27 | Demam

7.1K 1K 310
                                    


Hai, dah lama tak bersua...

Happy reading!

.
.
.

Pulang dari kediaman Tuan Fathi semalam, Irdina mula rasa tidak sedap badan. Hidung rasa pedih. Tekak rasa perit. Petanda awal demam. Malam, badannya mula lenguh-lenguh dan tak bermaya. Dahi dan leher sudah panas.

Selepas begitu lama tak demam, akhirnya hari ini dia terkena pula demam. Dia terlantar atas katil berselimut. Kipas tidak dibuka. Kesejukan. Penyaman udara memang sejak pulang tadi dia tak buka.

Kesan menangis di tepi pantai agaknya. Tiba-tiba pula dia demam hari ini. Siapa suruh dia menangis bersungguh-sungguh. Selalunya bila menangis begitu, natijahnya dia demam malam itu.

Lagipula, mungkin otak dan badannya terkejut dengan berita Tuan Mustakim. Sebab itu terus demam.

Jam sebelas malam barulah Irdina dapat bangun untuk makan. Sebelum ini dia gagahkan diri untuk solat saja. Selepas itu sambung berbaring. Kali ini baru ada selera makan. Terpaksa layan diri saja. Tiada siapa nak ambilkan makanan untuknya. Sejak ibu meninggal, semuanya dia lakukan sendiri. Hidup berdikari sudah 10 tahun.

Irdina hanya makan roti dengan air coklat panas. Selalunya tekak orang demam teringin coklat panas. Itu saja boleh hilangkan pahit mulut. Dengan berbungkus selimut di tepi katil, dia makan roti dan sesekali meneguk coklat panas.

Irdina mula terfikir jika dia demam lagi esok. Dia segan untuk minta cuti dengan Tuan Fathi. Sudahlah pagi tadi dia menangis di depan Tuan Fathi. Dia jadi buntu nak berhadapan majikannya itu bagaimana esok. Nak saja dia berdoa dia masih demam esok agar dia ada alasan untuk tak pergi kerja. Tapi akhirnya, Tuan Fathi dan Puan Leila tetap akan berkata dia cuma beralasan demam, sebenarnya dia masih terkesan dengan kebenaran tentang Tuan Mustakim.

Irdina hela nafas. Panas. Dia membungkus diri dalam selimut. Menghangatkan badannya sendiri. Mata terpejam. Sebut tentang Tuan Mustakim buat perit tekaknya bertambah-tambah. Kalaulah dia boleh lupakan sakitnya kebenaran itu.

.
.
.

Keesokan pagi, Irdina rasa sedikit sihat. Sedikit saja. Dahinya masih panas. Tekak masih perit. Dan bertambah teruk bila dia terbatuk-batuk dan selsema. Memang pakej.

Yang baiknya, Irdina rasa larat sikit untuk bangun berjalan. Jadi dia gagahkan juga bersiap ke pejabat. Dia tak mahu jadi lemah, hanya kerana terkejut dengan cerita semalam... Hari ini tak datang kerja pula. Dia tak mahu begitu.

Irdina makan ubat demam dulu paginya. Badannya masih panas-panas. Harapnya dia dapat bertahan. Dia memandu ke kediaman Al-Fathi dengan perlahan-lahan. Penyaman udara dipasang dengan suhu 27° darjah Celsius. Tidak mahu sejuk sangat.

Jam 8 barulah dia sampai di kediaman Al-Fathi. Kali pertama dia lewat begini. Badannya mula rasa lenguh-lenguh. Dia rehatkan dahi di stereng. Nafas pun rasa semput. Dia terbatuk-batuk. Diambil kain kecil. Dibersihkan hidung yang berair.

Lama juga dia berada dalam kereta. Tenangkan diri dahulu. Enjin dah dimatikan. Cuma dia saja masih tak tenang-tenang. Selepas sepuluh minit, dia pun keluar. Memegang tepi pintu untuk berdiri. Nampaknya dia demam kembali. Dia fikir dia dah semakin sihat. Badannya mula panas berkeringat. Berpeluh dia pagi-pagi ini padahal cuaca di sini cukup sejuk.

Dia berjalan perlahan-lahan ke pintu. Masuk ke pejabat. Kepala tertunduk saja. Dia tak mampu angkat kepala. Pening. Bagaimana dia nak bekerja jika begini keadaannya? Dia risau kalau dia demam di rumah orang.

Tapi disebabkan dia dah sampai sini, terpaksa dia kuatkan diri untuk buat kerja juga. Dia masuk ke pejabat. Terus labuhkan duduk di kerusi. Pantas dia rehatkan kepala atas lengan. Badannya panas betul. Dia sendiri dapat rasakannya.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now