3 | Raih kepercayaan?

5K 980 217
                                    

Sudah sebulan sejak Encik Umar kerja di sini. Irdina semakin terbiasa dengan Encik Umar. Dia juga selesa dengan majikannya itu. Encik Umar sangat banyak membantunya. Dia banyak belajar pelbagai perkara dari majikan mudanya itu. Irdina bersyukur Allah hantarkan Encik Umar pada Rangkasa, Encik Umar sudah seperti bidadara bersayap yang membuka jalan mati.

Namun satu hal Irdina tak senang, sepanjang kerja dengan Encik Umar juga, dia kerap dengar nama Muhammad Al-Fathi. Encik Umar asyik sebut nama itu di depannya. Bila apa-apa keputusan dibuat, pasti Encik Umar akan katakan keputusan itu dibuat Tuan Muhammad Al-Fathi. Dia sendiri tak tahu kenapa dia sangat tak suka dengar nama itu. Padahal jelas Encik Umar kerja dengan Muhammad Al-Fathi, sepatunya dia sakit hati juga dengan Encik Umar sebab Encik Umar orang Muhammad Al-Fathi. Tapi dia okay pula dengan Encik Umar.

Rangkasa semakin memulih. Irdina sangat bersyukur. Setiap hari dia melakukan sujud syukur untuk hadiah ini. Biar siapa pun yang selamatkan Rangkasa, dia tetap berterima kasih. Samada orang itu ikhlas atau tidak, biarlah. Encik Umar sudah jadi tanda besar ada kebaikan juga terselit dalam bantuan ini.

Irdina mengambil masa agak lama selepas solat asar. Dia teringatkan Tuan Mustakim. Juga teringatkan keluarga bekas majikannya itu. Dari apa dia dengar, Puan Hani dan anaknya pulang ke Sarawak selepas saja Tuan Mustakim meninggal. Puan Hani berasal dari Sarawak. Pastinya Puan Hani sudah tak sanggup berada di sini dengan pelbagai kecaman dilempar pada suaminya.

Irdina bangkit. Dia mahu pulang. Lagipun petang ni dia berjanji nak jumpa Najah, kawan baiknya. Najah ialah penyiasat di sebuah syarikat kecil. Dia memang sekepala dengan Najah. Sewaktu Rangkasa mengalami masalah, Najah yang selalu beri kata-kata semangat. Cuma sekarang mereka susah betul nak bertemu kerana kedua-duanya sibuk.

Irdina bergerak ke bilik pejabat. Mahu kemas barang dulu sebelum pulang. Dia dapat lihat Encik Umar sedang bercakap dengan pemanggil di telefon. Irdina mengagak saja pemanggil itu ialah Hadi. Hadi kerap juga datang ke pejabat sepanjang proses pemulihan Rangkasa ini. Memang tepat seperti Hadi cakap di awal pertemuan dulu, mereka akan selalu berurusan.

Irdina siap mengemas barang. Dia bergerak ke pintu bilik Encik Umar. Dia mengetuk dua kali. Nampaknya Encik Umar tak dengar ketukannya. Encik Umar juga tak nampak dia sebab membelakanginya.

"Tuan rasa sepatutnya saya berterus-terang?"

Irdina tiba-tiba terdengar soalan itu dari Encik Umar. Suara Encik Umar menembus pintu kayu di depannya ini.

Dia yang baru nak beredar terus terbatal niat.

Tuan..

Pasti Muhammad Al-Fathi. Siapa lagi Tuan untuk Encik Umar selain lelaki itu.

"Macam mana kalau dia tak terima, tuan? Tuan sendiri tahu dia sangat percayakan Mustakim tu."

Irdina berubah wajah mendengar.

"Ya, 10 tahun jadi setiausaha, takkan tak percaya. Betul, tuan." Encik Umar lepas nafas.

"Antara kita dan Mustakim, mestilah dia percayakan Mustakim." Encik Umar sinis.

Irdina menelan liur pahit. Dia tahu.. Encik Umar sedang bercakap tentang dirinya.

"Ya, tuan. Saya tahu. Saya kena juga buat dia percayakan saya."

Irdina rasa hatinya ditusuk pisau halus.

"Setakat ini dia percayakan saya. Nampak bertambah-tambah pula tu."

Irdina dengar Encik Umar tertawa.

Tawa itu buat Irdina rasa sakit amat.

"Cuma itulah.. Dia masih tak percayakan tuan. Dia pantang betul bila saya sebut nama tuan." Encik Umar tertawa lagi.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now