22 | Sedia

5.7K 990 190
                                    

Selepas sarapan hari ini, Irdina terus siapkan bilik mesyuarat. Tuan Fathi pesan supaya buatkan kopi dan hidangkan juga apa-apa makanan ringan untuk santapan ahli mesyuarat nanti. Anggaran ahli mesyuarat yang hadir sekitar enam orang tak termasuk Tuan Fathi, Umar dan Hadi.

Sedang Irdina menyiapkan kopi di pantri, dia dengar suara-suara di luar. Irdina yakin semua sudah hadir. Irdina siap membancuh kopi, dia pergi ke lift menatang dulang berisi kopi itu. Hendak dibawa ke bilik mesyuarat. Sejak mengetahui kewujudan lift di belakang musolla ini, kerap Irdina gunakannya. Apatah lagi jika membawa barang seperti sekarang ini.

Dari sini, Irdina dapat lihat beberapa lelaki kemas berkot sedang duduk-duduk dengan santai. Berbual.

Irdina kenal mereka ini. Mereka ialah lembaga pengarah Rangkasa. Dato' Khamis kelihatan paling rancak berbual, Tuan Fahim CEO Ocean juga ada. Bila melihat Tuan Fahim, Irdina terus teringatkan Lili yang ditemuramah Najah beberapa bulan lepas. Lili pernah bekerja dengan Tuan Fahim. Begitu curiga sekali dengan majikannya seperti Irdina dahulu.

Yang lain dari itu, ada lagi empat orang yang sememangnya Irdina biasa jumpa. Tuan Qaiser, satu-satunya yang sebaya Irdina di situ. Tuan Najmi, Tuan Luthfan dan Dato' Hud. Semuanya dalam usia 30 ke 40. Nampaknya Tuan Fathi tidak berminat untuk mengambil orang tua. Dato' Khamis pun berumur 40 genap.

Irdina masuk ke dalam lift. Berhati-hati menatang dulang. Sebaik dia sampai aras atas, dia terdengar suara Umar dan Hadi dari bilik Tuan Fathi. Nampaknya mereka juga sudah sampai.

Irdina pergi ke bilik mesyuarat. Selepas begitu lama kerja di sini, tadi kali pertama dia masuk ke bilik mesyuarat. Cukup besar kerana saiznya sama seperti gabungan bilik Tuan Fathi dan bilik dia.

"Irdina!" Tiba-tiba Umar datang. Tersengih menyapa.

Irdina tersenyum menyambut kedatangan Umar. Dia sudah selesai meletakkan teko kopi di tempatnya. Dia perlu agihkan air mineral pula.

"Buat apa tu?" Umar masuk ke dalam. Tepat pula masa dia bertanya.

"Susun botol air. Awak tolonglah juga." Irdina menunjukkan pada beberapa botol air mineral di hadapan.

"Boleh boleh. Nak letak dekat setiap kerusi?" Umar sudah ambil botol air mineral itu.

Irdina mengangguk. Mereka pun sama-sama menyusun botol air di tempatnya. Sepanjang mereka menyusun botol air, tisu dan sebagainya untuk kelengkapan mesyuarat - Umar rancak bercerita. Dia bercerita tentang keadaan terkini Rangkasa. Juga ceritakan betapa semua merindukan Irdina. Mereka berharap Irdina dapat menziarahi mereka bila ada waktu. Irdina yang mendengarnya baru tersedar, dia tidak pernah ke sana lagi selepas bekerja dengan Tuan Fathi.

Sepanjang Umar bercerita, Irdina hanya tersenyum. Dia masih kekok melayan Umar seperti kawan. Tapi jujurnya dia sudah selesa dan percaya untuk berkawan dengan Umar. Tiada lagi jurang yang selama ini dia letak antara dia dan Umar. Selepas mengetahui kebenaran kerja Tuan Fathi, bagi Irdina bukanlah sesuatu yang buruk jika dia berkawan dengan pekerja Tuan Fathi yang lain. Dia sudah tidak bersangka buruk seperti awal-awal dahulu.

Cuma... Untuk Wafiy sahaja dia susah untuk terima. Setiap kali Wafiy datang, dia akan mengelak dari lelaki itu. Sebab dia belum bersedia untuk mendengar cerita buruk Tuan Mustakim. Biarlah dia bertenang dahulu. Fakta tentang kerja Tuan Fathi pun dia belum dapat hadam sepenuhnya, hendak ditambah benda lain lagi. Dia sangat takut jika dia akan mendustakan Tuan Fathi selepas mendengar cerita sebenar Tuan Mustakim. Walhal kontraknya dengan Tuan Fathi masih berbaki 4 bulan. Dia tak mahu rosakkannya terlalu awal.

Jam sembilan ahli mesyuarat pun masuk ke bilik. Memenuhi kerusi. Hadi dan Umar juga menyertai mesyuarat. Irdina pula pergi ke bilik Tuan Fathi, memberitahu semua sudah bersedia.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now