38 | Arnab yang sebenar

5.4K 948 383
                                    


Okey last last. Lepas ni tak update tiap hari dah. Sian korang nanti. *lari

.
.
.

Majlis hari ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Syukurlah. Biasalah jika ada sedikit kesilapan minor tetapi tetap semuanya berjalan seperti yang mereka telah susun dengan izin Allah. Apa yang pasti, semua target Al-Fathi kali ini berjaya diumpan masuk ke dalam puzzle permainan. Nama-nama yang tersenarai ditanda oleh Irdina sebagai target tercapai.

Tamat majlis, mereka dijamu makan-makan di dewan sebelah. Dewan itu menempatkan meja-meja bulat serba mewah namun minimalis. Korporat duduk-duduk bersuka ria dan berbual sementelah pada majlis begini sahajalah mereka dapat bersemuka secara langsung. Banyak perkongsian dibuka dalam perbualan diselangi tawa.

Pastinya mereka gembira, sebentar tadi perasmian pengapungan Rangkasa ke Bursa Saham sudah cukup membahagiakan hati para korporat. Gemuruh tepukan tangan bergema serata dewan apabila Umar melekapkan tapak tangan ke satu bebola kaca bersama pelabur-pelabur utama yang terdiri daripada Dato' Hanif, Dato' Syahiran dan Dato' Radi. Tiga korporat itu ialah pelabur utama sebaik Rangkasa bertukar satu syarikat umum.

Bertambah gembira mereka apabila disajikan projek mega di Putrajaya yang bakal siap lagi lima tahun. Sebuah bandar Rangkasa yang menempatkan seluruh syarikat-syarikat yang bernaung di bawah Rangkasa. Ia satu projek yang bakal menarik pelabur lebih ramai, malah dijangka projek ini akan memberi untung 10 kali ganda dalam masa sepuluh tahun.

Melihat durian runtuh itulah, dalam satu minit sahan Rangkasa diapung - ia sudah berjaya mendapatkan 12 ribu pemegang saham baharu. Ia satu kejayaan yang tidak pernah dicapai sesiapa di Malaysia.

"Tak datang berteman ke?"

Ketika Irdina memerhati korporat yang berbual dari jauh, ada seseorang menegurnya. Bila Irdina lihat, rupa-rupanya Tuan Asri. Timbalan ketua Bank Negara. Salah seorang target Al-Fathi.

Irdina bangkit menyapa korporat tersebut.

"Wakil Fathi kan? Fathi tak datang sekali?" Tuan Asri bertanya, seraya itu dia menarik kerusi melabuhkan duduk di meja Irdina.

Irdina juga labuhkan duduk. "Tuan Fathi wakilkan saya untuk lihat perasmian ini." Beritahunya.

"Hmm. Macam biasa dia mana pernah datang majlis macam ni. Tapi Cielo rajin sangat pergi." Tuan Asri tertawa sinis.

Irdina berkerut. "Cielo?" Dia tidak pernah dengar perkataan itu.

"Oh." Tuan Asri tertawa perlahan. "Mesti Fathi tak beritahu kamu kan, Fathi selalu pergi Cielo. Cielo ni bilik rahsia Tan Sri Muazzam di El Mar. Irdina pernah ke El Mar kan?"

Irdina semakin terkebil-kebil.

Tuan Asri ketawa kuat lihat respon Irdina.

"El Mar tu nama pub yang Fathi bawa kamu hari tu. Kita ada jumpa."

Irdina baru mengerti. Oh. Pub mewah itu bernama El Mar.

Aneh. Bagaimana Tuan Asri boleh biasa-biasa sahaja bercerita tentang pub tersebut? Benarlah kata Tuan Fathi, mereka terus menganggapnya kawan sebaik melihatnya bersama Tuan Fathi tempoh hari. Bercerita dengan Irdina seperti Irdina juga sentiasa ke pub.

"Ada satu bilik private milik Muazzam dalam El Mar. Fathi selalu dijemput secara peribadi oleh Muazzam. Kadang dijemput perempuan-perempuan untuk jadi penghibur. Fathi pula masih muda, bujang lagi... Seronoklah dibelai."

Irdina entah kenapa tidak suka mendengarnya.

"Dalam bilik itu banyak rahsia Muazzam terbongkar. Siapa masuk dalam tu memang fuh Muazzam seratus peratus percaya."

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now