enterprise. Dan Tuan Faliq CEO Syarikat majalah, Seni Bicara. Syarikat-syarikat itu semua bernaung penuh di bawah Al-Fathi. Dan Tuan Fathi ialah pemilik syarikat-syarikat tersebut.

Irdina ke pantri. Membancuh milk coffee untuk Tuan Fathi dan semua tetamu. Dia juga mengambil kek epal yang dibelinya semalam. Tersimpan di dalam peti.

Dia potong dengan kemas dan susun dalam setiap pinggan. Diambil juga biskut dan beberapa kuih instant yang tersimpan dalam balang, disusun kemas dalam pinggan.

Selesai semuanya dia bawa ke luar. Dijemput dahulu tetamu makan dan minum sementara menunggu Tuan Fathi. Mesyuarat selalunya diadakan di sofa sahaja. Jadi Irdina hidangkan makanan di atas meja kopi di tengah-tengah. Mereka makan dahulu sementara menunggu Tuan Fathi. Sambil itu berbual tentang bisnes masing-masing.

"Cik Irdina tak makan sekali ke?" Tiba-tiba Tuan Aiman menegur. Lelaki itu lebih kurang sebaya Tuan Fathi juga. Irdina perasan pengarah yang dilantik Tuan Fathi semuanya masih muda.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now