16 | Majlis Korporat

5K 978 343
                                    

Irdina masih tak keluar dari kereta walaupun sudah sampai kediaman Al-Fathi. Lama dia berfikir apa dia perlu buat sewaktu menghadap Tuan Fathi nanti. Terlalu banyak soalan dia mahu tanyakan pada majikannya itu.

Dia masih tak percayakan teori yang dia buat semalam.

Siapa boleh buktikan tuduhan pada semua pengarah syarikat itu benar? Macam mana kalau memang betul Tuan Fathi memanipulasi bahan bukti seperti yang Dato' Osman katakan?

Dengan pangkat dan duit Tuan Fathi.. Tiada apa mustahil.

Irdina betul-betul tak percaya wujudnya ramai korporat yang berbuat jenayah. Selama Irdina bekerja dengan Tuan Mustakim, dia tak pernah nampak perkara itu. Jadi Irdina masih tak boleh percaya jika benar semua pengarah syarikat itu berbuat jenayah. Mereka bukan seorang dua, tapi hampir 70 orang! Gila betul jika benar mereka semua berbuat jenayah!

Irdina keluar akhirnya dari kereta. Tiada tempat lain untuk dia dapatkan kepastian, melainkan dari Tuan Fathi.. Tapi itu pun dia sendiri tak pasti dia akan percaya atau tidak.

Irdina masuk ke biliknya dahulu. Mengambil barang-barang yang diperlukan sebelum bergerak ke bilik Tuan Fathi. Nampaknya bilik itu dah bercahaya. Sudah jam 8, sepatutnya Tuan Fathi mula bekerja.

Irdina mengetuk pintu. Terus mendapat jawapan dari Tuan Fathi. Irdina buka pintu. Menyapa Tuan Fathi.

"Kamu bekerja malam tadi?"

Itu soalan pertama Fathi nampaknya. Kemunculan Irdina seawal pagi ini buat dia dengan mudah dapat meneka yang Irdina fikirkan macam-macam teori malam tadi. Tak mungkin Irdina boleh tenang selepas dia menolak rumusan itu.

"Saya cuma fikirkan apa tuan cakap." Irdina jawab jujur.

Fathi menolak tepi dokumen yang dia sedang baca. Dia pandang Irdina.

"Jadi apa kamu dapat?" soal Fathi. Ingin juga tahu apa Irdina dapat dari pemikiran itu. Masih sempit macam semalam atau sudah diluaskan.

"Saya tak percaya kalau semua pengarah dan CEO itu berbuat jenayah." Irdina terus lontarkan apa dia rasa.

Fathi menjongket kening.

"Mereka begitu ramai. Tak mungkin mereka semua berbuat jenayah."

Fathi terdiam. Dia perlahan-lahan bersandar.

"Nampaknya kamu dah faham rumusan apa saya mahukan. Kamu dah nampak dari sudut yang sepatutnya. Tapi kamu pula tak percaya wujudnya korupsi di dunia perniagaan dan politik." Komen Fathi.

"Saya percaya wujudnya perkara begitu, tapi saya tak boleh terima mereka seramai itu. Ia seperti tuan sengaja memanipulasi jenayah terhadap mereka untuk mengambil alih syarikat."

"Wau. Bunyi macam dalam filem." Bersahaja Fathi balas.

Irdina menarik nafas dalam-dalam. Dia sedang serius, boleh pula Tuan Fathi balas begitu.

"Manipulasi bahan bukti dan tuduh mereka bukan-bukan? Untuk apa saya buat begitu? Sebab mahukan syarikat mereka? Kamu fikir saya begitu miskin hingga mencuri syarikat orang begitu?"

Irdina terus terdiam bila disoal begitu.

"Kalau saya mahukan syarikat mereka, banyak cara lain yang lebih menguntungkan saya berbanding saya keluarkan duit untuk tampung kerugian mereka." Sambung Fathi kemudiannya.

Irdina baru menyedarinya.

"Kamu kata kamu tak percaya mereka semua berbuat jenayah sebab mereka begitu ramai. Kamu lihat atau tidak tempoh jenayah mereka itu? Kamu fikir mereka semua dalam setahun? 14 tahun saya dalam bidang perniagaan, 67 syarikat itu bukan bilangan yang banyak."

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now