31 | Mual

7.3K 957 69
                                    

Ingat nak tunggu next chapter siap. Dah ramai sangat mintak bab baru, maka saya update sajaa.

Happy reading!

.
.
.

Malam, Irdina sibukkan diri dengan kerja rumah. Kebiasannya, bila di rumah memang dia akan fokus dengan rumah. Walaupun jadual kerjanya semakin meruncing apabila semakin hampir dengan AGM Rangkasa, syukur Irdina masih dapat menyusun jadualnya dengan baik. Tuan Fathi juga masih tidak mengizinkan dia membawa keluar kerja dari pejabat. Kerja tersebut terlalu sulit mungkin.

Irdina selesai menyeterika pakaian kerjanya. Digantung kemas di tempat penyangkut. Esok tengahari, dia akan bertemu Dato' Hanif dan Datin Sumayyah. Seperti biasa, dia meminta untuk bertemu itu tidak berdua-duaan. Lagipula mereka akan bertemu di luar, bukan di rumah seperti sebelum ini. Esok Dato' Hanif ada mesyuarat di pejabatnya, sebab itu dia mengajak Irdina untuk bertemu. Irdina pula terus meminta untuk mengajak Datin Sumayyah sekali. Bila ditanya, Irdina beri alasan itu untuk tidak mendatangkan curiga kepada sesiapa yang melihat apatah lagi Fathi. Jika dilihat bertiga, orang akan menganggap Irdina cuma keluar makan bersama ibu bapa temannya. Memandangkan dia memang kenal ibu bapa Najah sejak remaja.

Dato' Hanif terus mengiyakannya. Betul juga.

Pertemuan esok ialah paling utama. Irdina akan mengesyorkan Dato' Hanif untuk membeli saham di Rangkasa juga. Di situlah puncak tujuan Irdina meraih kepercayaan Dato' Hanif. Jika dia gagal, sia-sia dia meraih kepercayaan dato'.

Irdina agak gugup memikirkan hari esok. Bagaimana jika dia gagal? Bagaimana jika Dato' Hanif tiba-tiba sedar sebenarnya dia memang bekerja dengan Fathi untuk menjatuhkan dato'?

Irdina menekup wajah. Berdoa perlahan dalam takupan tangan.

Irdina bergerak ke katil selepas berwuduk. Dia mengamalkan rutinnya. Membaca surah Yasin, Al-Mulk dan As-Sajadah. Yasin itu dia berniat untuk sedekahkan pada arwah ayah dan ibunya. Manakala Al-Mulk dan As-Sajadah itu sememangnya amalan sunnah yang dibuat Rasulullah sebelum tidur. Baginda tidak akan tidur selagi tidak membaca kedua-dua surah ini.

Irdina berbaring selepas menyelesaikan rutinnya. Dia berbaring mengiring, menghadap meja di dinding bilik. Dia ternampak envelope berisi dokumen 'jenayah' Tuan Fathi. Dia sudah selesai menelaah semuanya. Memandangkan dia sudah baca hampir semua dokumen di pejabat Al-Fathi, secara automatik dia terus dapat menyelesaikan persoalan-persoalan di dalam fail yang diberi Dato' Hanif itu. 'Jenayah' yang disebut Dato' Hanif tak ubah seperti cerita tidak habis. Masih banyak cerita di sebaliknya yang tidak disebut dalam dokumen 'jenayah' itu. Jika dijadikan bahan bukti untuk perbuatan buruk Tuan Fathi sekalipun, setiap satu dokumen itu dapat dibahas begitu saja. Mungkin sebab itulah Tuan Fathi sedikit pun tidak gementar bila mengetahui Dato' Hanif mengumpulkan bahan bukti kerja-kerjanya selama ini. Malah Tuan Fathi boleh berikan kembali envelope ini kepada Irdina, dengan maksud menyerahkan kembali kepada Dato' Hanif.

Irdina bangkit duduk, bangun mengambil envelope itu dari meja kerjanya. Dia labuhkan duduk di birai katil kemudiannya. Menarik keluar dokumen di dalamnya.

Hakikatnya, bukan jenayah Tuan Fathi yang terlihat di sini, tapi jenayah-jenayah Dato' Hanif lah yang terpampang jelas dalam dokumen ini. Salah satunya, Irdina dapat tahu siapa yang memecah masuk rumah Najah untuk mengambil maklumat berkenaan Muhammad Al-Fathi. Ianya Dato' Hanif sendiri. Buktinya, ada maklumat yang Najah pernah berikan padanya di dalam dokumen ini. Irdina masih ingat inilah dokumen yang Najah pernah kongsikan dengannya. Tentang siapakah Muhammad Al-Fathi. Dan sekarang, berada dalam tangan Dato' Hanif. Jelaslah, Dato' Hanif mengupah orang untuk mengambil maklumat Fathi dari anaknya. Irdina tak sangka Dato' Hanif sanggup mengupah orang untuk memecah masuk rumah anaknya.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now