8 | Kemunculan

5.1K 1K 769
                                    

Kali pertama tajuk tak ada tanda soal 😂
Bawak bertenang dan mulakan dengan bismillah fuh

.
.
.

Umar tersandar merenung siling rumah ini. Tinggi silingnya. Dengan lampu terselindung balik kapur putih yang melatari siling. Siling pun cantik.

Tapi itu bukan benda penting sekarang.. Sekarang Umar sedang meratapi kegagalannya. Umar menekup wajah. Terus tolak tangan ke kepala, diaduk dan dicengkam rambutnya stress.

"Matilah aku!" Itulah yang dia ulang sejak tadi.

Dia tahu dia akan mati, tapi dia tetap datang ke rumah agam ini. Dia tetap nak menghadap ketuanya. Nak beri laporan dan sedia saja diberi hukuman. Mati pun matilah. Memang itu saja yang layak untuk dia sekarang.

Umar duduk mencengkam rambut. Stres betul dengan diri sendiri.

Tiba-tiba ada satu beg keras dilempar ke arahnya. Tepat ke kepalanya, terus dia bergolek ke sofa. Terbaring. Berpusing juga otaknya.

Tak menunggu apa-apa, dia terus ambil bantal tutup badannya. Dah dapat mengagak serangan yang akan datang nanti.

Terus ada sepak terajang dari orang yang sama mencampak beg tadi.

"Aduh! Aduh!" Umar tetap rasa sepak terajang tu walaupun dah tutup dengan bantal.

"Kau memang kan. Tak boleh diharap betul! Apa susah sangat nak jadikan Irdina percayakan kau!" Hadi ambil bantal, baling tepat ke kepala Umar. Kalau boleh tembus sampai ke otak lagi bagus, mana tahu boleh lurus sedikit wayarnya.

Umar lega sikit bila Hadi tak lagi sepak dia. Dia turunkan bantal sikit sikit. Tapi baru nak rasa selamat, datang bantal lain melayang ke kepalanya. Tersandar dia dibuatnya. Bantal melekat ke tepi kepala. Kuat juga lemparan Hadi. Hadi ni jaguh besbol ke, lemparannya kuat sungguh.

Hadi labuhkan duduk dengan panas. Tali leher dilonggarkan.

Umar pula betulkan duduk sopan santun sedikit. Bajunya dah berserabai dibelasah Hadi. Rambut tak payah cerita.

"Aku tersasul soalan je. Tak sangka -"

"Sebab tu aku kata jangan memandai nak bina soalan bila duduk dengan Irdina! IQ dia lebih tinggi dari kau tahu!" Marah betul Hadi. Sakit hati dengan kesilapan Umar. Mereka dah hampir berjaya, tapi sekarang hancur lebur.

Umar terdiam. Kemam bibir rapat. Tahu ini memang salahnya.

"Tak pasal-pasal dia tuduh kita merompak rumah kawannya." Hadi bersandar. Merengus kencang. Benda dirancang lain, dah tukar jadi lain.

"Aku dah cakap, aku tak pandai raih kepercayaan orang.. Kalau nak suruh aku pulihkan syarikat tu aku pandai lah." Umar sempat lagi jawab. Dia kemudian zip mulut bila Hadi jeling.

"Kamu berdua ni, satu hari tak bergaduh tak sah ya." Tiba-tiba ada suara mencelah.

Umar terus betulkan rambut biar lebih kemas. Hadi pun betulkan duduk. Menghormati wanita berusia yang baru tiba itu.

"Auntie... Susah-susah je datang hidang air. Bukan tak biasa kitaorang datang sini." Hadi berdiri menyambut wanita itu. Hadi ambil dulang dari tangan auntie, dia letakkan atas meja.

"Kamu datang hari-hari pun, tetap kamu tetamu. Auntie kena lah hidang air." Wanita berusia itu sudah labuhkan duduk satu sofa dengan Umar.

Umar sedang duduk mengepit kaki. Seperti budak kecil yang tersalah tingkah. Tadi dah kena marah dengan Hadi, sekarang dia sedia je dimarahi Auntie Leila. Sebagai persediaan sebelum dimarahi tuan besar!

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now