25 | Jijik

7.1K 1.1K 750
                                    

Hai Mac!

Kalau rasa nak mencarut tu, cepat-cepat istighfar ya 😌

.
.
.

Dua tahun lalu...

Kawasan pub mewah ini tampak damai dengan lagu inggeris terpasang perlahan. Orang-orang kaya yang memang menjadi pengunjung tetap terlihat duduk-duduk secara berkumpulan di sofa-sofa. Berbual isu semasa. Berbual berkenaan diri mereka. Meriah dan nampak gembira.

Dia labuhkan duduk di kerusi tinggi. Memilih untuk duduk di bar tinggi, di hadapannya bersusun botol alkohol mewah di dalam almari kaca. Seorang bartender berseragam hitam putih kelihatan sedang mengelap gelas di hadapannya.

"Macam biasa?" Soal bartender itu.

"Ya." Jawabnya.

Bartender itu pantas mengambil sebotol hundred plus, dituang ke dalam gelas yang sudah dibasuh bersih. Diletakkan gelas tinggi itu di hadapan pelanggan tetapnya.

Fathi hanya diam merenung gelas di hadapan. Bartender pula sambung mengelap gelas. Dia sudah mengerti sikap Fathi setiap kali datang ke sini. Lelaki yang sudah menjadi pelanggan tetapnya ini sangat aneh. Tidak pernah meminta minuman keras. Dan hanya duduk di sini sehingga sejam. Tiada apa yang dibuat melainkan duduk, sesekali diteguk air dalam gelas. Itu pun jarang sekali. Gelas berisi air bersoda itu sekadar syarat untuk tidak menampakkan keanehan untuk duduk di sini.

Sedangkan bartender itu tidak tahu, Fathi sedang tekun mendengar perbualan dari tiga korporat di belakang sana. Dia nampak tekun merenung botol kaca di hadapan, walhal fokusnya penuh terarah pada perbualan berisi pengakuan jenayah itu. Jam tangan sudah terpasang kemas merekod perbualan itu. Bukan untuk dijadikan bukti, tapi sekadar rujukan dia nanti.

Fathi tersenyum sinis bila mendengar pengakuan begitu jelas dari salah seorang mereka. Tiga orang itu ialah pemilik syarikat bernama Dahai Trading Sdn Bhd. Sebuah syarikat minyak sawit. Mereka sudah menjadi target Fathi sejak sebulan lalu selepas ketiga-tiga mereka terlepas dari tuduhan menggelapkan wang syarikat. Para pekerja kilang tidak mendapat gaji selama tujuh bulan berturut-turut akibat perbuatan mereka. Kes itu ditutup dengan mudah selepas sahaja peguam pendakwa menerima rasuah. Namun di mata awam, kes ditutup kerana tidak cukup bukti. Begitulah manipulasi yang selalu dibuat.

"Mustakim!" Tiba-tiba salah seorang mereka memanggil satu nama. Razali namanya, berumur 38 tahun. Dia ialah penggelap wang paling besar di antara dua rakannya.

Fathi dapat lihat dari pantulan cermin Razali mengangkat tangan, mengisyaratkan pada seseorang yang baru muncul.

"Oh!" Suara asing kedengaran. Mungkin dari Mustakim yang diseru. Tak lama kemudian ruangan itu bertambah menjadi empat orang. Lelaki bernama Mustakim sudah menyertai mereka.

Mereka berbual seperti rakan lama. Begitu banyak perkara dibualkan yang tiada kaitan dengan cerita jenayah mereka. Tapi berkait cerita si Mustakim. Fathi menjongket kening. Tiba-tiba dia dapat orang baru pula.

"Tak bawak perempuan ke hari ni?" Dahlan bertanya bertanya pada Mustakim. Salah seorang yang berada di situ juga.

"Tak bawak. Saja nak tengok kalau ada yang menarik dekat sini." Mustakim menjawab. Dia melilau mata mencari mana-mana perempuan yang lalu lalang.

"Bukan kau tak suka ke kalau perempuan terdedah sana sini? Kau suka perempuan tertutup macam assistant kau kan? Apa nama dia? Irdina?" Razali bertanya sinis. Jengkel.

Mustakim ketawa kuat. "Memang aku suka perempuan macam tu. Tapi susah nak ngap perempuan tertutup. Kena ada plan cantik dulu."

"Sedar diri rupanya. Dah tu bukan main pasang niat nakkan Irdina." Razali tergelak.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now