24 | Kebenaran

5.6K 1K 471
                                    

Ahad. Hari paling senang untuk dia. Dia sengaja berlama-lama dalam bilik awal pagi begini. Selalunya jam 7 sehingga jam 9 akan ada kumpulan pembersih datang mengemas rumah agam ini. Ibu lah yang selalu menyambut kumpulan yang terdiri dari enam orang ahli itu. Fathi tidak pernah lagi berjumpa mereka. Ibu saja uruskan mereka. Mereka ialah orang kepercayaan ibu. Lagipun mereka sendiri tak pernah mengetahui kediaman ini milik siapa.

Selalunya bila masa lapang begini, Fathi mengambil masa membelek berita di tabletnya. Sambil bersandar di kepala katil. Sengaja mengambil tahu berita semasa tentang dunia politik dan korporat. Bila membaca tajuk yang menjengkelkan, dia tersenyum sinis sendiri. Bersungguh sekali berpura-pura demi mendapat perhatian rakyat. Dana dengan jumlah banyak disebut sebagai tajuk besar. Kalaulah semua tahu dari mana wang sebanyak itu berjaya diraih.

Berita tentang jawapan YB Marhani berkenaan pembalakan haram di Melaka menjadi pilihan Fathi. Dia gerakkan jari beberapa kali sebelum menekan tajuk itu. Bermain-main. Dia dah dapat jangka jawapan menteri wanita itu. Sengaja dia membuka berita itu juga.

Lima bulan lepas, satu berita meluas di Melaka bila sebuah sungai di kampung menjadi sangat keruh dan kotor, seperti air banjir pun ada. Bila disiasat, rupa-rupanya ada pembalakan dibuat berhampiran sungai. Ia satu larangan dalam konsep pembalakan. Penduduk kampung sangat terganggu dengan air sungai yang sangat tercemar.

Dan, baru-baru ini YB Marhani Menteri Keselamatan telah membuat satu janji untuk menangkap orang yang membuat pembalakan haram itu. Wang pampasan akan diberikan pada penduduk yang terjejas.

Namun, hari ini berita berkenaan wanita itu sudah naik. Yang buat Fathi tertawa perlahan. Terhibur. Dia sudah menjangkanya.

Kes itu telah ditutup dengan alasan bukti tidak cukup untuk mengatakan pencemaran sungai itu kerana pembalakan haram. Mereka masih menyiasat punca sebenar sungai tercemar. Kemungkinan besar bukan kerana pembalakan haram. Dan kemungkinan lain kerana penduduk kampung sendiri. Dek kerana itu, kes terpaksa disiasat lebih mendalam. Peguam yang dipertanggungjawabkan menjawab kes penduduk kampung nampaknya bertambah kerja. Kini penduduk kampung pula yang disiasat. Jika penduduk kampung menarik kembali dakwaan itu, barulah kes ini selesai.

Manipulasi. Itulah kemahiran politik dan korporat. Dan yang lebih mengindahkan manipulasi itu ialah siaran berita dan lidah pemberita. Mereka yang diupah untuk mengkhabarkan apa saja yang disuruh ahli politik dan korporat. Apa mereka boleh buat, mereka dibayar untuk perkara itu. Mereka tiada pilihan melainkan menyokong saja perkara haram dan dusta yang dipaparkan.

Fathi menggelapkan tablet. Dicampak ke tepi. Dia tolak ke tepi selimut tebal. Kaki diturunkan ke bawah. Menyarung selipar rumah. Dia menghampiri peti yang tersedia dalam biliknya. Peti dibuka. Seketul epal kecil diambil. Hendak mengisi perut. Dia bergerak ke luar bilik. Sengaja hendak melihat kumpulan pembersih yang datang mengemas rumah. Dia menghampiri dinding kaca di luar bilik ini.

Dinding kaca ini menampakkan koridor memanjang di bawah. Dinding kaca ini menjadi bumbung koridor itu. Berada di atas, Fathi dapat melihat sesiapa sahaja yang melintas koridor itu. Sambil makan epal, dapatlah dia lihat kumpulan pembersih itu bergerak ke sana ke mari. Ramai juga. Bila dia mengira-ngira, ada sembilan orang semuanya. Mereka cuma mengemas aras bawah dan aras kedua sahaja. Tidak dibenarkan naik ke aras ketiga.

Kebosanan, dia pun menuju ke lift. Epal sudah dihabiskan. Dia memilih ground floor. Hendak turun ke pantai. Bolehlah dia duduk-duduk di sana sebelum ibu memanggil sarapan. Lagipun dia perlu menunggu kumpulan pembersih itu siap membersihkan rumah dahulu.

Dia turun menggunakan lift terus ke aras bawah rumah. Dia naik ke landskap menuju pintu besi. Sebaik dia menyentuh pintu besi, dia angkat kembali tangannya bila menyedari pintu besi sudah terbuka. Keningnya naik. Siapa pula tak tutup pintu?

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now