14 | Pelan

5.3K 965 109
                                    

Genap dua minggu Irdina bekerja di sini. Hari demi hari seperti siaran ulangan saja untuk Irdina. Datang awal pagi, menelaah dokumen setebal tiga inci. Bersarapan dengan Puan Leila dan Tuan Fathi. Kemudian sambung kerja lagi hingga tengahari. Sesekali masuk ke bilik pejabat Tuan Fathi bila diseru. Zohor di musolla. Makan tengahari bersama lagi. Sambung kerja. Bila asar tiba, solat asar pula. Dan hampir maghrib, dia selesaikan kerjanya dan pulang.

Setiap pagi, Irdina menguatkan hati dan azamnya. Tentang tujuannya bekerja di bawah Al-Fathi. Bila dia datang bekerja, setiap kali melihat wajah Tuan Fathi di meja sarapan.. Setiap kali itu perasaan ingin membongkar segalanya semakin berkobar-kobar.

Cuma untuk dua minggu ini Irdina sangat sibuk menelaah dokumen yang diberikan Tuan Fathi.. Jadi Irdina belum sempat menyiasat betul-betul tentang Muhammad Al-Fathi. Irdina berkejar buat rumusan untuk semua fail ini. Irdina tak sempat fikir apa-apa rancangan lagi.

Syukurlah, Tuan Fathi dah tak beri apa-apa kerja lain. Tuan Fathi cuma suruh dia habiskan rumusan untuk semua dokumen yang sudah ada ini saja. Hanya kerja kecil seperti menghubungi Hadi, atau mana-mana pihak.. Tuan Fathi kerap juga menyuruhnya. Selalunya bila Irdina perlu menghubungi satu pihak, Tuan Fathi akan berpesan supaya memperkenalkan diri sebagai assistant Tuan Fathi. Nampaknya di mata orang lain, dia ialah assistant lelaki itu. Walhal dia cuma assistant manager Al-Fathi.

Petang ini.. Irdina berjaya habiskan kerjanya. Selesai membuat rumusan untuk 104 fail yang Tuan Fathi berikan padanya dua minggu lalu. Irdina mengambil masa cukup lama untuk menelaah dan memahami semua isi fail itu. Kerana dia perlu buat rumusan di dalam One Note dan berikan satu demi satu mengikut nama syarikat kepada Tuan Fathi.

Seperti yang Tuan Fathi suruh, dia perlu letakkan semua nota itu di dalam one drive.. Dan share pada Tuan Fathi di sana. Jadi Tuan Fathi dapat membacanya secara terus sebaik saja Irdina memuat naik fail baru. Irdina letak fail di situ secara beransur-ansur. Irdina sendiri tak tahu Tuan Fathi periksa atau tidak nota yang dibuatnya. Bukan senang nak buat nota rumusan bernombor seperti Tuan Fathi mahu. Kalau Tuan Fathi tak lihat hasil kerjanya, memang sia-sia lah usahanya selama ini.

Irdina mengetuk pintu. Di tangannya ada tablet nipis dan fail berwarna putih yang dia selalu bawa setiap kali berjumpa Tuan Fathi. Fail keras berwarna putih itu cuma papan yang Irdina lekatkan buku nota nipis bersaiz kertas A5 dan beberapa helai kertas penting seperti penyata syarat kerja di bawah Al-Fathi, jadual dirinya sendiri pada hari itu, nombor telefon orang-orang penting.

"Irdina nak jumpa Fathi ya?"

Tiba-tiba auntie menyapanya dari aras bawah. Irdina terkejut. Langsung dia mendekati hujung anjung.

"Ya, auntie."

Puan Leila tersenyum, "Fathi keluar. Dia tak ada di rumah. Dia tak beritahu Irdina?"

"Oh." Irdina tak perasan pula majikannya keluar. "Tak, auntie."

"Okay, tak apalah. Irdina mari makan petang dulu. Sementara tunggu Fathi balik."

"Baik, auntie." Irdina patuh saja. Bila diajak makan, memang dia kena menyahut. Sebab Tuan Fathi pernah pesan untuk sentiasa temankan ibunya makan pada bila-bila masa pun. Itu dah jadi salah satu kerja Irdina.

Irdina bawa turun juga tablet dan fail. Mudah nanti kalau tuan balik, dia boleh terus bincang di bawah. Dia mengikut auntie ke dapur. Dah dua minggu ulang alik dari rumah ni, Irdina pun sudah hafal kedudukan dapur. Dapatlah dia auntie bantu serba sedikit.

"Irdina seronok kerja di sini?" Auntie bertanya sewaktu mereka sama-sama menikmati makan petang. Auntie buat puding jagung hari ini. Rajin betul auntie.

Irdina tidak tahu bagaimana mahu jawab. Irdina sejujurnya rasa seronok, sebab di sini dia tak perlu berjumpa sesiapa. Hanya berjumpa auntie, Tuan Fathi, kadang-kadang Hadi dan Ayu. Sebagai seseorang yang pendiam dan tak suka bergaul orang ramai, dia tenang kerja di sini.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now