13 | Pengkhianat

5.3K 996 235
                                    

Keesokan pagi, selepas subuh Irdina terus bergerak ke kediaman Al-Fathi. Irdina mahu sampai awal memandangkan kerja menelaah dokumen masih banyak berbaki. Irdina tak suka kerja yang tertangguh.

Semalam Puan Leila sudah berikan kad akses rumah padanya. Puan Leila menyuruh dia masuk melalui pintu lain, bukan lagi pintu utama. Pintu yang ditunjukkan Puan Leila agak tersembunyi berbanding pintu utama yang Irdina biasa guna. Sebaik memasuki pintu itu, Irdina terus dapat mengakses masuk ke bahagian pejabat.

Ketika Irdina sampai, rumah agam sunyi sepi. Mungkin Puan Leila dan Tuan Fathi masih dalam bilik. Irdina naik ke aras atas. Memasuki bilik, dia hidupkan lampu dan kipas. Awal pagi begini, dia belum rasa mahu buka penyaman udara.

Irdina mendekati meja kerjanya. Dia dapat lihat beberapa dokumen yang dia sudah rumuskan tersusun atas mejanya. Semalam tiada pula dokumen ini. Irdina simpan semuanya atas rak sana.

Irdina belek dokumen itu. Dia tersapa bila lihat tandatangan Tuan Fathi di ruangan yang dia tanda. Oh, Tuan Fathi sudah lihat dokumen ini. Nampaknya Tuan Fathi betul-betul buat kerja di sini semalam seperti yang dia kata.

Irdina lihat dokumen lain pula. Nampaknya semua sudah ditandatangani Tuan Fathi. Irdina pergi ke rak. Membelek semua fail yang dia sudah rumuskan semalam. Dia periksa ruangan yang Tuan Fathi perlu tandatangan, semuanya sudah punya tandatangan. Tapi ada beberapa dokumen yang tiada. Mungkin Tuan Fathi ambil untuk diperbincangkan balik dengan syarikat tersebut.

Irdina menyusun semuanya lebih kemas. Dia kemudian mengambil dokumen yang belum dia telaah, dia mula bekerja. Semakin bersemangat pula selepas melihat tandatangan Tuan Fathi.

.
.
.

Hari ini Irdina habiskan dengan membuat tugasan yang diberi Tuan Fathi saja. Tidak bergerak dari kerusinya. Dia hanya keluar bila dipanggil sarapan oleh Puan Leila. Dan juga keluar waktu solat dan makan tengahari.

Irdina perasan, Puan Leila sangat mementingkan makan bersama. Setiap kali Irdina turun untuk makan, pasti Tuan Fathi juga ada. Puan Leila mahu semua makan bersama-sama. Dia panggil anaknya dulu, barulah panggil Irdina. Dan Tuan Fathi pula laju betul menyahut panggilan ibunya.

Hampir maghrib, Irdina berkemas untuk pulang. Dia mengira-ngira dokumen yang dia sudah siapkan. Syukurlah, sedikit saja lagi kerjanya. Irdina tak sabar untuk siapkan. Barulah dia boleh dapat tugasan baru.

Tapi sedang Irdina rasa lega, tiba-tiba muncul bunyi interkom dari meja. Irdina tertoleh ke sana. Dia sedang berdiri di rak dokumen. Menyusun dokumen yang dia belum siapkan.

Ini kali pertama Irdina dengar bunyi interkom. Sebelum ini dia ingatkan interkom itu tak berfungsi.

"Irdina, masuk jumpa saya."

Suara Tuan Fathi muncul. Irdina pun baru tahu interkom itu bersambung terus dengan meja Tuan Fathi.

Irdina bergegas ke interkom. Dia tekan dan menyahut, "Baik, tuan." Itu ialah satu etika setiausaha atau pekerja bila dipanggil majikan. Perlu menyahut sebelum membuat apa pun. Ia untuk mengelak majikan tertunggu-tunggu.

Irdina bergerak ke bilik Tuan Fathi kemudiannya. Irdina mengetuk pintu sekadar mengambil syarat. Tanpa menunggu respon Tuan Fathi, Irdina melangkah masuk ke dalam.

Terlihat Tuan Fathi sedang berdiri di rak belakang mejanya. Membaca fail di situ. Dia menolehkan tubuh bila Irdina memasuki bilik.

"Ada dokumen baru untuk kamu. Semua di rak sana. Baca dan fahami. Kemudian buat rumusan secara bernombor di dalam microsoft note. Share di one drive, saya akan periksa dari sana." Fathi tunjukkan rak fail di sana. Dia sudah labuhkan duduk di kerusi. Dokumen di tangannya diletak.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now