12' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

563 38 1
                                    

" Are you sure for this, Adik?"

Ardhan memegang bahu Arfana dengan lagak risau. Dia perlu melepaskan kepergiaan adik perempuannya buat kali kedua.

Arshan pula sudah mengeluh dengan tindakan luar jangkaan dari Adiknya saat ini. Dia dikejutkan dari tidur lenanya tadi kerana Arfana sudah mahu ke Airport. Dia tahu sebab Arfana membuat keputusan melulu begini. Nasib baik hari ini adalah hari cuti mereka. Jika tidak, pasti gadis itu diam-diam meninggalkan mereka lagi.

Cukuplah dahulu gadis itu lari ke luar negara kerana merajuk. Mereka sudah serik untuk ditinggalkan tanpa jejak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa Huru-haranya keluarga mereka saat itu.

Gadis itu hanya memberitahu mama dan babanya sahaja tentang ini. Abang-abangnya baru sahaja mengetahui berita ini pagi tadi.

" Why are you running from him? I know you like Aariz too!" Arshan bertanya dengan nada memujuk.

" My brain knew but My heart wasn't ready" Jawapan Arfana mendapat gelengan dari Arshan. Ardhan pula hanya mengusap belakang Arfana lembut, dia tidak mahu menjadi abang yang suka memaksa.

" It's Dangerous out there, Adik! I afraid if I couldn't be your protector. I afraid I might fail to protect your life" Arshan menggeleng sambil meluahkan rasa di hati kepada adiknya. Sungguh dia takut akan kehilangan gadis itu.

" Why? I bukannya sedang diburu penjahat pun. Sebelum ni okey je Ana stay kat U.S. tu sorang. Nothing going to harm me, Shan" Jawapan Arfana kali ini membuatkan Ardhan, Arshan, Baba dan Mamanya memangku kepala ke arah Arfana.

" What?" Soal Arfana lagi.

" You never understand" Ujar Arshan dengan nada paling perlahan namun ditangkap oleh telinga Arfana.

" Then make me!" Marah Arfana dengan cerlungan mata bundarnya.

Bahu Arshan dipegang oleh Arhan Ali supaya mengalah dengan keputusan Arfana. Arfana seorang yang berpindidikan dan berdamage sama seperti Mamanya. Dia tidak mungkin mendengar arahan selagi dia tidak berputus asa. Dia mahukan penjelasan dan bukti di setiap ucapan seseorang.

" Baba dah hired Bodyguard untuk Ana kat sana. Take care okey?" Pesan Arhan Ali dengan lembut.

Baru sahaja mulut Arfana mahu menolak, Ardhan pantas menutup mulut itu dengan tangannya supaya tidak menjawab lagi. Arfana mengeluh lalu mengangguk pasrah.

" How about Aariz?" Arfana diam dari menjawab soalan dari Arshan. Lagi dan lagi nama Syed Aariz disebut.

Saatnya sudah tiba, panggilan pelepasan bagi Arfana Faiqa sudah terdengar dari corong supaya bergegas ke pintu pelepasan. Mereka bersalaman buat kali terakhir sebelum kaki menapak pergi.

" I keeping my distance because I know I can't have him." Bisiknya buat diri sendiri.

Sepanjang perjalanan, otak Arfana tidak lekang dari memikirkan Syed Aariz. Dia melayani perasaan yang bercamuk itu tanpa henti.

Dia perlu menghilang untuk melupakan lelaki itu. Bahkan saat ini juga, segala Media sosialnya dinyah aktifkan dan telefon juga dimatikan. Disana nanti dia akan mencari telefon dan nombor baharu untuk survive.

Yang dia tahu, dia akan pulang setelah semuanya reda dan dia akan mulakan hidup baharu di Paris. Dia akan lebarkan sayapnya disina pula.

Senyuman lebar terukir tika kaki melangkah ke tanah Paris. Angin segar di hirup sedalamnya untuk menghidupkan diri yang baharu. Leher direnggang lalu membawa langkah ke kereta yang sudah menunggunya di hadapan pintu keluar.

" Theo" Sapanya kepada jejaka yang sedang bersandar pada pintu kereta itu.

" Hye, Beautiful" Theo membuka cermin mata hitam lalu mengambil bagasi milik Arfana.

Arfana Faiqa masuk ke kereta lalu melelapkan mata. Dia belum tidur dari dalam kapal terbang tadi. Fikirannya terlalu jauh melayang.

˚₊· ͟͟͞͞➳

Meja dihentak perlahan. Nafas semakin memburu bila mendengar kepergiaan Arfana dari mulut Arshan.

" Apa?!"

Bagaimana dia mahu menerima berita ini dengan hati terbuka? Dia terlalu takut dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku lagipula Arfana sedang di ancam seseorang saat ini.

" Yes, Dia balik ke U.S. lagi." Ujar Arshan kepada sahabatnya yang sudah berubah menjadi singa itu.

Itulah yang mereka sekeluarga tahu, Arfana Faiqa pulang ke U.S. namun hakikatnya Arfana melarikan diri ke Paris. Dan perkara itu hanya Arhan Ali yang tahu. Dia tahu nanti Abangnya akan khabarkan perkara ini kepada Syed Aariz, jadi dia mengambil keputusan untuk memberitahu kepulangannya ke U.S. sahaja.

" Apa lagi yang tak cukup pada aku, Shan?" Kepala menunduk memandang meja dengan kedua belah tangan memegang sisi kepala yang seakan mencucuk.

" Aariz, Aku minta maaf" Pinta Arshan ikhlas dari hatinya paling dalam.

" Tak, bukan salah sesiapa. Ini salah aku, Aku yang terlalu memaksa dia untuk terima aku" Jawab Syed Aariz dengan gelengan supaya Arshan tidak menyalahkan sesiapa.

Janjinya, dia akan mencari dan membawa pulang Arfana ke sini kembali. Sejauh mana pun dia lari, Syed Aariz akan tetap mengejar dan menangkapnya.

Gemuruh di dada cuba ditenangkan dengan istighfar dan usapan halus. Tidak pernah terjangkau dek akalnya jika Arfana bakal mengambil keputusan begini. Namun ini bukanlah satu pengakhiran buat mereka. Syed Aariz pasti, akan ada keajaiban buat mereka berdua setelah badai hari ini.

Cuma, dia ragu jikalau di luar nanti tiada lelaki yang tertarik dengan gadis semanis Arfana Faiqa. Mungkinkah dia akan mendapat saingan yang luar biasa atau lebih baik darinya? Itu yang dia takutkan.

"Aku akan menunggu kau setiap hari"

Pasti selepas ini hari-harinya tidak indah seperti selalu lagi. Hari tanpa Arfana ibarat jasad tidak bernyawa. Tidak bertemu sehari pun membuatkan dirinya tidak tentu arah, inikan pula jika tempohnya lama.

" Aku harap kau pulang sendiri, bukan membawa seseorang kerana aku tahu kau hanya akan menjadi milik aku"

Tangan dikepal mengenangkan kemungkinan yang bakal berlaku di hari kemudian. Tiada yang mustahil jika mereka jauh.

" Cinta ini ikhlas untuk kau, Fana. Tak pernah sekalipun aku terfikir untuk memberikan kepada perempuan lain selain kau."

" But You left like I was never be a reason to stay" Rayu Syed Aariz dalam kesedihannya. Wajah diraup kasar.

Syed Aariz cuba menolak semua tanggapan toxic dari pemikirannya tentang Arfana Faiqa. Wajah manis gadis itu menjelma dalam bentuk bayangan di dalam mindanya.

Dia mencintai gadis itu. Dia cuma tidak mampu meluahkan perasaannya secara lisan, kerana itu dia mengajak Arfana berkahwin. Akan tetapi lain pula yang terjadi. Adakah semua ini berlaku kerana Cinta tak semestinya memiliki?

Atau

Arfana sudah ada seseorang yang berjaya mendapat tempat di dalam hati sehinggakan Syed Aariz tidak pernah diberi peluang untuk mencapainya?

" Aku akan jemput kau pulang suatu hari nanti, Arfana Faiqa"

Tekadnya akan termakbul suatu saat nanti. Dia akan menjadikan Arfana Faiqa sebahagian dari hidupnya.

Syed Aariz merehatkan badan dengan menjatuhkan badan ke sofa lalu bayangan Arfana Faiqa lalu lagi di dalam kepalanya. Bila teringat akan tingkah laku gadis itu, dia tersenyum. Lengan di rehatkan di atas dahi dengan mata tertutup rapat, senyuman tidak lekang terbentuk pada sebentuk bibir itu. 

Baginya, Arfana Faiqa terlalu manis. Semua yang Arfana miliki adalah terlalu limited untuk dia tolak dan kongsi dengan yang lain. Dia yang satu.

Nur Arfana Faiqa yang terpilih untuk Syed Aariz Al-Farras.

Si Airforce dan Si Ceo.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now