19 | Rasa yang membakar

5.4K 1K 411
                                    

Suasana kereta sangat sunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana kereta sangat sunyi. Seperti dalam perjalanan awal tadi juga cuma kali ini sunyinya lebih mencengkam.

Irdina masih kelu, tergamam dan loya teringatkan pertemuan tadi. Dalam semua pertemuan dan majlis, itulah pertemuan yang paling dia akan ingat sampai bila-bila. Ada satu rasa yang dia tak pernah rasa membakar dadanya sejak dia keluar dari bilik orang-orang kaya itu.

"Masih terkejut?"

Suara Tuan Fathi memecah sunyi.

Irdina tertoleh pada majikannya itu. Nafasnya rasa sempit dan panas.

"Kamu rasa marah, jijik, benci, dikhianati, rasa seperti ada sesuatu membakar dada kamu selepas melihat semua itu tadi bukan?"

Tuan Fathi bertanya lagi. Sedang lelaki itu tekun benar dengan tabletnya.

Irdina terdiam. Semua yang Tuan Fathi sebut itu benar.

"Itulah yang saya rasa setiap kali datang ke tempat mereka." Fathi sambung kemudiannya.

"Rasa benci dan jijik. Rasa seperti mahu menjerit pada mereka. Rasa seperti mahu memberitahu semua orang betapa jijiknya mereka." Fathi bersuara tanpa nada.

Nampaknya Irdina tak berseorangan. Tuan Fathi juga rasakan perkara yang sama.

"Kamu tahu, apa yang membuatkan seseorang itu berkuasa sehingga undang-undang pun tidak akan dapat jatuhkan mereka?" Fathi tiba-tiba bertanya.

Irdina senyap tak berkata apa. Dia hanya menatap Tuan Fathi.

"Wang dan pangkat."

"Dengan dua perkara itu, undang-undang takkan berguna lagi ke atas mereka. Berapa ramai korporat dan ahli politik yang dapat lepaskan diri dari undang-undang walaupun selepas mendapat berpuluh tuduhan."

"Mereka merasuah hakim. Mereka merasuah pendakwa raya. Mereka memanipulasi bahan bukti. Mereka perangkap orang bawahan untuk jadi mangsa jenayah mereka. Akhirnya mereka tetap bebas, dan mangsa itu yang masuk penjara." Fathi menutup tablet.

"Hanya dengan dua perkara itu boleh buat mereka berkuasa. Tanpa dua perkara itu, mereka lemah dan tak berdaya juga." Tablet disimpan.

"Jadi, cara untuk membuatkan mereka dapat dihukum undang-undang... Kita perlu hilangkan dahulu kuasa mereka."

"Kuasa pertama ialah wang mereka. Jika kita hilangkan kedudukan, wang mereka masih ada... Jadi mereka masih boleh lepaskan diri dari undang-undang. Maka kita pilih wang, kerana bila sumber wang mereka tiada, kedudukan juga akan lenyap. Rakan-rakan mereka yang punya kepentingan akan tinggalkan mereka. Dan pengikut mereka juga rasa tiada faedah untuk mengikut mereka." Fathi bersandar.

"Jadi sebab itu tuan bankrapkan mereka?" Irdina bertanya perlahan. Cuba memahami penjelasan Tuan Fathi.

Fathi diam sejenak.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now