30 | Tugas besar

7.1K 956 137
                                    

Irdina parkir kereta di tepi jalan dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Irdina parkir kereta di tepi jalan dahulu. Memerhati rumah berpagar tinggi itu dari jauh. Nafasnya memberat.

Dulu, rumah itu pernah menjadi rumah keduanya. Sekarang, rumah itu seperti mimpi ngeri untuk dia.

Rumah Dato' Hanif. Bapa Najah.

Irdina menggenggam tangan. Dia sudah tekad dengan keputusannya. Maka dia perlu lakukannya juga. Dia harap inilah yang terbaik untuk dia.

Sudah seminggu sejak dia bertemu Dato' Hanif dan Datin Sumayyah. Dan hari ini dia akan bertemu kembali mereka. Dia sudah hubungi Datin Sumayyah memberitahu kedatangannya.

Dia melihat telefon bila ada mesej. Nampaknya Datin Sumayyah bertanya jika dia sudah sampai atau belum.

Irdina membalas bahawa dia sudah ada di depan rumah datin.

Datin menyuruhnya memasukkam kenderaan ke dalam pagar. Ketika itu juga pintu pagar terbuka secara automatik.

Irdina menukar gear, lalu memasukkan keretanya ke dalam kawasan pagar. Terlihat Datin Sumayyah sudah berdiri menunggunya di muka pintu. Berpakaian serba lengkap dengan jubah dan tudung menyambut tetamu. Lebar senyuman ibu Najah itu.

Irdina menarik nafas dalam-dalam. Melepasnya perlahan. Dia matikan enjin. Lalu dia turun dari kereta.

Dia mengunci kereta langsung mendekati Datin Sumayyah.

"Datin..." Irdina menyapa. Membalas senyuman manis datin.

"Irdina..." Mereka berlaga pipi mesra.

"Jom masuk. Uncle pun dah tunggu dekat dalam." Datin Sumayyah mengiringi Irdina masuk ke dalam.

Irdina mengangguk. Senyum kecil pada Datin Sumayyah.

Ketika sampai ke ruang tamu, Irdina dapat lihat Dato' Hanif sedang memberi makan ikan dalam akuarium. Santai pakaian lelaki itu.

"Irdina..." Dato' Hanif menyapa Irdina dengan senyum lebar. Gembira betul hatinya bila tahu Irdina hendak berjumpa dia hari ini.

"Dato'," Irdina menundukkan kepalanya.

"Jemput duduk." Dato' Hanif menjemput. Dia sudah siap memberi makan ikan. Paket makanan ikan disimpan.

Mereka sama-sama duduk. Datin Sumayyah pula beri isyarat kepada pembantu rumah untuk hidangkan air.

Irdina betulkan duduk biar kemas. Datin Sumayyah seperti biasa duduk di sebelahnya. Dato' Hanif pula setentang dengannya.

"Irdina sihat?" Soal Dato' Hanif. Berbasa-basi.

Irdina mengangguk. "Sihat, dato'."

"Syukurlah. Kami risau keadaan Irdina selepas tahu cerita sebenar Fathi." Risau Dato' Hanif bersuara.

Irdina senyum kelat. Tidak membalas apa-apa.

"Uncle rasa, eloklah kita terus ke tujuan utama Irdina datang jumpa kami. Kami tak rasa Irdina datang ke sini sekadar nak ziarah kami." Ujar Dato' Hanif kemudiannya. Rasanya tiada apa dah nak dibualkan. Lebih baik teruskan ke point utama.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now