29 | Beban

7.5K 1K 128
                                    

Sepanjang makan tengahari, Irdina hanya diam mendengar perbualan antara Puan Leila dan Puan Hani. Dia tidak mencelah. Angkat wajah pun tidak. Dia hanya menyuap makanan sedikit sedikit. Dia dapat dengar Tuan Fathi kadang-kadang mencelah juga. Ada saja topik yang dibincangkan. Berkaitan Rangkasa pun ada.

Tapi sepanjang perbualan ini, Irdina sedar Puan Hani langsung tak libatkan dia. Tidak tahu sama ada Puan Hani tak selesa dengan kehadirannya atau Puan Hani cuma tak mahu mengganggu dia. Dia juga yang memilih untuk diam. Dia sendiri malu dan segan untuk bercakap dengan balu bekas majikannya itu. Jadi tiada sebab Puan Hani mengajaknya berbual.

Selesai makan tengahari, tiba-tiba Fathi ada hal, dia meminta diri dari meja. Ada orang menelefonnya.

Puan Leila dan Puan Hani sama-sama menghantar langkah Fathi dengan pandangan. Mereka kemudian berbalas senyuman.

"Saya pun minta diri dulu." Puan Leila mengambil tas tangannya. Hendak beredar dulu.

Irdina terangkat wajah pada wanita itu. Terkejut bila tiba-tiba saja Puan Leila nak beredar. Wanita itu kelihatannya sudah berdiri.

"Irdina duduklah dengan Hani. Auntie tahu Irdina banyak nak bercakap Hani." Puan Leila mengulas senyum.

Irdina terdiam. Terkedu. Dia spontan menatap Puan Hani. Puan Hani tidak memandangnya. Hanya merenung meja. Nampak tersenyum keruh.

Irdina resah bila ditinggalkan berdua dengan Puan Hani. Tapi bila difikirkan kembali, dia baru teringat pertemuan ini sebenarnya antara dia dan Puan Hani. Tuan Fathi sendiri kata begitu padanya semalam dan pagi tadi, dia perlu bertemu dengan seseorang. Bermakna, Tuan Fathi dan Auntie Leila cuma datang temankan dia. Mungkin makan tengahari ini hanya untuk menghilangkan kekok antara dia dan Puan Hani saja.

"Auntie pergi dulu ya. Nanti jumpa dekat surau." Puan Leila sempat berpesan. Dia usap bahu Irdina sebelum beredar pergi. Tinggallah Irdina dan Puan Hani sahaja.

Irdina menarik nafas dan melepasnya berat. Buntu hendak mulakan perbualan bagaimana. Banyak hal dia mahu ucapkan pada Puan Hani. Sehinggakan dia tidak tahu mana satu dahulu dia mahu ucapkan. Hubungannya dengan Puan Hani tak terlalu bagus sejak dia bekerja dengan Tuan Mustakim.

"Irdina sihat?" Akhirnya Puan Hani dulu mulakan bicara.

Irdina memandang Puan Hani. Wanita itu masih tidak memandangnya. Irdina tidak mengerti kenapa Puan Hani tak mahu bertentang mata dengannya.

"Alhamdulillah sihat, puan. Puan sihat?"

Puan Hani cuma mengangguk dengan senyum hambar mendapat soalan itu.

Seketika suasana sangat sepi. Irdina cuba membina ayat untuk memulakan perbualan lebih serius. Sungguh, dia buntu hendak bercakap bagaimana dengan Puan Hani.

"Saya..." Tapi tiba-tiba Puan Hani dulu yang memulakannya.

Irdina menatap Puan Hani.

"Saya tahu ini agak lambat, tapi saya tetap mahu cakap..." Puan Hani senyum pahit.

"Saya minta maaf bagi pihak suami saya." Puan Hani rendahkan badannya.

Irdina terkelu. Matanya berkedip-kedip.

"Saya tahu suami saya tak layak dimaafkan. Saya sendiri tak dapat maafkan dia." Puan Hani masih senyum pahit.

"Tapi..." Puan Hani mengangkat wajah pada Irdina. Menatap Irdina dalam.

Irdina kelu bila melihat mata Puan Hani berair.

"Saya merayu, tolong jangan jadi lemah disebabkan arwah suami saya." Puan Hani sayu meminta.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now