34 | Waktu Makan

5.6K 911 258
                                    


Saya edit beberapa perkara dekat bab yang saya tulis 'edited', kebanyakannya tentang AGM Rangkasa. Tarikh, hari dan orang yang hadir ke AGM tu. Biar semua maklumat seimbang. Mungkin pembaca tak perasan apa yang tak kena tapi saya yang susah nak sync dengan tarikh dan information tu haha. So saya edit biar saya yang jelas untuk tulis.

Kalau korang nampak macam berbeza sikit tu, maksudnya itu berkait dengan benda saya edit dekat bab sebelum ini.

Selamat membaca!

.
.
.

AGM Rangkasa semakin hampir. Irdina sibuk dalam keadaan kerja yang bertindan-tindan. Dia perlu merumuskan rekod cukai pendapatan semua target, kemudian dia juga perlu mengambil laporan persediaan Rangkasa yang akan berlangsung minggu ini.

Irdina juga perlu meminta laporan tentang jemputan terhadap semua korporat yang bakal hadir pada hari perasmian nanti. Senarai nama korporat terpilih sudah diberi, termasuk enam target mereka sendiri dan juga pemilik syarikat-syarikat yang bernaung di bawah Tuan Fathi. Mereka semua sudah menerima kad jemputan ke majlis perasmian itu. Pastinya para target itu akan hadir memandangkan kesemua mereka sudah berjaya diumpan Waiz dan Irdina.

Tidak cukup itu, pastinya Irdina perlu melakukan kerjanya sehari-hari iaitu memeriksa dokumen-dokumen syarikat yang baru dihantar melalui email. Mencetaknya, memasukkan ke dalam fail dan mengasingkannya. Itu memang kerjanya saban hari. Jika kerani syarikat cukup baik, dokumen akan dihantar dalam bentuk hardcopy. Jadi dia terus dapat merumusnya. Jika tidak, memang berlipat kali ganda kerja Irdina kerana dia juga yang perlu mencetak dan menyusun seperti kerani.

Paling penting, dia tak dapat membawa pulang semua tugasan itu, bermakna dia perlu menyelesaikan semuanya di pejabat. Dia tahu kerja ini ialah sulit dan rahsia, namun dia tetap perlu membawa pulang walau sedikit kerja ke rumah bagi memudahkan urusannya esok hari. Sekurang-kurangnya dia tidak terkejar-kejar.

Tapi antara peraturan tetap, sedikit pun dia tidak dapat keluarkan apa-apa maklumat daripada kediaman ini. Malah, sebelum ini Hadi sudah menegurnya agar tidak log masuk akaun one drive pejabat di rumah. Akaun itu cuma boleh dilog masuk di pejabat.

Natijahnya, hari-hari padat ini Irdina menjadi sangat penat kerana berkejar untuk menamatkan tugasannya pada waktu petang. Kadang dia mahu saja pulang waktu malam, tapi dia sendiri tidak gemar memandu pada waktu malam.

Esok akan berlangsungnya AGM Rangkasa, bermakna semakin teruklah jadual Irdina. Berkali ganda kesibukannya. Menerima panggilan, membuat panggilan, menghantar email, menghubungi orang itu dan orang ini. Memastikan banyak perkara. Dia sudah menjadi tempat Tuan Fathi melepaskan separuh kesibukan. Memang cukup dahsyat kerjanya.

Di meja rendah biliknya ini, Irdina membelek dokumen yang ada di depannya. Sesekali membelek tablet. Sesekali membelek telefon. Sudah jam tiga petang. Dengan perut yang baru terisi makan tengahari, dia jadi mudah mengantuk. Tapi dia terus membuat kerjanya biarpun mata dah berpinar. Dia sendiri tidak sedar keadaannya sudah kritikal.

Masa berlalu, tiba-tiba dia tersentak dari lenanya apabila mendengar ada orang memanggilnya. Dia tidak sedar bila dia terlena dalam keadaan duduk. Sempat bermimpi dua tiga perkara.

Mengangkat wajah, dia ternampak Puan Leila sedang berdiri di muka pintu.

"Auntie..." Irdina meraup wajah. Segannya ditangkap tertidur waktu bekerja.

Puan Leila tersenyum kecil.

"Nak auntie tolong?" Soalnya. Dia menghampiri Irdina yang duduk di balik meja bawah.

"Tak apa, auntie. Dah siap dah baca dan rumus. Tinggal nak periksa aje." Jawab Irdina. Memang tugasannya sudah siap. Tinggal lagi memeriksa draf terakhir.

SIAPA MUHAMMAD AL-FATHIWhere stories live. Discover now