𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

2.4K 79 0
                                    

SYNOPSIS

ᴍᴇᴊᴀʀ ꜱʏᴇᴅ ᴀᴀʀɪᴢ ᴀʟ-ꜰᴀʀʀᴀꜱ x ɴᴜʀ ᴀʀꜰᴀɴᴀ ꜰᴀɪQᴀ

Pertemuan pertama mereka hanyalah biasa-biasa, tiada yang terpikat ataupun jatuh hati namun mata masing-masing menjeling tajam kerana tidak berpuas hati.

" Ana tak suka lelaki"

Satu kenyataan dikeluarkan oleh Nur Arfana Faiqa saat abangnya berterusan mengusik mereka berdua. Katanya mereka berdua tidak ubah seperti kucing dan anjing yang selalu mencerlung tajam Ketika bertemu. Walaupun mulut tidak berbicara banyak namun mimik muka memainkan peranan. Badan setinggi 160 cm mengelak dari berbicara dengan manusia di sekelilingnya.

" Habistu kau lesbian ke?"

Balasan Syed Aariz Al-Farras mengundang tawa semua manusia kecuali Arfana Faiqa dan Syed Aariz. Matanya meloyot ke bawah untuk memandang Arfana Faiqa. Walaupun umur sudah menginjak 29 tahun tetapi dia suka mengusik gadis yang berumur 27 tahun itu.

Ketika misi bertandang tiba, mata melirik mencari pasangan gaduhnya namun hampa. Yang ada hanyalah bayangan lama gadis itu.

" Aku hidup untuk berbakti kepada Tuhan dan Negara bukan untuk Wanita. Aku takkan tunduk pada Wanita selain ibu aku"

" I born to fly high in the sky, shooting another bullet to protect Malaysia"

Angkuh. Itulah yang dapat dilihat pada diri Syed Aariz Al-Farras. Mata menentang wajah tidak berperasaan pasangan makan malamnya.

" Yakin?"

" Aku boleh buat kau terjatuh, terduduk dan terbaring tau"

Sombong. Itu pula perkataan yang sesuai untuk gadis ini. Tangan mencengkam tepi baju kurung menahan amarah yang kian memuncak.

Disaat hati sudah terpaut, rasa hati tidak pernah tenang jika tidak bersua.

" Itu Jet yang selalu aku buat healing tu"

" Best la boleh jalan-jalan di awan selalu, you mesti happy kan?"

Hubungan yang semakin jauh semakin berantakan saat ada provokasi dari orang lain.

" Where are you?"

" Kapal terbang ni bergegar sama macam hati I, you mesti pernah rasa gegaran yang sama dalam jet pejuang you kan?"

Semakin hari, dunia seakan semakin berantakan. Misi tetap misi. Dia tidak akan korbankan masa depannya hanya untuk satu masalah.

" Thankyou Mejar, you free to go"

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now