15 | Rumusan

5.5K 1K 213
                                    

Keesokan pagi, Irdina sampai awal ke pejabat seperti biasa. Rumah masih sunyi. Irdina terfikir jika Tuan Fathi sudah ada dalam pejabat. Tapi kebiasaannya Tuan Fathi masuk pejabat selepas jam 8.

Irdina tak punya kerja sebab belum terima apa-apa tugasan baru. Jadi Irdina ambil masa yang ada dengan mengemas bilik pejabatnya. Walaupun dia tahu hujung minggu akan ada yang mengemas bilik kerjanya ini, tetap Irdina rasa dia kena sapu selalu.

Selepas jam 8, Irdina mengintai ke luar. Melihat sama ada bilik Tuan Fathi sudah bercahaya atau belum. Irdina dapat lihat dari bawah pintu. Nampaknya masih gelap. Irdina pergi ke pintu bilik Tuan Fathi. Dia cuba membukanya. Betullah, Tuan Fathi masih tiada. Irdina tiba-tiba teringat waktu Tuan Mustakim didapati bunuh diri, disebabkan perasaan trauma.. Irdina masuk ke dalam bilik sedikit memeriksa jika Tuan Fathi ada di sebalik meja. Alhamdulillah. Tiada juga. Entah apa Irdina fikirkan.

Irdina keluar semula. Dia kembali ke biliknya. Nafas dihembus. Mana pula Tuan Fathi?

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Irdina terkejut sedikit. Pintu dibuka tanpa sempat dia menyahut. Muncul seseorang dengan kotak sederhana menutup wajahnya. Irdina berkerut. Elok pula gerangan itu berkot.

"Cak!" Muncul wajah Umar yang dah lama tak menjamah mata Irdina. Ceria wajah bekas majikan Irdina itu.

Irdina terkebil.

"Irdina! Rindu betul saya dengan awak!" tanpa segan silu Umar meluahkan rindunya.

Irdina terdiam. Tak sangka juga dapat jumpa Encik Umar. Sejak dia kerja dengan Tuan Fathi, dia tak jumpa lagi Encik Umar.

"Lepas Ayu gantikan awak, haihh.. Suasana dah terasa berbeza. Serius, awak memang setiausaha paling cekap pernah saya ada." Umar mengangkat ibu jari. Bersemangat memuji Irdina.

Tapi respon Irdina pula tak memberangsangkan. Buat Umar kembali turunkan ibu jarinya. Senyumannya bertukar kekok.

"Hah! Ini dia, barang-barang awak di Rangkasa. Sepatutnya Wafiy hantarkan minggu lepas, tapi saya pelawa nak bawakan kepada awak. Sorry, lambat pula. Hehe." Umar tunjukkan kotak dalam pelukannya. Tersengih serba salah.

Irdina terdiam dengar nama Wafiy. Nampaknya semua di bawah Al-Fathi akrab dengan lelaki itu. Memanglah.. Wafiy ialah pekerja Muhammad Al-Fathi. Maka yang lain mestilah menganggapnya seperti keluarga.

"Terima kasih, Encik Umar. Bawalah masuk." Irdina akhirnya bersuara. Mempersilakan Umar masuk meletakkan kotak itu. Sepatutnya bawalah kotak ini ke rumahnya. Kenapa bawa ke pejabat pula. Tapi Irdina tetap berterima kasih sebab Encik Umar sudi bersusah-payah bawakan kotak ini padanya.

"Kenapalah panggil saya Encik Umar lagi? Kita rakan sekerja tau sekarang. Atau lebih tepatnya, awak lagi tinggi pangkat dari saya. Awak bekerja terus dengan Tuan Fathi!" Umar bersuara bersungguh sewaktu meletakkan kotak atas meja Irdina.

Irdina senyap bila mendengar ayat Umar. Dia dikira bekerja terus dengan Tuan Fathi.. Lalu dia dianggap berada di pangkat yang tinggu. Bermakna masih ramai orang yang bekerja tidak terus dengan Tuan Fathi. Di bawah-bawah sana.

"Irdina?"

"Ya?" Irdina tersedar bila dipanggil begitu serius oleh Umar.

"Jauh sangat awak berfikir. Risau saya tengok." Umar senyum hambar. Dia bukan main gembira berjumpa Irdina, dah dekat sebulan tak bekerja dengan Irdina.. Tipulah dia kata tak rindu. Irdina sangat cekap. Tanpa Irdina di sisi, dia seperti kehilangan sebelah sayap.

Tapi bila jumpa Irdina, Irdina seperti tak gembira langsung jumpa dia. Irdina nampak terganggu.

"Maaf, Encik Umar. Saya masih tak terbiasa dengan tempat baru." Jujur Irdina jawab.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now