17 | Keras kepala

5.1K 1K 353
                                    

Irdina menunggu Tuan Fathi di lobi bawah. Sambil menunggu dia sempat lagi membaca Al-Quran dalam mod senyap. Sekadar meneliti terjemahan dan ayat-ayat Quran.

Irdina sengaja mahu tunggu majikannya itu di sini, nanti Tuan Fathi muncul dari ruangan sebelah untuk ke pejabat... Dia boleh nampak majikannya itu. Lagi cepat dia berjumpa Tuan Fathi, lagi cepat dia boleh dapat jawapan.

Irdina menilik jam tangan sekilas. Sudah jam 10. Tuan Fathi masih belum masuk office. Mungkin sedang sarapan sekarang. Sebab tadi ibunya pesan supaya Tuan Fathi makan dulu sebelum masuk kerja.

Irdina perasan sepanjang dia bekerja dengan Tuan Fathi... Puan Leila melayan Tuan Fathi semacam Tuan Fathi anak remaja. Diajaknya makan, ditegur bila anaknya itu baru pulang dari mana-mana tempat, kadang Puan Leila bercerita tentang Tuan Fathi pun seakan Tuan Fathi masih muda. Walhal Tuan Fathi sekarang sudah memasuki usia bapa budak. Tahun hadapan sudah berumur 35 tahun. Dah tua.

Benarlah.. Ibu akan selalu memandang anaknya seperti anak kecil.

"Kamu duduk di situ menunggu saya atau mengelak dari saya?"

Tiba-tiba ada suara muncul. Tersentak teruk Irdina memandangkan dia sedang mengelamun.

Irdina terangkat wajah. Terus dia dapat lihat Tuan Fathi berdiri di anjung atas. Menyeluk saku seluar.

Irdina pantas berdiri. "Tuan.." Sapanya.

"Saya tunggu tuan." Jujur Irdina beritahu.

"Masuk ke pejabat." Fathi bersuara langsung dia dahulu bergerak ke biliknya.

Irdina menyusul kemudian. Mashaf diletak atas meja dahulu. Dia cuma bawa kelengkapannya untuk bertemu Tuan Fathi.

Ketika Irdina masuk, Tuan Fathi kelihatan baru menghidupkan lampu dan penyaman udara. Nampaknya bilik ini tidaklah begitu moden sehingga ada sensor lampu jika orang masuk. Ianya masih sebuah bilik biasa.

"Bagaimana majlis semalam?" Tuan Fathi bertanya. Dia sedang membuka langsir di jendela. Sekadar menarik tali dari bawah, terus langsir itu terangkat sedikit.

Irdina perhati tingkah Tuan Fathi. Dia tak pernah tahu pula selama ini langsir tingkap bilik ini dibuka Tuan Fathi sendiri. Dia fikir mungkin Puan Leila bukakan.

"Irdina."

Irdina tersedar. Tuan Fathi sedang memandangnya dengan kening terangkat.

"Maaf, tuan." Irdina memaksa dirinya fokus.

"Tuan minta saya buat rumusan untuk majlis semalam. Saya dah buat rumusan. Apa saya dapat lihat, masih ramai usahawan yang tidak terlibat dalam jenayah. Contoh terdekat seperti ibu bapa Najah. Dato' Hanif dan Datin Sumayyah."

Fathi diam saja mendengar penerangan Irdina. Dia mendekati kerusi, dilabuhkan duduk.

"Majlis semalam berlangsung dengan sederhana. Dato dan datin sangat rendah diri dengan semua orang. Mereka melayan orang dengan mesra, termasuk saya."

"Malah majlis semalam diakhiri doa selamat juga... Ipar kepada Datin Sumayyah yang bacakan doa selamat itu."

Irdina letakkan telefonnya di atas meja. Ada gambar yang dia ambil semalam di situ.

"Tuan kata, saya tak percayakan dunia korupsi dalam korporat. Saya percaya, tuan. Tapi tak semua seperti yang tuan katakan. Ramai saja usahawan lain yang sentiasa berusaha mendapatkan harta yang halal untuk keluarganya." Irdina membuat rumusan.

"Antaranya Dato' dan Datin.. Saya dah lama kenal mereka. Saya tak rasa mereka berbuat jenayah. Jadi apa saya mahu katakan, masih ramai usahawan di luar sana yang menjauhi korupsi dan jenayah. Tuan tak boleh katakan seolah-olah tiada korporat yang mengetahui halal haram." Irdina menamatkan laporannya hari ini.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now